Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah adik ini cukup memilukan. Lahir dalam keluarga  miskin dengan kedua orang tuanya bisu dan pekak.

Namun Allah memberi keistimewaan lain buat anak kecil ini yang memiliki kemahiran menghafal dengan cepat. Tidak hairanlah Adik bernama Mustaqim ini sudah berjaya menghafal 30 juz Al-Quran.

Rupa-rupanya dia mahu memberi shafaat kepada kedua ibu bapanya menerusi hafalan tersebut. Kagumnya penulis membaca kisah adik ini.

IKLAN

Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni? Cukup sebak!

IKLAN

Mak Ayah Pekak & Bisu, Namun Adik Ni Berjaya Hafal 30 Juz Al-Quran. Bila Tanya Hadiah Yang Diingini, Tak Sangka Ini Jawapannya!

IKLAN

“Budak Tahfiz Ni Mak Ayahnya Pekak Dan Bisu”
.
Sebak saya nak cerita pasal budak ni sebenarnya. Percaya tak kalau saya bagitahu mak ayah adik Mustaqim Rosli ni pekak dan bisu? Lebih dasyat lagi anak kepada mak ayah yang bisu ni obses sangat hafal Al Quran dan sekarang dah berjaya hafal Juz 30 dalam masa yang sangat singkat!
.
Ayahnya cuma peniaga kecil yang berniaga kopiah di market Changlun. Keluarga adik Mustaqim ni memang sangat sangat miskin ! Tapi yang membuatkan saya sebak sangat sangat adalah adik Mustaqim ni tak pernah miss pun pergi kelas mengaji walaupun ayahnya sendiri tak mampu nak bayar yuran kelas mengaji.
.
Adik Mustaqim ni tak kira. Rasanya dia memang dah nekad nak hafal Al Quran untuk bagi syafaat pada mak ayahnya yang OKU tu.
.
Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni?
.
” Saya taknak apa-apa pun. Saya cuma nak glove bola je “
.
Tahu tak berapa harga glove bola yang adik Mustaqim ni duk impikan tu? Rm11.50 je tapi dia tak mampu pun nak beli ! Bila adik Mustaqim ni dah lulus hafalan juz 30 dia terus dibawa ke pasaraya CMART untuk beli glove bola dia. Punya la dia tersenyum macam benda tu benda paling mahal kat atas dunia. Memang adik Mustaqim tak berduit dan tak mampu nak beli walaupun cuma berharga Rm11.50!
.
Sebak!
.
Sekarang ni adik Mustaqim ni belajar di Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar di Kampung Lembah Palas, Changlun Kedah. Masalahnya sekarang ni pusat tahfiz tu dah buruk sangat. Dah 2 tahun kempen kutipan derma dibuat untuk bina bangunan baru untuk pra tahfiz untuk adik-adik yang berumur 5-12 tahun tapi cuma rm60 ribu je yang mampu dikutip.
.
Masih kurang rm200 ribu lagi. Mudir kepada adik Mustaqim tu sebenarnya nak selamatkan budak-budak kampung tu yang 90% dah terjebak dengan ketum dan 50% pulak dah terlibat dengan dadah. Tu yang saya terdetik hati nak lancarkan kempen kutipan dana kilat untuk pusat tahfiz adik Mustaqim ni.
.
Dengan harapan, ramai lagi budak-budak miskin di kampung tu dapat juga belajar ilmu Al Quran dan menghafalnya. Jom kita pakat bantu adik Mustaqim dan mudirnya untuk bina bangunan baru untuk selamatkan budak-budak kampung di sana. Semoga Allah buka hati kita untuk buat amal kebaikan.
.
Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia . 1 lot wakaf bernilai rm10 sahaja. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Anda boleh buat sumbangan melalui:
.
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR
No. Akaun : 02 0390 10080 690
.
Email : tahfizsaiyidina.abubakar@gmail.com
Pengerusi : Cikgu Munawar 019 497 0253
.
Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda ” Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .” ( HR Baihaqi )

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI