Menikmati hidangan pengat labu atau masak lemak labu memang enak rasanya. Bahkan kalau dibuat kuih lepat labu umpamanya, pasti tidak kurang ramai menggemarinya.

Pun begitu, tahukah anda tidak semua sesuai untuk makan labu atas masalah kesihatan. Bahkan ada juga yang sering mengaitkan labu sebagai makanan berangin.

Benar atau tidak, jom kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi ini.

LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN

Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Makanan berangin lazimnya dikaitkan dengan masalah kembung perut. Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, selalunya akan dikaitkan dengan sifat pemakanan yang tidak betul.

IKLAN

Selain tidak menjaga masa makan dengan betul, masyarakat Melayu akan mengaitkannya dengan makanan berangin. Pengambilan makanan berangin akan memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan pemakannya. Lebih teruk lagi, jika seseorang itu penghidap penyakit ulu hati yang juga dikaitkan dengan kesalahan dalam memilih makanan.

Makan Labu Tak Semua Orang Boleh. Silap Makan Boleh Kembung Perut!

Salah satu makanan yang dikatakan berangin adalah labu. Labu merupakan sejenis sayuran yang tidak asing bagi masyarakat Melayu. Labu memiliki kandungan antioksidan yang tinggi dan vitamin untuk kesihatan.

Makan Labu Tak Semua Orang Boleh. Silap Makan Boleh Kembung Perut!

IKLAN

Labu juga mengandungi kandungan kalori yang rendah serta diperkaya dengan kandungan vitamin A, flavonoid polifonelik antioksidan seperti leutin, xanthin dan karoten.

Bagi sesetengah orang, labu tidak mendatangkan kekembungan, sementara sesetengah orang yang lain pula memberikan rasa ketidakselesaan seperti kekembungan abdomen.

Makan Labu Tak Semua Orang Boleh. Silap Makan Boleh Kembung Perut!

Secara sainsnya, kembung perut terjadi apabila gas berlebihan di dalam perut dan juga usus. Kembung selalunya terjadi apabila penderita menelan banyak angin.

IKLAN

Di samping itu kembung juga boleh terhasil daripada bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida, sulfur dan hidrogen akibat daripada pemecahan karbohidrat dan protein.

Selain kembung perut, pengambilan makanan berangin ini juga turut menyebabkan seseorang itu kerap sendawa, pening dan mual, senak perut dan juga cirit birit.

Apabila berlaku kekembungan abdomen, ini menyebabkan pesakit tidak selesa. Bagi pesakit yang mengalami Anxiety Disorder pula, ia akan menambahkan kerisauan terhadap apa yang berlaku pada tubuh, dan merangsangkan masalah GERD.

Oleh itu jika tidak selesa, elakkan pengambilan makanan seperti ini termasuk labu. Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI