Membeli langsir pasang siap memang mudah, mana berkenan dengan warna dan harga bolehlah terus dibeli. Tapi yang sering menjadi masalah adalah ada kalanya langsir yang dibeli terlalu labuh hingga meleret. Ini menjadikan rumah nampak tidak kemas dan agak sukar pula untuk menyapu lantai.
Hendak dipendekkan, tiada pula mesin jahit dan jika dihantar pada tukang jahit kita pula ada masalah untuk memberikan ukuran yang tepat. Bimbang juga dari langsir yang labuh, tersenting pula bila di ‘otter’.
Tidak mahu kejadian tersebut berlaku, apa kata anda lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh Ahmad Syahril Mohd bila mana berkongsi cara paling mudah untuk jadikan langsir yang terlalu panjang dapat digayakan dengan sempurna tanpa perlu dijahit.
Sedikit perkongsian tips penjimatan daripada masalah kaki langsir yang meleret.. Nak hantar kedai jahit, x hantar2, last2 diy je ler..
Tanam sendiri pokok sawi? Bunyi macam susah kan, jangan tak tahu sebenarnya mudah je. Malah kita akan dapat sawi yang segar, gebu,subur, bersih dan selamat.
Yang penting tak guna pun baja dari bahan kimia. Ambil je baja tahi ayam dan nak mudah air basuhan beras jangan lupa simpan dan tuangkan pada tanaman ini. gerenti gemuk dan subur sawi anda.
Inilah yang dikongsikan puan Farah Wahida menerusi Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur. Nak tahu caranya jom baca ni.
Assalammualaikum selamat malam semua..malam ni nak kongsi cara sy semai, dan tanam sayur sawi pulak.
1. Semai biji benih sawi dgn mgunakan peatmoss..masukkan 3@4biji biji sekali pun blh..nanti dah besar alihkan je..sy semai guna tray,bekas telur dan kalau malas sy tabur je dlm bekas nanti dah naik daun 4-5lai alihkan shj.
2. Dlm ms 10.12hari dah boleh alih dan buat pjarakkan ank benih.
3. Sebelum alih dlm bekas tanaman tanah sy dah siap letak tahi ayam..biarkan dlm ms 3-4hari baru alihkan ank pokok ye..Alihkan ke dalam pasu,petak tanaman,dan apa2 shj janji dia boleh mbesar xsesak dlm satu1 tempat..mcm sy guna je apa yg ada kat rumah..maklum la rumah taman..kwsn terhad.
4. Pembajaan sy hanya guna tahi ayam..sekali sekala sy siram air basuhan beras,mol kangkung,mol ikan..sy xguna baja ab@baja kimia.
5. Ok last part yg plg susah hati..part harvest sbb bila dah tgk rimbun gebu gebas jd syg ooo nak kutip..tu yg petik daunnya jer.
Hehehe selamat mcuba..ni cara sy ye..mana blh share kita share..tkurang blh tambah ye kawan2
Perasaan sedih kehilangan seseorang akibat kematian merupakan satu luahan emosi yang selalunya dirasai oleh mereka yang kehilangan orang terdekat seperti pasangan hidup, ibu bapa dan anak-anak.
Walaupun itu adalah suatu reaksi yang normal, pun begitu adakalanya ia boleh berpanjangan dan menjadi bertambah teruk sehinggakan menjadi sebab hidup dalam kemurungan dalam tempoh yang panjang.
Berkongsi kisah seorang suami ini umpamanya, sangat terasa sedih dengan kehilangan isteri tercinta dan tidak dinafikan turut berasa murung. Namun tidak mahu diri terus dibelunggu rasa sedemikian, Salim Aman, 62 mengisi waktunya dengan bertanam sayur di bahu jalan kawasan perumahannya.
“Selepas isteri meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu, saya melepaskan kemurungan dengan menghabiskan banyak masa di kawasan tanaman terbabit,” katanya yang turut menanam pelbagai jenis pisang, nanas, betik selain tumbuhan herba dan bunga hiasan.
Beri Percuma
Difahamkan juga daripada petikan berita di Berita Harian, ketika harga sayur semakin mahal namun Salim tidak berkira apabila memberi percuma sayur-sayuran ditanamnya kepada penduduk sekitar kejiranan di Taman Paya Rumput Indah dan Kampung Paya Rumput, Melaka.
Memanfaatkan tanah terbiar dan ruang di bahu jalan di taman berkenaan dengan tanaman kangkung, bendi, cili, serai dan keledek sepanjang lebih 1,000 meter, Salim berkata, dia lebih banyak memberi hasil tani itu secara percuma dan hanya menerima wang jika diberi.
