Setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia pasti ada hikmah disebaliknya.

Masih belum reda dengan isu keretakan rumah tangga, kini Shuhada Shukri yang merupakan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi dikhabarkan sedang hamil anak ketiga yang baru berusia 10 minggu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Shuhada berkongsi tentang berita kehamilannya dengan rasa sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

 “Ibu dah cuba untuk kuat. Ibu cuba hadap semuanya tapi sejujurnya ada hari, kekuatan tu tak sampai pada ibu.

“Semalam, waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak ibu, ibu tak mampu tahan hati ibu. Air mata mengalir tak hanti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu,” luahnya.

Dalam pada itu, Shuhada turut menyatakan bahawa dia perlu kuat demi menjaga anak-anaknya, Humairah, Umar dan bayi dalam kandungannya walaupun sedang mengalami tekanan mental yang dihadapinya sekarang.

IKLAN

“Ibu dah cuba untuk kuat, lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depres yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati ibu, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baru sis and umar,” tulisnya.

Meskipun sudah berupaya untuk mencekalkan diri, namun ada juga halangan yang perlu dihadapinya bagi mengharungi ujian kali ini.

“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan ibu masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut Ibu beri kesan kepada baby dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” katanya.

Bimbang dengan keadaan dirinya, Shuhada juga berkongsi mengenai berita tentang wanita yang menikam leher sendiri sehingga maut sewaktu dalam pantang akibat tekanan melampau.

IKLAN

“Ibu ada baca tadi kes mak berpantang yang tikam leher sendiri sebab terkekan. Ibu betul-betul takut. Ibu tanya diri sendiri, mampu ke ibu hadap perjalanan ni. Mampu tak ibu kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak- anak membesar depan mata ibu dan sama- sama kita susah senang,” tambahnya.

Akibat terlalu tertekan, Shuhada juga dikatakan telah jatuh pengsan sewaktu di hospital dan disarankan untuk berbuka puasa oleh doktor demi keselamatan bayinya.

Tidak dinafikan, ujian ini tidak mudah untuk diharungi seorang diri, namun Shuhada tidak lupa untuk bersyukur dikurniakan orang sekeliling yang baik hati dan sayang kepadanya.

IKLAN

“Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun payah nak telan. Walaupun ibu dihina, ibu dimaki, ibu dikhianati, ibu ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni.

“Masa mula-mula semua ni, ibu selalu rasa lonely. Ibu terlalu kecewa sampai lupa lihat betapa Allah sangat mengasihi ibu. Allah berikan tokwan, tokmi dan adik-beradik yang selalu sokong ibu dan selalu ada sepanjang perjalanan ni.

“Allah hadirkan insan-insan hebat untuk bantu and sokong ibu bangkit untuk berniaga dan berdiri atas kaki sendiri,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Shuhada yang juga dikatakan menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dipukul oleh suaminya, Hafidz Roshdi telah memfailkan cerai pada Mac lalu.

Sumber: Instagram Shuhada Shukri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI