Bagi surirumah tangga sepenuh masa, hari persekolahan anak-anak bermakna ada satu lagi ‘pekerjaan’ baharu yang perlu dibuat. Kerja yang dimaksudkan itu lain tak bukan adalah menghantar dan menjemput anak ke sekolah.
Tentunya sepanjang hari akan sekurang-kurangnya empat kali ulang alik. Malah mungkin lebih daripada itu bila malamnya pula anak-anak ke kelas tuisyen.
Jadi cuba bayangkan berapa kerap pula anda perlu mengisi petrol kereta untuk urusan ini? Jadi mungkin ini masanya untuk anda memilih stesen minyak manakah yang paling best program kesetiaannya?
Melalui perkongsian daripada BijenMohd ada disenaraikan hasil dapatannya berkenaan program kad kesetiaan yang ditawarkan di beberapa stesyen minyak.
Oleh itu jom semak, untuk manfaat bersama.
Ads
BHP
RM1 = 1 mata
950 mata boleh menebus RM10 petrol
PETRON
1 liter = 2 mata (RON95)
1 liter = 3 mata (RON97)
3000 mata boleh menebus RM45 petrol
(Sebelum ini RM1 = 1 mata)
PETRONAS
1 liter = 3 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrola
Ads
SHELL
1 liter = 1 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrol
CALTEX
1 liter = 1 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrol
Pilihlah yang berkenan di hati.
Ads
Tipsnya, cari stesen yang banyak terdapat di kawasan anda dan juga di tempat yang anda selalu kunjungi.
Sumber : BijenMohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak mendidik anak bukan urusan yang mudah. Lebih lagi untuk mendidik anak-anak untuk berdikari. Ia penting supaya anak dapat mempersiapkan diri apabila memasuki darjah satu. Malah digalakkan mendidik anak seawal usia tiga tahun.
Begitulah perkongsian terapis ini mengenai cara untuk mendidik anak seawal usia. Ikuti panduannya.
Checklist untuk ibu bapa persediaan untuk anak-anak berdikari dan nampak kemas apabila mula memasuki Sekolah Rendah. Boleh training seawal 3 tahun ya.
1). Hingus perlu dibuang dengan menggunakan tisu, sapu tangan atau membuangnya di bilik air dengan menggunakan air. Jangan membersihkan hingus menggunakan lengan baju sekolah, tudung atau baju.
2).Beri pendedahan pada anak, setiap kali hendak makan dan habis makan wajib membasuh tangan. Ini untuk mengelakkan bakteria kotor pada tangan masuk ke dalam perut.
3). Ajari anak tentang kesihatan mulut. Perlu menggosok gigi setiap hari terutama setiap pagi sebelum ke sekolah supaya gigi bersih, dan mulut sentiasa berbau wangi.
4). Berwangi-wangian untuk memberi mood motivasi ke sekolah. Rapikan penampilan dengan berbedak dan berpenampilan kemas.
5). Sentiasa melatih anak agar mandi setiap pagi sebelum ke sekolah. Ini untuk melatih mereka bersemangat untuk memulakan hari dengan menimba ilmu dalam keadaan bersih.
6). Melatih anak toilet training sebelum ke pra-sekolah.
7). Setiap kali hari pertama persekolahan, periksa kuku anak-anak dan pastikan kuku anak-anak pendek dan bersih. Ini adalah personal hygiene yang semakin dilupakan.
8). Stokin, kasut atau pakaian sekolah yang kotor dan berbau, latih anak tukar tanpa perlu kita suruh. Ini untuk memberi mereka 'insight' tentang kebersihan diri mereka.
9). Najis perlu mereka bersihkan sehingga hilang bau, warna serta rasa. Tekankan perihal soal kebersihan najis kerana jika ada najis tidak sah di bawa solat.
10). Rambut perlu kemas untuk anak-anak lelaki. Latih mereka menyikat dan merapikan rambut sendiri. Untuk anak-anak perempuan, ajari mereka memakai tudung dengan kemas. Ini untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan kawan-kawan tanpa perlu dilabel comot dan selekeh.
11). Tahi hidung adalah sesuatu yang kotor. Jangan calit di baju, tudung atau kain. Remind selalu!
12). Apabila sesekali ke tandas dan nampak cermin, lihat sepintas lalu wajah sendiri. Buang tahi mata jika ada.
13). Basuh tangan setiap kali selesai ke tandas.
14). Apabila melakukan aktiviti yang mengotorkan tangan, jangan bersihkan kotoran itu dengan cara menyapu kotoran pada pakaian. Sila basuh tangan.
