Cantik, elegan dan eksklusif, demikian yang boleh diungkapkan takkala melihat kediaman milik Shazwani Ismail sekeluarga ini.
Walaupun sekadar rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi, namun susun atur dan pemilihan warna serta perabut mengubah wajah kediama ini untuk nampak lebih mewah.
Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Seperti yang dikongsikan pemilik kediaman ini yang ternya cukup bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah.
Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan Ambil Mudah Jika Anak Jatuh Kepala Dahulu. Lakukan Segera Tip Yang Dikongsikan Dr.Halina Ni!
Lumrah kanak-kanak terjatuh kerana mereka suka melakukan pelbagai aksi biarpun ditegah. Apatah lagi jika anak anda baru ‘dapat kaki’, jadi bab terjatuh atau terhantuk adalah biasa berlaku.
Namun tidak bermakna sebagai ibu bapa anda tidak mengambil berat hal tersebut. Kesan hentakan dari terjatuh misalnya boleh meninggalkan bengkak atau benjolan di kepala.
perkara ini dikongsikan oleh Datin Dr Halina apabila anak kembarnya yang bernama Noah terjatuh dan kepalanya terhentak.
Justeru, isteri kesayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar memberikan beberapa tip kepada ibu bapa sekiranya berlaku perkara yang sama ke atas anak-anak mereka.
Menurut Dr Halina, ibu bapa harus sentiasa peka dengan tanda-tanda perubahan yang berlaku pada diri anak-anak selepas terjatuh.
Berikut merupakan tip yang diberikan Dr. Halina.
Check conscious
“To parents out there… Kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu… check conscious level.
“Menangis ke tidak (nangis is good, that means your baby is conscious) pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol (you can put ice to stop benjol from getting bigger).
Muntah
“Over time, check anak kita, kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah (feeling nauseous / muntah is NOT good).
“Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa… If there’s abnormality, bring to hospital immediately!”
View this post on InstagramA post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Perkongsian dari Dr Halina ini nyata memberi info kepada ibu bapa yang lain.Rata-rata berterima kasih tak kurang yang berkongsi pengalaman anak dalam situasi berkenaan.
abadisuraya @areziefa tqvm dear… nasihat yg penuh bersemangat… moga dalam rahmat Allah selalu hendaknya….
iwarny Very agree dr. Anak saya dulu (3yrs) pernah jatuh ke lantai, kepala dulu. Conscious (nangis), then after a few minutes tak respon. Terus ke hosp. After ct scan ada blood clot dan disahkan kena child stroke. Allahuakbar. Lumpuh sebelah kanan badan. After 2 weeks, alhamdulillah dah boleh jalan. N sihat sampai skrg (dah 6 tahun) ❤️
aureliaeladhia Terima kasih doktor for info yg bermakna
zuhairajamil Anak saya pon pernah jatuh terlentang dari kerusi atas mozac. Sebenarnya x tinggi pon, tapi maybe hentkan kuat. Dia menangis sgt kuat, n lepas tu dia mcm pening n menangis. Suap nasi pastu xlama dia muntah. N continuously muntah n bwk pegi hospital. Doc decide buat ct scan and thank god my anak ok?My mistake n my lesson. Sekarang mmg extra care?
mummy.have Allah…anak saya sebijik mcm noah. Suke na panjat sana sini, benjol pon sana sini ?. Thanks @drhalina for sharing those tips. Penting sngt ni
Sumber: IG drhalina
Genius Matematik.Ikuti Perkongsian Keluarga Ini!
Jad Haris Sabaruddin, seorang anak kecil berusia 13 tahun namun punya kepandaian luar biasa dalam subjek Matematik. Merupakan permata hati buat pasangan suami isteri, Doktor Roslin Mohd Taha, 43 dan Doktor Sabaruddin Abdullah, 43 tahun.
Namanya pernah terpapar di dada-dada akhbar, menjadi antara dua pelajar Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat emas di Pertandingan Matematik Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina tahun lalu. Pencapaian ini cukup membanggakan bukan sahaja buat diri dan ahli keluarganya malah seluruh rakyat Malaysia umumnya
Kenal Matematik Sejak Dalam Kandungan
Mengimbau kembali memori seorang ibu sepanjang tempoh kehamilannya mengandung buat kali ke dua, menurutnya tiada apa yang istimewa. Cuma ada satu perkara yang berlaku dan ini menjadikan pengalaman mengandung Jad punya kisahnya yang tersendiri.
