Inilah yang dikatakan rumahku syurgaku! Kediaman yang selesa tidak semestinya kena mewah tapi perlu ada aura yang membuatkan jiwa tenang. Rumah yang bersih, kemas dan sempurna susun aturnya pastinya idaman semua orang. Apa yang pasti, kebahagiaan sesebuah keluarga itu bermula dari rumah.
Melihat kepada deko halaman luar yang dikongsi oleh saudara Yuslan Ibrahim cukup membuatkan sesiapa yang lihatnya pasti tertawan. Pastinya pemiliknya seorang pembersih dan sukakan ketenangan.
Beliau menggelarkan ruang tersebut sebagai mini garden untuk meluangkan masa santai bersama keluarga. Apa menarik, pasu bunga yang berwarna putih disusun dengan kemas dengan kehijauan pokok yang merimbun memberi suntikan eleman urban. Sementara meja kecil diletakkan di tengah pada sebagai ruang makan santai seisi keluarga. Buaian gantung ditengah ruang turut mencuri tumpuan. Manakala pokok kecil disusun di rak bertingkat dan carpet tiruan menjadikan pelengkap ruang ini bagaikan set movie yang cantik dan perfect!
Ikuti perkongsian ini
Ads
Alhamdulilah inilah my tiny garden kat porch rumah. Berumur lebih kurang 5 bulan, memandangkan saya ada study sikit tentang jenis indoor plant yang lasak, alhamdulilah pokok-pokok yang saya tanam takde masalah sangat. Yang penting siram dan pembajaan yang konsisten.
RUANG SANTAI KELUARGA
Sekarang saya serahkan pada anak untuk penyiraman dan maintenance. Diorang pun seronok, sambil melatih agar diorang lebih berdisiplin. Dok rumah kan, jadi kena bagi kerja sikit. Sekarang port ni kami anak beranak jadikan tempat pdp harian, tempat brekfast dan bermacam lagilah.
Ads
INSPIRASI!
Ramai warganet memberi pujian deko halaman yang cantik ini.
Sejak kebelakangan ni banyak isu memperkatakan wanita mengalami kemurungan. Paling menakutkan ia boleh menjadi pencetus kepada tindakan untuk mencederakan diri atau orang lain termasuk anak sendiri! Malah ada bunuh diri!!
Dalam fikiran suami, nampak simple aje bila isteri mengadu penat, sedangkan boleh berehat aje dan bertenang.
Namun, yang biasa-biasa inilah akan jadi parah bila isteri memendam rasa. Tak luahkan.
Sebagaimana yang dinyatakan melalui perkongsian oleh puan Norzi Malek seorang Terapi menjelaskan bagaimana situasi kemurungan, tekanan seorang wanita yang di biarkan tanpa prihatin dari suami. Malah perkongsianya telah mendapat share lebih 3K. Jelas membayangkan kerisauan diri dikalangan kita.
ISTERI MENGADU RASA STRESS
”Saya rasa lost la abang. Rasa stress, rasa kosong sejak duduk rumah jaga anak ni. Saya rasa serabut hidup saya. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Serabutlah”. Luah Alia pada suaminya.
Amir pandang lama-lama isteri yang dinikahi sejak 5 tahun yang lalu. Terbit rasa sesal dalam dada.
”Sayang, sayang kena dekatkan diri pada Tuhan. Banyakkan mengaji, berzikir. Sayang jadi macam ni sebab sayang tak buat amal ibadat banyak. Jauh dari Tuhan.
Buat banyak sikit amalan. Jangan asyik belek handphone saja siang hari”.
Dan perbualan mati di situ.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE, BERI NASIHAT
Alia rasa nak menjerit apabila mendengar suaminya nasihat benda yang sama berulang kali setiap kali Alia luahkan gelodak di jiwa yang Alia sendiri tidak mampu uruskan.
Sejak Alia berhenti kerja menjaga anak-anak di rumah, putaran hidup Alia berubah sama sekali.
Matlamat Alia berhenti kerja cuma satu. Nak menjaga anak-anak di depan mata. Nak anak-anak membesar mengikut acuan yang Alia sendiri tetapkan.
