Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1. Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
Ads
2. Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
Ads
3. Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
Ads
4. Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencipta keunikan dekorasi laman di kediaman keluarga ini, nyata memberi impak yang istimewa. Terlihat comel dan menarik dengan adanya aksesori unik yang diilhamkan sendiri oleh keluarga Sha Sha ini. Walaupun sekadar laman yang kecil, hanya di sudut kiri dan kanan pintu pagar rumah, namun laman ini mampu memberi rasa bahagia buat seisi keluarga.
Ketahui kisah lanjut keluarga ini bersama laman kesayangan mereka. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilham buat anda yang suka berkebun bunga.
Deko di laman ini semua saya dan suami buat sendiri. Bercerita tentang idea, kadang-kadang kalau saya pergi jalan-jalan ternampak sesuatu yang cantik, saya dan suami cuba lah buat untuk letak di taman. Sering kali juga saya menyelak-nyelak majalah untuk lihat idea baru dan unik. Bukan itu sahaja, malah turut jadikan inspirasi laman-laman kawan yang cantik untuk direalisasikan di laman yang kecil ini.
Suami saya rajin jugalah bagi idea dan rajin tolong buat besi-besi deco, anak-anak pun ada yang tolong kalau cuti sekolah, tolong alih-alihkan pasu dan sebagainya.
Semua pokok-pokok ini pada mulanya saya beli di kedai-kedai pokok bunga yang berdekatan dengan tempat saya. Alhamdulillah, semuanya hidup segar dan rajin berbunga. Sebenarnya tiada tip tersendiri, cuma kena rajin bagi baja seminggu sekali dan siram pun 2 kali sehari. Selain itu, bila kita nak bubuh baja tu saya gembur-gemburkan tanahnya. Mana yang tanah kurang saya tambah, kemudian baru bubuh baja.
Rumah saya jenis teras lot tengah, jadi kawasan yang ada cuma di bahagian depan kiri dan kanan pintu pagar.
Alhamdulillah, dengan taman yang seadanya ini kami sekeluarga berasa happy dan memandang laman ini seakan terapi bagi saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Bukan kami sekeluarga sahaja sukakan laman ini, malah ada juga orang yang lalu lalang di kediaman kami merakam gambar kerana tertarik dengan deko yang kami hasilkan.
Peningkatan kes baharu Covid-19 dan ditambah pula jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 dari sehari demi sehari bertambah, nyata menimbulkan kerisauan setiap antara kita.
Sebagai ibu ayah, tentu kita mahu keluarga kita terhindar daripada wabak ini dan berharap agar semuanya segera berakhir dan sekali gus kita semua dapat menjalani kehidupan biasa seperti dulu-dulu.
Sementara usaha ke arah menghentikan rantaian penyebaran Covid-19 hanya akan berjaya bilamana semua antara kita berdisiplin #stayathome.
Selain itu, fahami juga apa tindakan yang perlu diambil sekiranya terasa diri seakan terkena jangkitan Covid-19 dan ketahui juga apa pula hospital buat jika anda disyaki Covid-19. Ilmu ini dikongsikan oleh doktor ini agar lebih ramai yang faham. Jom semak.
ILMU COVID-19 (Part 5) Artikel doc ke 1074.
“Apa perluanda lakukan kalau anda rasa diri anda mungkin di Jangkiti Covid-19?
Apa pihak hospital lakukan jika anda di syaki terkena Covid-19?”
A. Uoll pun tau doc atau doktor2 Kerajaan/swasta ni tak boleh pastikan anda positif covid atau tak? Doc/ Doktor2 lain hanya akan tanya samada anda:
1- Anda ada simptom demam lebih 3 hari /batuk /sakit tekak/susah nafas tak?
2- Anda baru balik dari luar negara yg ada Covid-19.. Cina, Korea, Itali, Iran… dll? .
3- Anda ada jumpa/tinggal dgn pesakit Covid-19/disyaki Covid-19?
Kalau takde semua diatas, duk diam2 dirumah ikut arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jangan pi menyemak/menyibuk di tempat screenig di Hospital pula… Hihihi
B. Klu ada salah satu simptom saja di atas, doc nasihatkan anda pi screening di Hospital dgn mengambil sample tekak dan hidung dan di nasihat balik berkuarantin diri sendiri di rumah sehingga keputusan sample didiagnosa. Klu simptom anda teruk ketika nak di screening, anda dinasihatkan doktor memasukki wad & sampel anda di ambil. Kesihatan anda di monitoring di ward isolation.
