Mandi Malam Buat Tidur Lebih Lena, Tapi Ada Syaratnya. Ni Kajian Dah Buktikan & Kena Tahu!

Share

Bercakap tentang mandi malam, banyak sungguh mitos-mitos mengatakan bahaya pada tahap kesihatan.

Namun kajian mendapati jika mandi malam sebenarnya banyak kebaikannya. Pun begitu ada syaratnya di mana perlu menggunakan air suam.

Nak tahu lanjut tentang mandi malam ini, jom semak perkongsian bermanfaat ini.

Khasiat Mandi Malam

Anda selalu melalui detik sukar untuk tidur malam?
Selalu berasa tidak cukup tidur sewaktu bangun pagi?

Ini mungkin satu cara terbaik untuk anda dapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Kajian terbaru yang diterbitkan di sebuah jurnal menunjukkan mandi dengan air bersuhu 40 darjah Celcius, sejam atau dua jam sebelum tidur boleh:

 Meningkatkan kualiti tidur
 Anda akan cepat tidur berbanding biasa

Kajian mendapati, dengan air yang suam itu akan membantu membetulkan ritma sirkadian atau kitaran tidur (sleep cycle).

Malah, dengan air suam, ianya akan merangsang badan kita untuk meningkatkan pengaliran darah ke hujung anggota badan dan seterusnya menyejukan suhu badan.

Dan yang paling penting, anda dan juga pasangan dapat tidur dalam keadaan lena tanpa diganggu dengan bau badan yang ehem.

Rujukan
Science Direct

 

sumber : Public Health Malaysia

IKLAN