Limau kasturi selalunya bila beli nak pakai sebiji dua saja tapi kalau beli di pasar raya ada yang sudah siap pek dalam jumlah banyak. Kebiasaannya baki buah limau kasturi yang dibeli akan terbiar kering atau busuk.
Limau Kasturi Tahan Berbulan-bulan Lamanya
Sebenarnya ada teknik untuk menyimpan buah limau kasturi supaya kita tidak lagi membazir. Boleh ikut tip yang dkongsi Siti Fatimah Abas ini. Cara ini berbulan-bulan boleh simpan limau kasturi. Cara ini juga sesuai diaplikasikan untuk lemon juga.
Ini Trik Cara Nak Simpan
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah nak perah nanti.
Ads
2. Kemudian perah, guna tapis untuk asingkan biji.
3. Boleh dapat secawan.
Ads
4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
Ads
5. Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.
6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang, cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak. Nak guna untuk buat teh o limau, sambal belacan ambil saja.
Pernah tak cuba buat krim marjerin? Resipi ini cukup mudah malah anda boleh pelbagai perisa ini untuk memikat selera si anak untuk bersarapan. Selain roti, boleh juga disapu pada kek. Kalau nak cuba sendiri , ini resipi yang dkongsikan oleh puan Masni Bahari.
Jom kita buat krim majerin untuk anak2 kita kesekolah..x la jemu meka asyik dok calit dgn palanta skaya ja..yg akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin n gula ja..tp akak nak dia lebih rasa sedap n lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yg akak derhaka tu
Cara membuat:
Campur semua bahan kecuali perisa. Kisar sampai kembang dan jadi putih gebu. Bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dalam peti ais..akak nak bagitau ya..kalau nak buat krim ni jangan sesekali guna butter ya..sebab butter cepat cair.
Koko perisa coklat..
Hijau perisa pandan..
Putih perisa vanila..
Kuning perisa jagung..
Pink perisa strawberry..
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Menu bergedil sememangnya sedap tapi lagi berganda enaknya bila dimasak menjadi Popia Bergedil. Boleh dijadikan menu minum petang atau sarapan yang cukup menyelerakan, bila turut dihidangkan bersama sambal kicap yang pedas. Laju sahaja kita makan dan sedar-sedar habis sepinggan Popia Bergedil yang terhidang.
Jadi buat yang pertama kali hendak mencuba rasa, di sini dikongsikan resipi untuk memudahkan anda mencubanya. Resipi ini dikongsikan oleh Ana Kefli dan boleh dicuba. Bila masak sendiri, puas hati dapat kita makan ramai-ramai bersama seisi keluarga.
Bergedil Popia Cili kicap
Kentang 5 biji – Goreng/lenyek
Cili Besar Merah 1 biji – Hiris halus
Daun Bawang Secekak – Hiris halus
Bawang Goreng Sesenduk
Daging Lembu Kisar * Bubuh sedap. Tak ada takpa
Serbuk Lada Putih
Perasa
* Gaul semua bahan di atas.Bebolakan atau bentukkan panjang. Ikut suka.
Cili Kicap Pedas Gills
Cili Api Vietnam 10biji
Cili Api Hijau 10biji
Bawang besar sebelah
Bawang putih 3 ulas
Kicap pekat
Kicap cair
Perasa
Air sikit
* Goreng semua. Biar sejuk sikit, masuk blender semua bahan. Masukkan perasa, air sikit,kicap pekat dan kicap cair, gula ikut kesesuaian/kemampuan pedas atau tak dan perahan limau sikit.
** Nak tahan lama mesti masak sekejap atas dapur api kecil dalam 10minit. Simpan peti tahan seminggu atau lebih.
Cara Gulung & Goreng
Kulit Popia
Air masak *agen pelekat/gam
* Sehelai kulit popia, lipatan pertama lipat 1 besar. Sebelah lagi lipat sikit sahaja.Bubuh begedil, dan isikan air dihujung lipatan sebagau agent pelekat. Dan boleh gulung.
* Bancuh telur 3biji + tepung jagung sesudu + perasa. Kacau rata. Panaskan api, celup Bergedil Popia dan goreng kekuningan.
* Sudah siap! Boleh makan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.