Alia mula berbisnes online untuk mencari side income. Selama Alia bekerja sebelum ini, Alia tidak pernah tiada duit. Semua kehendak dan keinginan Alia, akan diusahakan sendiri. Itulah kepuasan hidup Alia.
Namun, berbisnes tidak semudah yang disangka. Ada pasang surut. Tidak semuanya indah. Ada ketika umpan mengena, ada ketika langsung tiada.
Alia mula merasakan dirinya tidak berguna apabila tiada duit. Setiap kali berkeinginan sesuatu, Alia perlu melalui suaminya untuk pelepasan duit.
MULA RASA SUNYI
Apabila ada perjumpaan keluarga, saudara mula bertanya aktiviti Alia sejak berhenti kerja. Dari sebesar-besar soalan hingga ke soalan sensitif, Alia banyak terasa.
Alia dapat rasakan saudara mara mula memandang rendah padanya dan dia tiada nilai dalam keluarga itu disebabkan statusnya hanya suri rumah.
Kalau dahulunya Alia banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja, sekarang dunia Alia hanya anak-anak. Alia rasa sunyi. Kosong. Tiada kawan.
Apabila suaminya balik dari kerja, Alia berharap suaminya menjadi rakan baik yang akan berkongsi apa sahaja cerita tentang dunia luar. Akan mendengar keluh kesah Alia dalam menjaga anak-anak yamg semakin lasak.
Tapi ada ketikanya, hanya sepatah sepatah yang diterima daripada suaminya. Bergantung pada mood suami. Kalau suaminya penat bekerja, pendeklah ayat berbicara.
BERUBAH SIKAP
Alia mula berubah. Dia semakin garang pada anak-anak. Terjerit-jerit setiap kali bercakap dengan anak.
Penampilan Alia juga berubah. Alia dah tak peduli tentang penampilan dirinya. Dia dah tidak kira mandi atau tidak. Dia mula termenung dan bercakap seorang diri untuk menaikkan semangatnya supaya sentiasa positif.
Rutin tidur Alia juga berubah. Malam-malam Alia sukar tidur, namun apabila siang hari Alia mampu tidur dari pagi hingga ke penghujung senja.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE BILA ISTERI MEMGADU PENAT
Perkara ini berlaku selama berbulan-bulan sehinggalah suatu ketika, Amir mendapat panggilan daripada ayah mertuanya.
‘Amir, kau tolong bawak Alia jumpa doktor. Ayah tengok makin pelik Alia ni sejak dua menjak ni’
Amir meyakinkan ayah mertuanya yang Alia masih ok dan hanya penat uruskan anak-anak dan hal rumahtangga.
Balik rumah, Amir nasihatkan lagi Alia. Dekatkan diri pada Tuhan. Minta berzikir selalu. Amir juga bawak balik air penawar yang ustaz bacakan untuk ketenangan hati Alia.
” Sayang, dekatkan diri pada Tuhan. Sayang stress sebab sayang jauh dari Tuhan”.
‘BISIKAN SUARA’
Alia diam.
Pagi yang hening, Alia bercakap lagi seorang diri. Untuk menaikkan semangat dia. Dia rasa kosong. Tiada siapa faham apa yang dia rasakan.
Tiba-tiba dia terdengar suara berbisik,”cuba lompat dari tingkap ini. Semua masalah akan selesai”.
Alia menuju ke tingkap apartment rumahnya yang berada di tingkat 9. Lalu dia pon melompat terjun kerana dia mendengar nasihat hanya dengan melompat dari situ, semua masalahnya akan selesai.
TEKANAN BUKAN PETANDA JAUH DARI TUHAN
Nota kaki : Depression adalah penyakit yang perlu dirawat. Depression bukan petanda seseorang itu jauh dari TuhanNya.
Depression bukan hanya berlaku pada suri rumah, depression boleh berlaku dimana-mana dan pada sesiapa sahaja. Malahan pelajar, fakir miskin, artis dan jutawan juga boleh mendapat depression.
