Rambut merupakan mahkota bagi wanita, namun pada masa kini kaum lelaki juga suka menggayakan rambut dengan pelbagai fesyen.
Bagi seorang kanak-kanak lelaki, dia tidak pernah memoting rambut sejak lahir sehinggalah berusia 7 tahun kerana harus memasuki alam persekolahan.
Menurut Ilah Abd Rahman, 40, anaknya Muhammad Darris, 7, dibawa ke sebuah kedai gunting rambut pada Khamis memandangkan dia akan mula bersekolah pada Ahad.
“Rambut Darris tidak pernah dipotong sejak kecil. Dulu masa masuk tadika, pernah trim sikit. Tapi tak pernah potong sampai macam ni. Dia tadika swasta, boleh simpan rambut panjang.
“Kami menetap di Kedah, jadi sesi persekolahan bermula pada Ahad. Berbeza dengan kebanyakan negeri lain yang akan memulakan sesi persekolahan pada Isnin.
“Persiapan lain semua saya dah selesaikan. Gunting rambut ni merupakan persiapan terakhir kami untuk Darris.”
Menurut Ilah, Darris teruja untuk memotong rambut pendek, malah si bongsu itu sudah lama memendam hasrat untuk menukar imej seperti dua abangnya.
“Dia seronok dapat potong rambut. Sebelum ini Darris selalu ikut dua abangnya pergi gunting rambut. Dia kata teringin nak buat rambut macam abang.
“Tapi saya kata nanti-nantilah. Tunggu masuk sekolah baru potong. Dia memang tak sabar-sabar, dia menanti hari untuk dibawa ke barber untuk gunting rambut.
“Selepas potong, dia asyik bawa sikat rambut je. Keluar pun bawa sikat. Sebelum ini saya tak bagi dia sikat, takut habis curl tu,” ujar Ilah berseloroh.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia dan suaminya Mohd Faizul Abu Bakar, 41, berasa sayu melihat transformasi imej anak mereka setelah sekian lama Darris berambut panjang.
Jelas Ilah lagi, dia dan suami tidak pernah memotong pendek rambut Darris kerana mereka berdua masih mengharapkan kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarga.
“Sayu masa potong. Kalau ikutkan tak mahu potong, tapi sekolah ada undang-undang. Kami simpan rambut Darris sebab teringin anak perempuan. Anak saya tiga orang semuanya lelaki.
“Saya jaga biasa-biasa je, tapi daddy Darris yang teliti bab jaga rambut anak, daddy memang sayangkan rambut Darris. Selain syampu dan perapi, kami juga letakkan krim pelembut pada rambut Darris,” cerita Ila.
Dalam pada itu, video ketika Darris memotong rambut di sebuah barber di Bukit Mertajam, Pulau Pinang turut meraih perhatian netizen.
Selain bertanya tentang petua penjagaan rambut kanak-kanak, ramai netizen turut memuji transformasi imej Darris dan mendoakan agar dia menjadi insan yang hebat suatu hari nanti.
Menurut Ila, dia terkejut apabila video berkenaan tular di media sosial, namun berterima kasih atas segala komen positif daripada netizen.
“Saya suka kongsi video di TikTok, nak simpan sebagai kenangan. Tak sangka pula viral. Selain itu, ramai juga yang tanya petua penjagaan rambut Darris.
“Biasanya kami pakai syampu dewasa saja. Selain itu, dia juga pakai perapi setiap kali syampu rambut,” cerita Ila lagi.
Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu, usia 55 tahun masih nampak jelita. Siapa yang tidak kenal dengan Datin Seri Maria Farida. Sememangnya ramai terpesona dengan kecantikan pelakon itu yang tetap nampak muda meskipun usia sudah mencecah 55 tahun.
Jika dilihat pada raut wajah dan penampilan ramping Datin Seri Maria, mesti ada yang percaya ibu tiga cahaya mata ini baru berusia sekitar 30an. Kecantikannya mengalahkan anak dara. Seolah tidak percaya pelakon itu sudah berusia 50-an.
28 Mac lalu isteri Datuk Seri Rahman Shakur ini genap berusia 55 tahun. Walau sudah meniti usia 50an namun pesona Datin Seri Maria Farida tetap memikat. Kecantikan yang dimiliki wanita berketurunan Melayu-Filipina ini cukup memukau.
Datin Seri Maria Farida bertuah kerana mewarisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Sebelum ini Datin Seri Maria pernah berkongsi video yang memaparkan ibunya membuat persembahan tarian sekitar tahun 1975.
Memetik temu bual Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Anak sepahkan rumah kita jadi stress walhal itulah dunia anak bermain. Ingatkan masa-masa anak bermain ini hanya sementara sahaja dan ia perkara normal bagi anak lima tahun dan ke bawah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, inilah masa anak meneroka dunianya dengan bermain. Rumah bersepah, mama kenalah berlapang dada. Ikuti perkongsian beliau.
Sebenarnya, kalau kita faham fitrah anak, kita akan lebih berlapang dada kalau anak bawah 5 tahun menyepah.
Bukanlah kata tak sesak nafas, tak stres bila rumah dikapal-karamkan boleh anak. Of cause lah panas hati. Pasalnya yang kena ngemas tu kita jugak, kan. Cuma tak adalah kita ditahap menyalahkan anak tu anak takde disiplin!
Anak yang sebegitulah yang seharusnya kita banggakan. Sebab dia ada fitrah normal seorang kanak-kanak yang ada gerak hati dan keinginan untuk explore.
Ada ingin tahu yang tinggi.
Ada keinginan untuk bermain.
Tak adalah dok diam aje depan TV atau calit skrin sepanjang masa.
Saya teringat kata-kata seorang ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson, “Sebenarnya kita tak perlu berusaha sangat untuk anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.
Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.
Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.
Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, tumpahkan air, comot-comot, kita menghukum.”
Tapi, tidaklah bermakna kita biarkan aje anak tu menyepah kan? Kita pun ada tahap sebelum nak capai ke hilang kewarasan tu.
Anak perlu diberi peluang bermain dan bereksplorasi. Dalam masa yang sama, perlu didisiplinkan. Kita pun kena jaga keupayaan mental kita. Betul tak?
Jadi, nak buat macam mana?
1) Fahami bahawa ‘menyepah’, buat eksperimen ni memang fitrah mereka. Lagi dasyat mereka punya sepah, lagi kreatif dan lagi banyak peluang mereka untuk observe, explore, belajar cause and effect serta belajar menyelesaikan masalah.
2) Sediakan alatan buat mengganti barang-barang rumah yang kita taknak anak sepahkan tu. Rangkakan aktiviti untuk anak. Dan duduk perhati mereka bermain.
Analisa cara mereka pegang peralatan, pindahkan objek dari satu bekas ke bekas lain; cara mereka buka bekas, pegang objek, ramas kain, tekan span, bentukkan pasir yang mereka main, dan sebagainya.
Benda tu semua bantu bagi stimulasi sensori dan bantu bina kemahiran motor kasar dan halus. Bukan lama pun. Satu hari 5 minit pun, dah ok sangat sebenarnya.
3) Ajar mereka kemas semula lepas selesai bermain. Anak bawah 4 tahun, mungkin tak cekap lagi nak mengemas. Sebab Fungsi Eksekutif mereka belum fully develop.
Tapi tak apa. Ajar dan demo sampai mereka faham rutin mengemas selepas buat sepah. Yang penting, rendahkan espektasi. Diorang tu budak lagi.
Fikir ni. Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi. Bijak dalam menyelesaikan masalah.
– Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.
– Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.
– Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.
– Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.
– Dan paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.
Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...