Difahamkan juga sebelum ini pelbagai sayur-sayuran termasuk bayam, kacang, sawi, kalian dan jagung juga diagihkan percuma, namun kini ia mula mengalih kepada tanaman lain mengikut kesesuaian kerana ruang yang agak terhad.
Peraih Datang Beli
Apa yang melegakan, ramai juga peraih yang datang untuk membeli terutama pisang yang dijualnya dengan harga jauh lebih rendah daripada pasaran.
Menggunakan air paip dari rumah yang berjarak lebih tiga kilometer menerusi paip getah untuk menyiram tanaman, Salim menganggap berbudi kepada tanah mampu membawa pulangan yang memuaskan. Usahanya juga menampilkan pemandangan menghijau di bahu jalan dan kawasan taman perumahan berkenaan.
“Saya buat sendiri kerja-kerja membaja dan meracun selepas solat Subuh, Zuhur dan Asar,” katanya.
Melalui amalan kejiranan yang baik, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibina. Malah hubungan tersebut terlalu istimewa seakan sebuah keluarga. Saling mengambil berat di antara satu sama lain.
Bahkan jika ada kenduri atau majlis keramaian, pasti beramai-ramai akan hadir dan bukan sahaja sebagai tetamu malah turut sama-sama bergotong royong menjayakan majlis tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menarik lagi menerusi perkongsian video di Tiktok, hal sama juga turut dilakukan oleh sebuah keluarga Melayu ini kepada jirannya yang berbangsa India.
Melalui video tersebut, dilihat seorang wanita India yang cantik mengenakan sari persis pengantin berbual dengan seorang lelaki Melayu bertanyakan pendapat mengenai bakal suaminya apabila meninjau di tingkap sebuah rumah. Lelaki tersebut adalah merupakan jirannya namun apa yang lebih mengujakan netizen, adalah betapa akrabnya mereka seperti adik beradik. Berbual cukup mesra!
Memetik perkongsian penuh gadis tersebut yang dikenali sebagai Darsenee Raja bersama mStar, menurutnya rakaman video itu dibuat ketika majlis pertunangannya yang diadakan di kediamannya di Linggi Port Dickson pada 27 Mei yang lalu.
Darsenee memaklumkan, kehadiran ramai saudara maranya yang datang berkumpul bagi menghadiri majlis tersebut menyebabkan dia memilih untuk bersiap di rumah jirannya itu.
“Bukan saya saja, saudara mara pun sibuk bersiap. Jiran Melayu di sebelah rumah offer untuk bersiap di kediaman mereka.
“Saya tak kisah sebab kami ibarat satu keluarga. Hubungan kami sangat rapat sejak saya dibesarkan di sini, kami sudah kenal 17 tahun,” terangnya.
Darsenee yang juga merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) akui tidak kekok malah selesa tinggal di kawasan kejiranan Melayu dan akui hubungan mereka sangat akrab.
“Jiran-jiran di sini banyak bantu keluarga saya menguruskan majlis pertunangan ini. Mereka juga tolong susun segala barang-barang termasuk meja dan kerusi di khemah.
“Malah pelamin pun tempah yang majlis kahwin orang Melayu selalu guna, sebab cantik,” ujarnya lagi.
Menurut Darsenee, dia bersyukur kerana kehidupan bersama jiran-jiran sangat baik seperti sebuah keluarga.
“Kekuatan hubungan kami sesama jiran adalah saling bantu membantu, hormat-menghormati dan berkerjasama.
“Kami hidup bersatu-padu walaupun berlainan agama dan bangsa”, jelasnya lagi.
Baca artikel menarik lain di sini:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira malah teruja dengan keakraban dua bangsa berbeza yang dikongsikan di dalam video tersebut.
“Kalau di kg ini biasa. Bila jiran sebelah nk kahwin, jiran pon busy macam tuan rumah 😂. tapi memng best berjiran mcm ni. Kalau di bandar memang masing-masing hal sendiri,” tulis netizen.
“Love this type of jiran. Very rare to get. Those have so lucky and blessed,” komen yang lain.
“When he said ranjakani…adoiiii tergelak…😂”, tulis yang lain pula.
“Love this. When we was small, rumah jiran sebelah kanan Malay, kiri Cina depan kristian and im Indian. had an awesome neighborhood 🥰,” kongsi yang lain pula.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.