Mengandung seorang anak pun cukup menguji kekuatan dan emosi seorang wanita, tapi bayangkan jika ada 3 janin di dalam kandungan?
Pastinya sedikit letih membawa perut, namun begitulah rezeki terindah yang dirasai wanita bernama Puan Nur Habis Hairani ketika mengandungkan 3 bayi kembarnya.
Terdahulu melalui laman sosial TikTok, dia pernah tular setelah bergurau tentang cara jalannya sama seperti penguin gara-gara membawa perut yang besar.
Ketika membuat majlis gender reveal sekitar Julai lalu pula, ibu bapanya juga sangat teruja memandangkan keluarga mereka belum pernah mempunyai cucu perempuan.
Nervous tak tau nak habaq…Berbeza dengan bersalin anak-anak sebelum ni…Mai serah diri dengan gembiranya. 2 hari lalu, gambar perut sarat Puan Hanis dalam menunggu tempoh masa bersalin cukup mengujakan ramai.
Berbeza dengan pengalaman melahirkan 2 anak lelaki sebelum ini, dia akui sedikit gemuruh untuk mengeluarkan triplets yang dinanti-nantikan mereka sekeluarga.
Doktor on oxygen dulu sat untuk pantauan …Mommy tak dapat tengok depa lagi Disambut oleh seorang petugas kesihatan bernama Dr Nazman, wanita anggun ini akhirnya selamat melahirkan 3 bayi kembar melalui kaedah czer.
Ads
Jelasnya lagi, kembar pertama dan kedua adalah berjantina perempuan, manakala kembar ketiga adalah baby boy.
Pelakon dan pengacara Eleena Sui memaklumkan berita gembira dimana dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas empat tahun mendirikan tangga.
Apa yang lebih istimewa lagi , berita merupakan hadiah sempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu.
Dalam pada itu, Eleena mendedahkan sepanjang proses kehamilan dia terpaksa menghadapi dugaan apabila berlaku empat kali tumpah darah.
“Semalam (4 februari) adalah ulang tahun perkahwinan keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan gembira mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata sulung.
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, Alhamdulillah, saya sudah memasuki trimester ke-3. Insya Allah, kami menjangkakan kelahiran pertama pada bulan Ramadhan yang akan datang ini.
Dalam pada itu, Pengacara Hlive ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai dirinya ketika proses kehamilan ini.
“Kami menerima banyak kasih sayang dan ucapan yang baik ketika kami berkongsi berita gembira ini dengan keluarga dan rakan rapat kami,” ujarnya lagi di laman instagramnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di mana saya berada dan bertanya adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja!
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang kalian!
“Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP!.
Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 Februari 2017.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet teruja mendengar perkhabaran tersebut. Mereka turut mendoakan semoga segala urusan bakal ibu ini dipermudahkan sehingga melahirkan.
Enjoy the journey
zahirahmacwilson 😍 Yay! Congratulations Eleena & hubs! Enjoy the journey!
elizadsharifuddin Ala best nye . 😍 Syukur Alhamdullillah si cantik ❤️❤️❤️
elfiraloyomgggg , Alhamdulillah Alhamdulillah. So so happy for youuuu! ❤️
umminazeeraAlhamdulillah !!!! Omgggg sooo happy for u babeee😍😍😍😍
izyan.jdiHahahaha amiinnn. Semoga abah2 dpt berada di sisi mumy2 yg nak bersalin ni nnt kan kan kan @aizat_kay… Btw take care eleena. So happy for both of u 😍.
attyusofCongrats mommy!!! May Allah ease your journey! ❤️
Setiap pasangan pasti akan meraikan hari bersejarah pasangan untuk dijadikan sebagai momen terindah dalam diari kehidupan. Ada yang meraikannya dengan pelbagai cara, malah ada yang sanggup keluar ribuan ringgit bagi memastikan majlis tersebut disusun indah.
Sambutan hari ulang tahun insan tersayang biasanya disambut dengan pelbagai cara penuh bermakna. Tetapi lain orang lain caranya. Ada yang suka disambut sederhana dan ada juga mahu disambut meriah.
Terbaharu, seorang wanita telah meraih perhatian warga TikTok apabila memuatnaik video sambutan hari lahir suaminya.
Apa yang menjadi perhatian ramai apabila dia menempah sebiji kek berbentuk binaan kubur dihiasi sebuah kereta bersama replika buku Yasin bagi menyambut ulang tahun kelahiran suaminya Muhammad Faris Mohd Kahni yang ke-27.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Cikna atau Nur Nadhirah Syuhadat Rahmat, 24, menceritakan semula kisah di sebalik video yang mencuri tumpuan warga TikTok.
