Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak dijumpai berseorangan diri di tepi jalan di Cheras Utama kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu dengan badan yang penuh kesan lebam dipercayai mangsa dera.
Menurut individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia tiga atau empat tahun itu, Ahmad Nor Faizal Mohd Nor, 37, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai dengan menunggang motosikal sebelum terlihat kanak-kanak terbabit di tepi jalan.
Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati berpatah semula sebelum melihat kanak-kanak itu melambai ke arahnya.
“Riak wajahnya dalam ketakutan, kepalanya bengkak dengan kesan darah selain badan turut ada kesan lebam sementara jari telunjuk tiada kuku.
“Saya ada bertanya dia hendak ke mana sebelum kanak-kanak itu memberitahu dia sesat lalu membawanya pergi makan di warung berhampiran.
“Pada masa itu, saya turut bertanya kepada orang di situ (warung) sama ada mengenali kanak-kanak terbabit namun tiada yang mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dia kemudian memaklumkan perkara itu ke dalam kumpulan WhatsApp penduduk, masjid dan sebagainya namun semua tidak mengenali kanak-kanak itu.
Ads
“Ketika itu saya lihat keadaannya sangat teruk dengan kesan luka baru dan lama di badan selain terdapat darah pada rambutnya.
“Kaki sebelah kanak-kanak terbabit juga tempang dan apabila dia tanya dia menjawab dalam sepatah-sepatah,” katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan dia turut melihat ada kesan gigitan berbentuk gigi di badan kanak-kanak terbabit manakala salah satu jarinya tiada kuku dan tidak dirawat dengan baik.
“Ketika saya tanya kenapa dia dipukul kanak-kanak terbabit hanya memberitahu papa minum bir (mabuk) lepas itu dia dipukul.
“Dia (kanak-kanak itu) juga ada beritahu mamanya juga dipukul sementara kesan cedera pada kepala kerana dihentak ke dinding,” katanya.
Katanya, dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu selepas penduduk tidak mengenalinya.
Ads
“Saya sebagai seorang bapa melihat kanak-kanak terbabit diperlakukan lebih teruk daripada binatang kerana jika hendak marahkan anak pun perlu ada batas.
“Tidak kisahlah kanak-kanak itu warga asing atau tempatan, tetapi dia tetap kanak-kanak tambahan pula mukanya cuak apabila ditanya ingin pulang ke rumah atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota rondaan cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen sebaik dimaklumkan orang awam.
Ads
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi selain tidak menemui butiran atau dokumen pengenalan diri.
“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
“Mangsa kemudian dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Ramai ibu bapa tahu akan keburukkan gajet apabila terlalu lama terdedah kepada anak-anak.
Melalui facebook, Adlil Rajiah berkongsi pandangan mengenai kawalan gajet kepada anak-anak.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
“MACAM MANA NAK BAGI ANAK BEBAS GAJET?”
Ramai yang tanya saya soalan ni.
Jawapan saya–
dalam zaman sekarang ni, nak anak bebas gajet
adalah sangat MUSTAHIL.
Tengok sekeliling anak2 kita.
Ibu bapa hari2 dengan smartphone.
Kat rumah, hari2 guna gajet.
Pembelajaran di sekolah, pun guna gajet.
Babysitter, cikgu, penjaga, semuanya guna gajet.
Bila balik kampung, atok nenek mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, semuanya guna gajet.
So kalau bukan kita yang bagi anak gajet–
orang lain akan bagi.
Kan?
Masa anak kecik, kaedah “out of sight, out of mind” mungkin berkesan.
Sorok semua gajet daripada anak.
Tapi lama2 bila anak dah semakin besar, semakin bijak meneroka, semakin banyak bergaul dengan orang2 selain ibu bapanya–
pendedahan gajet dah tak dapat dibendung sepenuhnya.
KETAGIH GAJET
That’s why saya cakap, anak bebas gajet adalah mustahil.
Tapi apa yang kita boleh usahakan ialah–
anak bebas KETAGIHAN gajet.
.
Sebenarnya benda yang kita nak elak ialah KETAGIHAN,
bukan gajet.
Kan?
.
Dari mana datang ketagihan?
Dari pendedahan yang berlebihan dan tidak terkawal.
.
Anak2 yang guna gajet ada dua jenis:
.
1. Bila ada gajet, dia ok. Bila takde gajet pun, dia ok.
2. Bila ada gajet, dia ok. Bila takde gajet, dia TAK OK.
.
Dan concern kita yang nombor dua.
Sebab itu lah yg dinamakan–
KETAGIHAN.
.
Macam minum kopi la.
Peminum yang ketagih akan rasa hidup tak lengkap kalau tak minum kopi pepagi. Masuk ofis rasa nak terajang semua orang.
.
Tapi peminum yang tak ketagih, dia mampu chill tanpa coffee, dan hanya minum BILA PERLU. Sebab dia tahu had selamat pengambilan kopi, dan dia kawal pengambilannya setiap hari.
.
So bezanya–
kawal pengambilan.
.
So sama lah dengan gajet.
