Cuaca sekarang memang tak menentu dan pastinya mencabar nak mengharungi bulan puasa. Tapi jangan risau, agar-agar kelapa ni dapat melegakan tekak dan badan anda selepas seharian berpuasa.
Bukan setakat sedap je, menu ini juga boleh dibuat untuk makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan. Rugi kalau tak cuba resipi yang dikongsikan ini.
Agar-Agar Kelapa
Bahan-bahan:
Loyang 10 inci
Saya guna 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa
Lapisan Pertama:
1 setengah cawan air
1 cawan air kelapa
70g gula
5 gram agar-agar serbuk
60 gram santan kotak
1 sudu kecil garam
Lapisan Kedua:
2 cawan air
3 cawan air kelapa
150g gula
5 gram agar-agar serbuk
Cara Penyediaan:
Lapisan Pertama:
– Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa + 70g gula dan 5 gram agar-agar serbuk.
Ads
– Kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru hidupkan api. Perlahan saja dan acau dalam 2-3 minit.
– Masukkan 60gram santan kotak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.
– Bila dah mendidih jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru matikan api.
Ads
– Tuangkan dalam loyang.
– Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je maksudnya letak dekat luar je. Pastikan persekitaran anda bersih.
Lapisan Kedua:
– Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
Ads
– Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap.
– Tapiskan.
– Ambil agar-agar yang dah keras tadi. Cucuk sebanyak mungkin. Step ni penting supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.
– Tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.
– Biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.
Sambal memang menjadi ‘elemen’ pembuka selera. Tak ada stok sambal di rumah memang tidak sah. Rasa tak lengkap bila menjamu selera. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal homemade yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas.
Ramai juga yang ragu-ragu untuk membuat stok sambal kerana bimbang tidak tahan lama. Ada petua supaya stok sambal yang dibuat tahan lama tanpa kulat atau rosak. Caranya ialah guna sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal.
RESIPI SAMBAL HOMEMADE
BAHAN A:
2 genggam cili padi merah & cili padi hijau
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang Holland
*1 biji tomato saiz kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci belacan
(bahan bertanda (*) dibakar atas pan terlebih dahulu)
BAHAN B:
3 sudu makan cuka
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Secubit dua MSG
Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN C:
1-2 hiris limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar bersama bahan B. Kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam bekas dan perah 1-2 hiris jus limau nipis. Sebatikan.
3. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
1/2 genggam kismis
3 sudu makan bawang goreng
Sedikit gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Goreng cili padi dan bawang putih seketika. Tujuannya supaya sambal kicap lebih sedap dan tahan lama. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa digoreng.
2. Setelah layu, masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Kuantiti kicap adalah menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
CARA SIMPAN IBU SAMBAL KICAP SUPAYA TAHAN LAMA:
*Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. *Hidang dalam bekas berasingan.
*Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika perlu.
BAHAN A:
20 batang cili merah
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
4 ulas bawang putih
2 biji tomato kecil
2 genggam kecil ikan bilis
1 sudu kecil udang kering
1/2 inci belacan
BAHAN B:
Sedikit nise Kelantan @ gula melaka
Gula secukup rasa
Garam bukit secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Gorengkan bahan-bahan A untuk seketika. Cili perlu digoreng asing dengan bahan-bahan lain. Setelah siap digoreng, sejukkan seketika.
2. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untyk melumatkan bahan. Simpan juga 1 genggam bilis goreng untuk ditabur dalam sambal selepas ini.
3. Panaskan kembali minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sedikit garing.
4. Masukkan lebihan ikan bilis goreng. Biarkan sambal dimasak dengan api perlahan.
5. Perasakan sambal dengan nise @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri.
6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
IKUT TIP PENYIMPANAN UNTUK TAHAN LAMA:
*Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama dan letakkan dalam freezer.
*Jika buat stok untuk tempoh 2-3 minggu, memadai sahaja simpan dekat chiller.
*Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti sejuk.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambil sambal.
BAHAN A:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
BAHAN B:
5 biji limau kasturi
2 biji limau nipis – perah jusnya. Asingkan biji
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
BAHAN C:
1 1/2 gelas air asam jawa. (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
1 sudu makan garam bukit
1/2 sudu makan gula perang
CARA MEMASAK:
1. Belah dua bahan A kecuali belacan. Bakar dalam kuali non-stick.
2. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan B.