15). Cucikan sekeliling telinga dengan tuala basah atau sapu tangan basah dua atau tiga kali seminggu. Pastikan sekeliling telinga tidak berdaki. Benda ni selalu terlepas pandang. Kesian anak. Boleh nampak daki-daki tu tau.
Ini adalah Personal Hygiene CheckList.
Ia akan meningkatkan self esteem anak dan self confidence anak untuk ke sekolah.
Untuk anak-anak istimewa, kami akan ajar ibu bapa bagaimana untuk melatih dan menitik beratkan Personal Hygiene anak untuk mereka berdikari.
Sejak pandemik berkebun sudah menjadi aktiviti digemari antara kita di kawasan perumahan.
Pokok Tak Kecut, Daun Tak Hijau, Rupanya Tanah Tak Subur, Lelaki Ini Guna Sisa Makanan
Ia menjadi hobi untuk mengisi masa lapang, malah ada yang didorong oleh faktor ekonomi untuk menjana pendapatan sampingan keluarga.
Biasanya sayuran-sayuran menjadi pilihan kerana mudah diusahakan serta cepat matang jika dibandingkan dengan tanaman lain.
Namun bukan mudah untuk mendapatkan tanaman segar serta sihat, terutamanya bebas daripada racun serangga atau baja kimia.
Jadi salah satu cara untuk memastikan pokok membiak dengan subur salah satunya membaja tanah dengan menggunakan sisa bahan makanan.
Seterusnya ikuti langkah demi langkah yang dikongsi oleh lelak ini.
Nak kongsi cara membaja tanah menggunakan sisa makanan yang mesra alam. Di sini sisa yang ada adalah perut ikan, nasi dan hampas kelapa. Boleh ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk mendapatkan tanah yang subur untuk tanaman anda. Sila klik pada gambar-gambar tersebut untuk penerangan tambahan.
Langkah 1: Sediakan sisa makanan yang ada.
Apa-apa saje sisa makanan bole. Cuma kalau yang terlalu berminyak tu akan ambil mase lebih lama. Saiz sisa mknn juga main peranan.
Langkah 2: Buat lubang seperti dalam gambar sedalam 1 kaki. Lagi dalam lagi bagus, utk kurangkan risiko dikorek haiwan liar @ dihurung semut dan lalat.
Sebaiknya satu kaki ke atas. Kalau tanam di tempat terbuka, lebih baik gali dalam skit. Untuk elak dari dikorek haiwan liar.
Langkah 3: Isikan campuran perut ikan,nasi dan lain2 sisa makanan ke dalam lubang.
Masukkan sisa2 makanan yg ada ke dalam lubang. Kulit nangka, cempedak, rambutan dll seme bole campak belaka.
Langkah 4: Masukkan hampas kelapa ke dalam lubang tadi. Ini bagi mengurangkan bau busuk ikan tadi. Timbus kembali lubang2 tadi.
Taburkan hampas lepas masukkan sisa mknn tadi.
Langkah 5: Selepas 2,3 minggu tanah sudah tersedia untuk digunakan untuk tanaman.
Lepas 2 3 minggu, gemburkan tanah tu. Kalau masih ada lagi sisa yg blom reput, bagi lagi skit masa supaya proses pereputan berlaku dengan sempurna sebelum bercucuk tanam.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang keadaan terbaharu bapanya menerusi hantaran di akaun facebooknya, memaklumkan status kesihatan bapanya yang kian merosot.
Rayunya, “Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin.”
Ini memandangkan Ustaz Ebit Lew kini masih lagi menjalani kuarantin wajib setelah pulang ke tanah air selepas menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
“Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.
“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.”
Melihat di ruangan komen, warganet turut berasa simpati. Ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Antara yang terawal menitipkan doa di ruangan komen adalah dari Fahmie Majid “Semoga dipermudahkan urusan ustaz”, “Semoga Allah permudahkan segala urusan di beri kesembuhan dan kuat and tabah” ucapan daripada Azhar Ariffin. Begitu juga komen daripada Rozel Rose mendoakan ” Semoga ayahanda ustz ebit diberikan kesembuhan yg sempurna dan dipermudahkan urusan aamiinnn” dan ramai lagi tidak putus-putus menitipkan doa buat ustaz Ebit Lew sekeluarga.
Meninjau di Instagram, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi video saat bertemu dengan ayahnya yang terlantar sakit. Cukup sayu hingga ada yang menitiskan air mata rasa bersimpati. Bersamalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat ustaz kesayangan ramai ini. Amin.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.