Mencantikkan rumah kita dengan pelbagai konsep dekorasi untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga selain olahan perabot dan warna ruang dinding, tidak dinafikan penggayaan lampu sebagai elemen pencahayaan juga memainkan peranan penting untuk mencipta mood ruang kediaman.
Menyentuh tentang lampu rumah, umumnya kita akan terpukau bila melihat adanya lampu chandelier atau lampu gantung yang pelbagai rekaan menghiasi ruang tamu utama berbanding hanya menggunakan lampu kalimantang. Impaknya luar biasa!
Tambah teruja untuk menggayakan lampu gantung ini bila terbaca perkongsian daripada Korie Mansor ini.
Bayangkan dengan hanya bermodalkan bawah RM 50, lampu gantung dapat dihasilkannya. Kos ini memang jauh bezanya jika ingin dibandingkan apa yang sedia ada dipasaran.
Nak tahu bagaimana cara dia hasilkannya, jom semak bahan-bahan yang digunakan olehnya terlebih dahulu.
Lampu gantung DIY
Jadi la utk rumah sendiri…buat sendiri kos tak sampai rm50
Bahan-bahan:
Ads
Gelas plastik 3pcs = rm6
Pinggan tin = rm2.10
Wayar hitam = rm2
Soket lampu =rm4.60
Lampu LED. = rm16.80 Total = rm31.50
Step 1: Buat lubang pada bahagian bawah gelas plastik
Step 2 : Masukkan lampu dan sambungkan dengan wayar hitam.
Ads
Step 3 :Siap untuk digantung
Pun begitu diakui, bagi yang pandai buat wiring bolehlah mencuba untuk hasilkannya.
Ads
Buat kaum ibu yang tak berapa reti bab kerja-kerja begini bolehlah kita minta tolong dari en suami.
Parut dan kesan jerawat pada muka sememangnya buat kita rasa rendah diri, lebih-lebih lagi bila ada yang sentiasa memerhatikan muka kita ketika bercakap. Rungsing dibuatnya bila mana kesemua produk yang kita cuba tak nampak hasilnya.
Sebenarnya tak hanya gunakan produk, mencuba petua cara tradisional adalah langkah bijak bagi menghilangkan parut di wajah. Tapi kenalah rajin dan usahakan setiap hari untuk hilangkan parut ini. Boleh cuba tiga langkah ini.
1. Hilangkan Parut Lama
Bahan:
Kulit Kayu Manis
Caranya:
Kikis kulit kayu manis yang kering dengan menggunakan pisau atau sagat bahan tersebut di atas permukaan batu kasar (tepi lesung batu / batu giling). Kemudian sapukan ke atas parut sehingga bahan tersebut meresap ke dalam kulit. Sapukan di waktu malam sebelum tidur dan bersihkannya di waktu pagi. Lakukannya setiap malam sehingga parut hilang.
2. Hilangkan Parut Baru
Bahan:
Kulit rambai
Kulit pisang
Kulit limau mandarin
Caranya:
Gosokkan bahagian dalam kulit ke atas parut anda. Boleh cuba salah satu kulit-kulit ini dan buat setiap hari hingga parut makin reda.
3. Guna Lemon
Bahan:
Lemon
Soda Bikarbonat
Caranya:
Potong lemon nipis dan bancuh bersama soda bikarbonat. Sapukan pada parut di muka. Sifat lemon yang bertindak sebagai peluntur semulajadi mampu mengurangkan kesan parut ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan yang cukup sempoi, senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Ezad Lazim dan Zeana Ramli, pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
“Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia seni. Peluang dan rezeki tidak berbelah bahagia berkat kehadiran anak dan isteri. walaupun industri kini nampak ‘slow’ ditambah kehadiran anak muda memberi satu persaingan yang sihat ditambah dengan adanya medium media sosial merancakkan lagi industri.