Rupanya-rupanya hadiah kek seperti itu ada kaitan dengan minat suaminya yang gemar menyertai aktiviti lumba kereta.
“Hari lahir suami jatuh pada hujung tahun (26 Disember). Jadi untuk tahun ni saya bagi kek tu sebab dia banyak sangat modified kereta nak bagi laju dan suka race (lumba kereta).
“Nasihat saya dia tak dengar, alang-alang nak bagi kek hari jadi, saya pun tempah kek macam tu supaya dia beringat. Bahaya pandu kereta laju-laju sebab mati tak kira muda atau tua,” ujarnya.
Menurut Cikna yang memiliki empat cahaya mata ini, kek tersebut ditempah khas dengan memberikan gambar-gambar contoh kepada pembuat kek, Farah Wahida.
Namun, dia sendiri tidak menyangka bakal menerima kek dengan sebuah kubur sangat besar berbanding objek lain yang ada sebagai hiasan.
“Saya bagi gambar contoh biasa saja tapi tak tahu pula bila siap kubur tu besar. Terkejut juga masa dia hantar kek tu. Tapi cantik dan sangat kemas hasil tangan dia.
“Masa minta Farah buatkan kek tu dia ikutkan saja sebab semua kek dia mampu buat. Saya suka sangat berurusan dengan dia. Lagipun kek dia semua sedap,” ujarnya.
Kata Cikna, kek yang dianggap menyeramkan ini diberikan kepada Faris sebagai kejutan pada hari lahirnya.
Tujuannya, dia memilih kek berbentuk kubur ini sebagai peringatan kepada suaminya yang mempunyai hobi merbahaya ini supaya ingat tentang nasib isteri dan anak-anak.
Nampak macam kasar dan kelakar tapi cukup kami saja yang tahu tujuannya.
Imbasnya yang menetap di Marang, Terengganu itu lagi, dia berasa lega apabila suaminya tidak menganggap hadiah tersebut sebagai sindiran malah sebaliknya.
“Saya minta suami tutup mata masa nak keluarkan kek tu. Lepas buka mata dan nampak kek tu dia terkejut lepas tu ketawa.
“Dia okey saja terima dengan hati terbuka tengok kek tu sebab tahu apa yang isteri dia nak ingatkan. Saya pun bukan nak minta bukan-bukan terjadi dekat dia, cuma bagi peringatan saja.
“Dia cakap ‘Eh lawanya kek kubur ni sayang. Wow sekali ada kereta’. Saya pun gelak tengok reaksi dia. Tapi dalam seronok tu kami seram juga tengok kek tu sebab terus ingat kematian. Masa nak potong tu suami siap baca surah al-Fatihah,” ujarnya.
Tambah wanita yang sudah berumah tangga lebih 10 tahun itu, kek berperisa pandan itu habis dimakan ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang turut meraikan hari ulang tahun suaminya.
Anak-anak yang sudah meningkat dewasa akan melalui fasa untuk mengenali seseorang yang ‘special’ yang mungkin akan menjadi teman hidup mereka buat selamanya.
Mungkin sesetengah ibu ayah bertindak tegas jika anak meminta untuk keluar bersama rakan ‘istimewanya’ itu, takut tidak manis dek dilihat orang dan khuatir berlalu sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Jika sentiasa larang, anak-anak terasa terkongkong dan mula memberontak, jalan selamatnya mereka akan ikut sama anak itu keluar janji temu supaya demi kebaikan bersama seperti yang dibuat oleh Sharifah Zarina ini.
Menerusi satu video di Tiktok miliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Langit Ke 7 ini menemani anak perempuannya untuk berjanji temu dnegan seorang lelaki di restoran.
Menjadi perhatian pengikutnya, bukan sahaja Sharifah Zarina berseorangan, malah turut ikut suami dan anaknya yang lain dan mereka dilihat duduk betul-betul di sebelah meja makan anaknya Athalia Deena Buswani bersama rakannya itu,
Mereka duduk di sebelah tanpa mengganggu kedua-dua pasangan muda itu dan dalam video tersebut Sharifah sempat membuat mimik muka dengan tulisan di gambar “mak bapak dating X, teman anak dating”
Perkongsian tersebut peroleh hampir 800 tontonan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Sharifah Zarina ini. Malah, adda juga yang berkongsi cerita yang sama keluar janji temu ditemani ibu ayah seperti yang dibuat oleh penyanyi ini.