Mempunyai Coping skill yang baik akan membantu anda mengawal depression dari menjadi semakin buruk.
Ketahui tahap depression anda serta dapatkan rawatan therapy dan bagaimana untuk mengawalnya.
Depression tidak mengenal usia, jantina, bangsa dan agama.
“Are you ok today?”
Perkongsian dari pakar terapi ini adalah sebuah kisah benar melalui hastagenya #DepressionIsReal dan #KisahBenar.
Moga kita muhasabah dan banyakkan komunikasi dengan suami. Jangan memendam rasa. Masa dah suntuk jika kita biarkan bisikan itu menguasai diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah menjadi kebiasaan untuk kita menyambut hari kelahiran seseorang yang mungkin dari kalangan ahli keluarga atau orang terdekat seperti sahabat yang rapat. Lebih-lebih lagi yang sangat kita sayangi dan hargai seperti ibu bapa dan pasangan.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan ada berkongsi momen di mana mereka seluruh keluarga menyambut ulang tahun kelahiran ibunda kesayangan yang diraikan penuh meriah bertemakan warna biru.
Tampil bak puteri di acara tersebut, raut wajah Zabedah Saad menjadi perhatian ramai kelihatan awet muda meskipun sudah meniti usia 70 tahun. Jadi tak hairanlah kelima-lima anak perempuan termasuk Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah sering menjadi perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
“Blue theme for mak nya birthday .. #julybaby Alhamdulillah syukur Allah bagi nikmat , kami dapat lagi bersama2 dengan mak pada usia 70 smlm🤲🏻” tulisnya.
Lebih istimewa, Che Ta turut berkongsi dia menghadiahkan barangan kemas buat ibunya.
“Happy birthday mak yang ke-70. Tak salah lagi pilihan mak kami.
“Thank you Angsa Emas Jewellery dan Edora keluarkan gelang paling latest untuk mak sempena birthday dia tahun ni.
“Sebagai anak, awal-awal lagi kami dah simpan duit untuk present birthday. Kalau baju, handbag, perfume tu kita bagi hari-hari biasa ja tapi untuk birthday memang kami akan bagi something special.
“Mak kami memang gila barang maih (emas) so tiap-tiap kali birthday takyah fikir nak bagi benda lain dah.
“Masa kami kecil-kecil dulu pun mak dok himpun duit menega (meniaga) beli barang maih untuk kami. La turun anak-anak pulak. Semoga mak sentiasa di dalam rahmat dan reda Allah.” tulisnya lagi di perkongsian lain.
Pada majlis sama, Che Ta sekeluarga turut meraikan adiknya yang juga isteri kepada Lan Pet Pet iaitu Ruby.
Difahamkan walau sudah berusia 70 tahun namun ibu Che Ta tetap sihat bertenaga dan anggun dalam kelas tersendiri. Malah, dia juga merupakan nenek kepada 23 orang cucu!
Seronok tengok keakraban dan hubungan mesra mereka sekeluarga. Bertuah Zabedah Saad, anak-anak berebut jaga dirinya dan sering bawa bersama pergi melancong. Moga ibu Che Ta sentiasa berada dalam keadaan baik dan diberkati selalu.
Sumber : Instagram Rozita Che Wan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami isteri tentunya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza di dalam mendidik hatta menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Umumnya ibu dilihat sebagai guru yang penuh dengan kasih sayang dan suami pula karektornya lebih tegas seperti seorang guru disiplin.
Walau wujud perbezaan cara dan tindakan, suami mahu pun isteri perlu sama-sama menjalankan tugas untuk membimbing anak-anak. Namun jika ada yang beranggapan tugas mendidik dan memberi teguran sesuai diserahkan bulat-bulat pada isteri, ia sesuatu yang sangat merugikan!
Menurut Parenting Influencer Encik Mohd Fhais Salim, bahawa peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak-anak bila anak ada buat silap. Ini kerana ada beberapa perkara yang cukup istimewa ada pada seorang ayah dan jika tidak digunakan amatlah rugi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga (self-esteem)
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.
Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.