“Ini juga satu bonus untuk mereka dan walaupun ia medium baru untuk artis lama seperti saya, namun tidak menjadi hal. Cara mungkin berbeza dengan dahulu tapi kita kena ikut peredaran zaman dan saya harus seiring. Pun begitu saya bersyukur kerana biar ada bakat baru namun saya masih diterima oleh peminat, ini pun dan cukup terbaik untuk orang lama seperti saya.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya beruntung kerana isteri banyak menguruskan hal keran dia menjadi pengurus peribadi. Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh.
Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya saya.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
“Zeana juga jenis yang suka akan kesempurnaan. Kalau tukar tempat letak barang esoknya pasti dia akan menukar kembali. Dia suka ikut stail dia, kalau ada pembantu rumah pasti susah nak bekerjasama. Dia jenis yang mahu sempurna di matanya. Mungkin kerana Zeana sudah berdikari sejak kecil, jadi bila marah saya malas nak bantu takut salah lagi. Tapi kasihan pula kalau biar dia buat sendiri. Namun pada saya inilah asam garam dan warna-warni serta corak dalam rumah tangga kami.
“Dalam hal anak-anak dia yang banyak buat. Kebetulan anak sulung agak pelat jadi untuk bagi dia cepat cakap kami hantar ke sekolah Cina kerana di situ banyak bercakap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dia berani bercakap dan nampak macam-macam benda baru yang dia belajar.
“Kalau diikutkan saya tak setuju untuk hantar anak ke sekolah awal kerana baru umur 4 tahun. Saya tak suka ‘push’ anak kerana lama kelamaan mereka akan belajar juga cuma beza lambat dengan cepat. Tetapi Zeana yakinkan saya untuk memastikan anak boleh bercakap seperti rakan seusianya.
Keluarga bahagia Ezad dan Zeana
Mahu anak pilih kerjaya lain
Ditanya mengenai perancangan masa depan sama ada akan terus aktif dalam bidang nyanyian atau mencuba bidang lain, Zeana memberitahu mereka kini sedang mencuba bidang bisnes pakaian.
“Kalau diikutkan sebelum ini pelbagai bisnes kami buat dari tudung, kurta, baju melayu, parfum dan terbaru kami cuba pula baju sekolah. Walaupun sedar ramai artis yang terbabit dalam bisnes tetapi itu tidak menjadi hal. Sementelah adanya peminat itu memudahkan lagi bisnes.
“Baju sekolah jadi pilihan kerana tak ramai artis yang memilih bidang ini dan ini satu idea yang baik. Semua orang tahu baju sekolah satu keperluan cuma tinggal lagi cara bagaimana kita memasarkannya supaya ia diperluaskan dan mendapat tempat di hati peminat.
“Idea hasilkan baju sekolah datang secara spontan waktu memikirkan bagaimana nanti anak kami akan bersekolah. Kebetulan tidak ramai yang buat baju sekolah, kami cuba cari satu sumber pendapatan dan ia boleh jadi satu jenama yang boleh terkenal. Kami pilih jenama BIJAK dan kelebihan kami ada kilang sendiri yang dikongsi dengan keluarga. Dalam masa yang sama kami merancang untuk membuka syarikat dan mencari bakat baru atau artis untuk membuat persembahan.
“Soal kerjaya anak-anak, pada kami kalau boleh biarlah mereka memilih kerjaya lain. Suami juga impikan anak terbabit dalam bidang lain, tetapi kalau mereka nak ke arah bidang seni saya dan suami tak akan halang andai itu minat dan kecenderungan mereka. Yang penting pendidikan kami utamakan.
Anak-anak punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang bercadang untuk membuat kuih minuman petang, kuih lompang adalah salah satu hidangan yang mudah dan enak.
Memang tak rugi untuk mencuba kerana resepi ini memang diyakini sedap dan kuihnya juga lembut. Sangat jarang untuk kita dapat kuih lompang yang sedap,
Nak tahu caranya ikuti resipi ini.
Bahan:
3 cawan air pandan
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 sdb tepung ubi
1 sdb tepung jagung
Sedikit air kapur
Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan:
Gula masak dulu bersama secawan air kemudian campurkan semua bahan
Oleskan cawan lompang dgn minyak
Panaskan terlebih dahulu cawan lompang
Kukus 15 minit.