3. Tambahkan air asam jawa. Boleh kurangkan jumlahnya mengikut kepekatan sambal yang diingini.
4. Masukkan juga garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
CARA HIDANGAN UNTUK KESEGARAN AIR ASAM YANG BERPANJANGAN
*Ambil beberapa sudu makan stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
*Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
*Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi, nak makan baru letak.
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah
2 sudu makan gula
3/4 sudu kecil garam – kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
Cuka secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas pengisar.
2. Cuka sukatannya adalah hingga paras 1/2 dari sukatan cili dalam blender. Boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka.
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Biarkan sambal selama 1-2 hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap.
Menikmati secawan kopi yang dibancuh oleh barista tentunya cukup istimewa. Pun begitu ada harga yang perlu dibayar untuk secawa kopi yang disediakan, kadang-kadang ada yang mencecah hingga puluhan ringgit.
Pun begitu buat anda pencinta kopi apa kata anda cuba untuk bancuh sendiri untuk dinikmati bersama seisi keluarga dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Masdihana Bte Hamzah ini.
Menurutnya bila bancuhan dibuat sendiri ianya lebih menjimatkan. Pun begitu untuk memberi rasa air kopi yang lebih enak, perlu menggunakan ‘french press’. Ini bertujuan akan memberikan ciri istimewa bagi menghasilkan rasa dengan lebih kaya dan lembut bila dinikmati.
1.Bancuh kopi kegemaran anda dengan air panas/suam separuh cawan.
2. Tambah ice kalau suka. Dalam french press bancuh susu low fat dan susu cair (sikit je) bersama air panas – press 30 kali. Lepas tu tuang ke cawan bancuhan kopi tadi.
Siap
Enak dinikmati sebagai minuman sejuk atau pun panas.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Warnanya yang cukup menarik pasti membuatkan anda sekeluarga teruja untuk merasainya. Bukan tu je, resipi ini juga sangat mudah dibuat dan tidak mengambil masa yang lama.
Bagi penggemar Puteri Ayu, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ain Kamis ini. Tetapi kali ini dalam versi Red Velvet. Nak cuba, jom kita tengok resipi ni!
Red Velvet Puteri Ayu
Bahan cheese :
250gram cream cheese ( jgn smpi suhu bilik)
½ cawan gula halus ( jgn penuh. Dlm ¾ ok)
1 biji telur gred A
2 sudu besar tepung gandum
1½ sudu besar susu segar Yarra
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1) putar cream cheese hingga licin & tidak berketul.
2) masukkan gula. Putar lagi hingga sebati & licin.
3) masukkan telur & esen vanilla. Putar lg
4) masukkan tepung & susu segar.. Putar sebati .pastikan adunan licin tidak berketul ye.
Bahan Red Velvet :
Bahan A : diayakkan
250gram tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil soda bicarbonate
Bahan B : buttermilk
1 cawan susu segar Yarra
1 sudu kecil cuka masakan
Bahan C :
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalete
sedikit esen vanilla
Bahan D :
pewarna merah ikut suka nk bnyk mana ye
Cara-cara :
1) buat bahan B terlebih dahulu. Satukan kedua bahan tersebut & biarkan sementara kita siapkan step yg lain.
2) ayakkan bahan A. Ketepikan
3) satukan & putar bahan C dgn kelajuan yg perlahan selama 5min. Kemudian tukar pada high speed sehingga adunan menjadi putih & fluffy. Lebih kurang 15min.(bergntung pada mixer yg digunakan juga)
4) masukkan bahan A & B secara selang seli kedalam adunan bahan C Yang telah kembang tadi.
5) putar sehingga sebati & tidak berketul
6) kemudian masukkan pewarna. Ikut suka la nk letak cair atau pekat warna nye. Selera masing² kan.
7) gris acuan dgn sedikit minyak.
8) letak adunan cheese dahulu. Kukus selama 5min.
9) kemudian baru masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan. Kukus selama 15min.
Selamat mencuba.
Psst : resepi Google. Kita olah sikit² . My 1St time buat. Alhamdulillah menjadi. Kalau korang buat xjd, sila ketuk tngn sendiri