“Sepanjang tempoh mengandung, saya tiada amalan tertentu cuma berbezanya ketika kehamilan tersebut saya jadi susah untuk tidur malam. Bila berjaga sorang-sorang tu, saya buka telefon dan ‘melayan’ pelbagai games yang berkaitan nombor dan penyelesaian masalah. Boleh dikatakan ada waktu sahaja, saya suka main games matematik dan juga bermain puzzle.
“Mungkin dari sini juga minat Jad dipupuk sejak dalam kendungan lagi. Alhamdulillah, Jad memang suka mengira dan sejak umur 5 tahun lagi dia sudah boleh menyelesaikan permasalahan matematik dengan pantas dan tepat.
“Ketika itu saya dan suami telah nampak keupayaan dan kelebihan Jad dalam subjek matematik. Sebagai ibu bapa kami rai setiap potensi anak-anak. Anak sulung Nur Alyssa, 14 tahun kini di Kolej PERMATApintar Negara, manakala Umar Jawwad, 5 tahun lebih kepada bidang seni dan yang paling bongsu adalah Jada Ayesha, 3 tahun.
“Setiap antara mereka punyai kecenderungan yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, kami berikan galakan atas setiap potensi, kelebihan dan bakat anak-anak kami. Selebihnya saya sekeluarga cukup berterima kasih dengan pihak sekolah yang telah menggilap bakat dan kebolehan anak-anak kami hingga sampai ke tahap ini” ujar Dr Roslin di awal bicaranya.
Rutin harian Jad Haris
“Saya mula melibatkan diri dalam bidang ini sekitar tahun 2014 iaitu ketika berada di tahun 3. Namun begitu, saya berhenti seketika pada tahun 2016 dan menyertainya semula pada tahun 2017.
“Saya berasa sangat gembira dan teruja dengan pencapaian yang diterima di Pertandingan Matematik Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina yang lalu apabila dianugerahkan dengan pingat emas. Oleh itu, saya berhasrat untuk terus menceburkan diri dalam Sakamoto dan berusaha sebaiknya untuk meningkatkan lagi prestasi saya pada masa akan datang.
“Saya juga seperti kanak-kanak yang lain, setiap waktu diisi dengan penuh kegembiraan dengan bermain dan bukan hanya tertumpu pada pembelajaran semata-mata. Antara aktiviti yang selalu saya lakukan ialah beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga. Selain itu, pada masa lapang saya suka bermain permainan video serta melakukan aktiviti menguji minda seperti Sudoku dan menjawab soalan berbentuk kuiz dan IQ Test daripada buku-buku yang dibeli ibu bapa saya,” jelas Jad Haris yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera bila dewasa nanti.
5 tip untuk hebat subjek matematik dari Jad Haris
- Perlu ada minat yang mendalam terhadap matematik.
- Fokus serta mengikuti pembelajaran matematik sebaiknya.
- Belajar matematik dengan bersungguh-sungguh.
- Berusaha memahami dan mendalami pembelajaran matematik.
- Membuat banyak latihan dan mengikuti kelas tambahan matematik .
- Menganggap pembelajaran matematik mudah supaya tidak berasa tertekan.
Samperit Susu Paddle Pop Untuk Raya, Ringkas Cara Buatnya, Anak-Anak Confirm Suka!
Selalunya dalam enam biji balang kuih raya yang diletakkan tersusun cantik di atas meja, kuih muih berwarna warni selalunya menjadi perhatian kita.
Begitu juga dengan anak-anak kita yang secara semulajadinya memang mudah tertarik pada warna. Apa lagi kalau warna-warni. Pasti buat mata tak bergerak memandang.
Makanan yang berwarna pasti jadi tarikan anak-anak kita. Tak percaya? Jom buat resipi ni.
Bukan hanya kaya warna, malah cara nak buatnya pun senang sahaja. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya mendapat perhatian netizen.
Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.
Jom kita cuba.
Samperit Susu Paddle Pop
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.
Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.
4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…
5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.
6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.
7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉
8. Angkat dan sejukkan.
Kredit: Zai Seroy Asyraf.