Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam berkongsi rasa syukur dan terharu selepas impiannya untuk memiliki rumah idaman akhirnya tercapai.
Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan menerusi laman tiktok dan Instagramnya memuatnaik momen sewaktu melangkah masuk ke rumah barunya buat tatapan para pengikutnya.
Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan,” tulisnya di ruangan kapsyen di laman tiktok.
Selepas menguruskan beberapa dokumen dan menerima kunci rumah, video berdurasi 30 saat itu jelas kelihatan raut wajah gembira pasangan tersebut sambil meninjau persekitaran kediaman mereka.
Ads
Suami kesayangan Awin Nurin ini turut tidak melepaskan peluang merakam momen ketika menerima kunci kediamannya itu.
Dia juga turut membawa para pengikutnya untuk melihat dengan lebih dekat keadaan rumahnya itu.
Ads
Untuk rekod, Izzue dan isteriny Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Jun 2013.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan doa buat pasangan ini. Tak kurang yang memuji pembawaan diri mereka dalam melayari alam rumahtangga tanpa kontroversi.
yunaaaaa786_ Rezeki dr doa anak2 bulus juga tu doakan daddy & mummy nya, moga lps ni ada rezeki timang anak sendiri pula amin, kami semua doakan yg baik2 utk bro izzue & wife ❤️
azreenwardah Betullah kata orang..lelaki hensem ni setia👏👏 tahniah
siti_fairina Best tgk diorg nie…setia ja, enjoi je hidup diorg…😍😍
wannoraini189 Alhamdulillah tahniah! Bangga tengok artis yang pandai cari duit dan kumpul aset ni. Moga sukses selalu.
norlizalmiemy Alhamdulillah…Tahniah izzue n wife semoga bertambah rezeki dr Allah swt…Aamin
ghanirohani alhamdulilah rezeki allah beri x pernah salah
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya.
Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengurusan harta pusaka adalah suatu yang amat penting di dalam keluarga. Ia perlu dilakukan dan ditadbir dengan baik agar semua adik beradik tidak bergaduh disebabkan harta peninggalan orang tua.
Umpamanya dalam bab tanah pusaka di mana gerannya adalah dikongsi oleh banyak penama. Bagaimana sewajarnya harus dilakukan?
Nak tahu lanjut, ikuti penerangan detail dari peguam ini. Jom semak.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Nampaknya minggu ni ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung setelah sekian lama tidak dibenarkan merentas negeri.
Khabarnya minggu ni jalan raya bakal sesak apabila cuti kali ini bertembung dengan cuti sambutan perayaan Depavali.
Sudah pastinya ada yang mengambil cuti panjang untuk membawa keluarga berjumpa orang tua di kampung dan singgah ke pusat peranginan.
Namun, cuti-cuti juga, keselamatan harus dijaga untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.
Umumnya untuk pulang ke kampung atau pergi ke mana-mana, perlu ada senarai semak atau check List supaya persiapan perjalanan lebih teratur. Malah menjadikan kita lebih alert dan fokus keperluan dalam tempoh itu.
Sebagaimana perkongsian tular ini, biarpun ringkas tapi ia amat penting untuk kita alert. Ia melibatkan keselamatan di rumah dan keluarga ketika dalam di jalan raya.
Jom kita lihat check list ringkas ini tapi lengkap untuk kita alert hal ini. Tapi yang no 16 hingga 30 tu paling penting untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini semasa memandu. Barulah pulang ke kampung dengan selamat dan harmoni.
30 Check list kena alert!
Sebelum balik kampung:
1. Cabut semua kat dinding except fridge. 2. Buang sampah. 3. Jgn biar baju tersidai diluar. 4. Double triple check fan & lampu. 5. Kosongkan sink. 6. Bawak toiletteries. 7. Charger phone. 8. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah. 9. Niat Nak buat Jamak Qasar. 10. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy. 11. Lapang dada & solat/baca doa musafir. 12. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya. 13. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami. 14 Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes. 15. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR
No 16- 30, paling penting elak kecelakaan di jalan raya!
16. JGN LUPE BAGI SIGNAL 17. JGN LUPE BAGI SIGNAL 18. JGN LUPE BAGI SIGNAL 19. JGN LUPE BAGI SIGNAL 20. JGN LUPE BAGI SIGNAL 21. JGN LUPE BAGI SIGNAL 22. JGN LUPE BAGI SIGNAL 23. JGN LUPE BAGI SIGNAL 24 JGN LUPE BAGI SIGNAL 25. JGN LUPE BAGI SIGNAL 26. JGN LUPE BAGI SIGNAL 27. JGN LUPE BAGI SIGNAL 28. JGN LUPE BAGI SIGNAL 29. JGN LUPE BAGI SIGNAL 30. JGN LUPE BAGI SIGNAL