Takziah diucapkan buat penyanyi, Khai Bahar yang kehilangan ibunya, Rosnah Mohamad, 62, yang dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh pengurus Khai yang dikenali sebagai Jai menerusi hantaran di Instagram Story.
“Saya pengurus yang mewakili pihak Khai ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan ibu Khai) telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40pm.
“Proses solat jenazah akan diadakan pada 3 Jan di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat Zohor diikuti dengan pengkebumian di tanah perkuburan Tok Paduka,” kongsinya.
Ads
Sementara itu, menurut perkongsian adik Khai, Syakira Baharuddin, ibu tercinta mereka meninggal dunia dalam keadaan tidur.
“Mohon sedekah al-Fatihah buat ibunda tercinta Rosnah binti Mohamad. Mak pergi dalam keadaan tidur,” tulisnya.
Tidak dapat dipastikan namun ibu Khai dikhabarkan telah lama mengalami masalah kesihatan yang kurang memuaskan.
Malah beberapa perkongsian hantaran di Instagramnya, Khai sering berkongsi masalah ibunya yang kurang sihat.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sudah sampai masanya kita mempunyai ilmu dalam pembelian emas. Jika selama ini kita hanya membeli emas dan mempercayai penjual sahaja, sekarang kita akan lebih yakin dengan pembelian.
Mentaliti kedai itu murah, kedai ini bagus, kedai itu bagi diskaun banyak, kedai ini upah sikit, kedai itu harga emas rendah dan sebagainya, sebenarnya tidak memberi apa-apa erti selagi kita tidak kira.
Ada yang rasa “apa susahnya kira?” Tak susah mana pun jika tahu. Ini yang saya senaraikan khas buat yang belum tahu supaya sekarang, lebih ramai lagi yang berilmu dan tidak diambil kesempatan sewenang-wenangnya.
1. Formula kira upah yang kedai kenakan (jika tidak diberitahu).
Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259
Jumlah perlu dibayar : RM2835
= RM2835 – (10 x 259)
= RM2835 – RM2590
= RM245 ialah upah yang diambil.
Nota : Ada kedai yang tidak bertanggungjawab dan menyembunyikan caj upah. Ada yang langsung tidak tunjuk di resit. Yang ada hanya berat x harga emas dan jumlah perlu dibayar. Ini pentingnya guna formula ini supaya tidak diambil kesempatan.
2. Formula kira harga emas SEBENAR selepas dikira upah.
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 ialah harga SEBENAR emas kedai tersebut selepas dikira upah.
Nota : Jangan terpedaya dengan harga emas kedai yang diberitahu selagi tidak menggunakan formula ini.
3. Formula kira upah setiap gram yang kedai kenakan.
Ikut langkah formula 1 untuk jumlah upah jika tidak dimaklumkan. Kemudian bahagikan dengan berat.
Contoh
Berat emas : 10 gram
Jumlah upah : RM245
= 245 ÷ 10
= RM24.50 ialah amaun upah yang dikenakan pada setiap gram.
Nota : Ada kedai yang mengenakan upah setiap gram yang mahal. Yang paling utama ialah untuk tahu nilai emas per gram yang sebenar selepas upah di formula nombor 2 di atas.
4. Formula kira beli emas baru dengan trade in emas lama.
(Berat emas baru x harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)
Contoh
Berat emas baru : 10 gram
Berat emas lama : 5 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Harga trade in kedai : RM230/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) – (5 x 230)
= (2590 + 245) – 1150
= 2835 – 1150
= RM1685 ialah amaun yang perlu ditambah untuk beli 10g emas baru setelah trade in 5g emas lama.
Nota : Sudah hampir tiada istilah susut nilai 25% dari harga emas masa beli. Semuanya bergantung kepada harga emas trade in bagi kedai itu.
5. Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.
Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.
Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.
Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH seperti Gull Jewellery.
Contoh
Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH
Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH
Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.
Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.
6. Formula bandingkan yang mana lebih untung trade in di kedai atau simpan di Ar Rahnu.
(Berat emas x harga trade in kedai) – (berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Berat emas : 10 gram
Harga trade in Kedai emas : RM230/g
Harga emas Ar Rahnu : RM272/g
Kadar peratus pinjaman : 70%
= (10 x 230) – (10 x 272 x 70%)
= 2300 – (2720 x 70%)
= 2300 – 1904
= RM396 ialah lebihan nilai yang dapat jika trade in di kedai berbanding simpan di Ar Rahnu (Ar Rahnu belum masuk upah simpan).
Nota : Jika masih sayang emas yang lama, simpanlah di Ar Rahnu. Jika memang sudah bosan atau mahukan rekaan yang baru, trade in sahaja di kedai. Tetapi pastikan kira dahulu. Ambil tahu harga emas Ar Rahnu dan harga Trade In kedai.
Semoga dimanfaatkan ilmu ini sebaiknya. Silakan tekan butang share buat manfaat semua. Dilarang copy paste ye.
#CabaranRM3 masuk hari ke 74 hari ini (17 Ogos 2020) dan jumlah terkumpul yang anda perlu ada dalam tabungan ialah RM222.
Cabaran ini adalah untuk menggalakkan semua menyimpan atau menabung untuk membeli emas dengan menyimpan RM3 setiap hari selama 180 hari. Selepas sampai sasaran hari, kita akan ada cukup duit untuk beli sekurang-kurangnya 2 gram emas. Menabung sendiri dan beli sendiri nanti. Saya hanya memberi motivasi dengan membuat post peringatan setiap hari untuk #CabaranRM3 ini.
Ilmu yang amat berguna jika memilih emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang Selamat merancang simpanan buat keluarga!
Pernah tak kalau anda salah cakap depan kanak-kanak contohnya terkeluar bahasa kesat, kena ‘cover’ balik? Semata-mata tak nak ayat yang keluar dari mulut kita tadi tu ditiru oleh mereka.
Bayangkan lah, itu baru perkataan tau, belum lagi habit kita yang lain tanpa sedar kita rupanya anak-anak ni menilai apa yang kita buat selama ini dan apabila dah terbiasa, mereka juga akan meniru apa yang kita lakukan.
Untuk elak berlakunya perkara sedemikian, Parenting Coach, Mohd Fhais Salim berkongsi antara adab kita yang anak akan cepat tiru. Harap selepas ini ibu ayah dah tak terlepas habit ini depan anak-anak ye!
15 adab kita yang anak akan cepat tiru
1 – Panggil orang
2 – Bercakap
3 – Mengarah
4 – Sebut tolong
5 – Ketika makan
6 – Marah orang
7 – Hormat orang tua
8 – Sabar
9 – Mulut laser
10 – Senyum
11 – Ucap terima kasih
12 – Meminta maaf
13 – Mendengar
14 – Toleh
15 – Mengamuk
Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Nak mudah tengok cara kita marah anak. Sampai satu masa pasti anak akan guna cara yang sama untuk marah adik atau kawan dia. Seram kalau nampak cara dia marah😬