Yang menentukan anak ketagih gajet ataupun tak, ialah kawalan pendedahan daripada ibu bapa.
.
First step, make sure kita tahu had selamat pendedahan gajet mengikut usia anak:
.
❗️2 tahun ke bawah, tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet / skrin langsung, sebaliknya diberikan aktiviti sensory yang melibatkan banyak pergerakan dan sentuhan.
.
❗️2-5 tahun, limit screen time to 1 hour per day, dengan 100% pantauan orang dewasa. Dan pastikan sentiasa wujud interaksi ketika menonton.
.
❗️6 tahun ke atas, screen time perlu dihadkan mengikut keperluan dan keadaan. Ibu bapa perlu bijak beri keseimbangan antara screen time dan aktiviti lain seperti tidur yang cukup, bermain, family time, aktiviti fizikal, dan lain2.
.
❗️ Pendedahan skrin terhadap anak perlu sentiasa dipantau oleh orang dewasa. Jangan sesekali beri anak gunakan gajet / TV seorang diri tanpa interaksi atau sehingga mereka tertidur. BAHAYA untuk perkembangan emosi dan mental mereka.
.
Ok dah tahu had selamat, the next step is–
KAWAL PENDEDAHAN.
.
Saya kongsikan di blog tentang 8 strategi berkesan untuk kawal pendedahan gajet pada anak. Klik link ini untuk baca:
http://saatakukaupilih.blogspot.com/2015/03/8-cara-kawal-anak-daripada-ketagih-tab.html
.
Apa pun,
gajet sebenarnya mampu beri anak 1001 manfaat kalau kita benar2 tahu mengendalikannya.
.
Tapi kalau tak–
padah lah jawabnya.
Sebenarnya gemar melukis umpama bermain sambil belajar. Secara semula jadi kanak-kanak suka melukis berbanding dengan menulis. Kanak-kanak melukis pada dinding, kertas, lantai, permukaan air dan di mana sahaja. Mereka melukis apa sahaja yang bermain di minda apabila memegang pen atau pensil.
Menerusi aktiviti melukis, kanak-kanak berupaya memahami dunia mengikut perspektifnya. Sama seperti bermain, berikan kebebasan kanak-kanak untuk melukis mengikut caranya tersendiri.
Ibu bapa boleh menggalakkan anak anda bereksperimen dengan produk lukisan menerusi cara berikut:
1.Elakkan buku jenis garisan mewarna atau buku kerja.
2.Kesabaran dengan hasil kerja lukisan anak dan terus menggalakkan
3.Jangan terlalu banyak membantu anak melukis. Biarkan dia bebas melakar apa yang diinginkan.
4.Anda menerima hasil kreatif si manja tanpa membuat penilaian hasil kerjanya
5.Beri komen positif dan pujian bahawa si manja menghasilkan produk yang unik
Ibu bapa perlu memahami peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Menerusi kefahaman ini ibu bapa berupaya untuk membenarkan kanak-kanak untuk meluahkan perasaan secara spontan. Berikut adalah peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut umur:
*Umur dua hingga tiga.
Peringkat lakaran iaitu semua kanak-kanak akan melakukan perkara yang sama iaitu melakar.
*Umur dua hingga empat tahun
Peringkat lakaran membentuk seperti bulatan, bujur, empat segi, tiga segi dan lakaran bersilang.
*Umur tiga hingga lima tahun.
Kanak-kanak mula membuat corak daripada bentuk yang pernah dilukisnya.
*Umur empat hingga lima tahun
Peringkat kanak-kanak membuat reka bentuk dalam bentuk manusia
*Umur lima tahun hingga enam tahun
Kanak-kanak di peringkat sudah boleh melukis gambar.
Apabila ibu bapa memahami pelbagai peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak, mudah untuk si manja melalui langkah pertama bagi proses perkembangan belajar melukis. Berikan kanak-kanak helaian kertas kosong tanpa sebarang garisan dan biarkan kanak-kanak melakar dengan pensil atau krayon secara bebas tanpa diganggu.
5 sebab melukis penting untuk kanak-kanak adalah:
1.Meluahkan pemikiran, pengetahuan dan idea.
2.Meneroka, mencuba dan mencipta dengan menggunakan pelbagai media.
3.Membuat eksperimen dengan warna, garisan, bentuk, tektur dan rekaan.
4.Meluahkan perasaan dan emosi.
5.Menjadi kreatif.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Doa ibu sentiasa memberi harapan dan kekuatan kepada anak. Memang benar, jangan buat main-main doa seorang ibu. Ia cukup mustajab!
Walaupun begitu ada cara yang betul untuk mendoakan anak. Ada rahsiannya agar doa diterima dan menjadi jalan singkat untuk memberikan kebahagiaan buat anak.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian.
Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
” Aku bersumpah demi Allah.,wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,dan aku bersumpah demi Allah,agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. “
Doanya: *(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.*
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat In Shaa’ Allah Khas untuk ibu ayah semua : Jgn pernah LETIH untuk berdoa..
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di