C. Keputusan Sampel tekak/hidung tu akan diketahui 2-3 hari selepas tu.
(i) Selagi belum dpt keputusan:
Anda yg ada simptom mesti di rawat dlm wad.. Mkn Ubat demam, batuk, selsema diberikan. Klu uoll tiada simptom duk diam2 kuarantin dlm rumah menunggu call dr pegawai kesihatan samada anda +ve atau – ve.. Ketika ni, anda jadi “INSAN YG SERBA SALAH”… Seisi keluarga jadi ketakutan, ada yg dah melompat apa akan jadi kpd mereka semua wlpun result belum tahu. Diri anda berdebar2. Ketika ni, anda harap dan doa saja kpd Allah apa saja amat dihajati. Klu keputusannya NEGATIF, Sujud syukur tak terkata dgn menitis air mata yg keluar drp hati sanubari kita.
Tpi klu POSITIF, diri anda tak tahu apa nak dikata. Satu keluarga terdekat anda mesti di screening Covid-19 di Hospital secepat mungkin.
Klu kes ni TERBOCOR jiran sebelah rumah yg jenis kepo/membawang…. Kejap je 1 kampung atau 1 Msia tau dlm sekelip mata. Kesian mereka…. Mindset org kita camni…. Mcm2 tuduhan & anggapan negatif di humban org ramai.. Rasa mereka yg kepo ni mcm dah kiamat. Sepatutnya doakan kpd pesakit Covid-19 dan patut bagi Moral Support! Klu Uoll di saring POSITIF…. uoll baru faham situasi ni.
D. Bila anda POSITIF COVID-19, anda di masuk ward isolation. Sapa pun tak boleh melawat anda di Hospital. Baru di sini anda dpt rasa AMAT HARGANYA NILAI KESIHATAN & KEBEBASAN yg ALLAH bagi kpd anda selama ni….
Titisan air mata & doa selalu dgn automatik di hujung mulut anda sentiasa… Allah saja yg tahu isi hati anda ketika tu.. Rasa nyawa diri spt telur dihujung tanduk. Ketika ni doc/anda akan sentiasa Bertobat, salat hajat selalu, istifar selalu dan berdoa setiap masa…… Insyallah Allah sembuhkan musibah ni drp kita. Minta ampun kpd Allah. Balik kpd Allah… Amiin. Nyawa kita di tanganNya. Dan kira masa ni amat hrp Doktor merawat simptom2 anda yg ada di wad sebaik mungkin.
E. Dlm tempuh 1 minggu, SECOND SAMPLE NASAL & PHARYNX SWAB diambil jika simptom anda sembuh. Klu NEGATIF bagus tu tpi masih dikuarantin dlm wad. Lps 24 jam kemudian THIRD SAMPLE NASAL & PHARYNX SWAB di ambil. Klu NEGATIF, baru anda di discharge tpi kena KUARANTIN di rumah dlm 14 hari untuk memutus INFEKSI CYCLE COVID-19. Duk diam2 dirumah, tau!!! Sayang le keluarga dan semua rakyat Msia dikeliling anda.
F. Lihatlah semua sahabat2 doc diluar sana, klu anda di dlm ward Covid-19 baru anda HARGAI betapa hebatnya komitment dan pengorbanan DOKTOR, NURSE, dll dlm suit personal protective equipment (PPE) …
atau “‘baju angkasawan” yg harganya mahal & panas berpeluh utk periksa kesihatan anda & pesakit2 keliling anda.
Mereka korban masa, tenaga & keluarga mereka untuk anda semua demi bangsa & negara. Kita patut SALUTE & amat berterima kasih serta doa kesihatan terbaik bg mereka yg selalu yg membantu kita. Mudahan Allah sentiasa lindungi mereka. Aamiin.
G. Anda lihat dgn mata kepala anda sendiri di wad ICU, dimana simptom pesakit COVID-19 menurun & komplikasi dgn sesakan penafasan serta di INTUBATE & perlu VENTILATOR membantu penafasan nya di ICU. Critikal keadaannya. Ini terjadi kpd ramai pesakit tua, diabetik, sakit jantung, sakit paru2, pertahanan immuniti rendah dll. Klu di takdikan umur anda panjang, hidup lagi lah anda di bumi ini. Klu nyawa di ambil Malaikat Maut… Badan anda dibalut plastik, mayat di tayamum, tak dimandikan & disalatkan di hospital. Org dikasihi isteri, suami, anak2, adik beradik tak boleh iringi anda ke kubur. Hanya boleh lihat dari jauh mayat anda terbujur ke dlm liang lahat…. Allahuakbar.Hanya doa mereka dpt iringi anda dgn titisan air mata.
**Peringatan: Masih Tiada ubat specifik atau vaksin untk anak elak Covid-19 ketika ni.
Doc harap doc dpt mudahkan uoll faham sanario COVID-19 diatas sbgai ikhtibar. Klu ada symptom, cepat2 pi check up. JANGAN DAH MELARAT, BARU NAK MENYESAL! Understand mengapa duk diam2 dirumah penting dlm 14 hari ni….. Untuk keselamatan & kesihatan anda, keluarga dan semua rakyat Msia. Krn anda INSAN TERBAIK!!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...