Bertambah sempurna menu berbuka hari ini andai di atas meja turut terhidang sajian pencuci mulut.
Apatah lagi jika hidangan dessert itu dihidang sejuk-sejuk, cukup mengujakan dan terasa tidak sabar untuk menjamahnya.
Jadi apa kata, mencuba menu resipi istimewa ini, Mango Cheesecake Tanpa Bakar!
Bila tiada pasangan terpaksa la buat sendiri mango cheesecake ala bujang terlajak (no bake)
Resepi ada dibawah.
Dan hasilnya tadaaaa
Ads
Mango cheesecake(no bake) letak dalam peti sejuk
Ads
Bahan-bahan: BASE
70 grm butter (cairkan)
30 ketui biskut (xkisah jenama apa janji biskut tawar)
*Hancurkan biskut dan masukkan butter(dicairkan) dan gaul serta letak ke dalam loyang.
Bahan2:BAHAGIAN TENGAH
250 grm cream cheese
200 ml whipped cream
80 grm gula
Perahan lemon ikut kita
1 biji mango yg diblend (tapiskan) ÷ 2 bekas
Ads
Mango Jelly (Topping)
Mango yg blend td
Gelatin/ serbuk agar
Cara Buat Bahagian tengah tu
1. Campurkan cream cheese, gula, perahan lemon Dan mango puree pukul hingga kembang.
2. Mangkuk lain, pukul whipped cream gula (ikut nak letak atau x) perahan lemon dan campur gelatin yang dicairkan atau serbuk agar2 pukul hingga kembang.
3. Campur kedua2 step 1 & 2 secara kaup balik secara sebati masukkan ke dalam loyang
Sehari dua sebelum Hari Raya biasanya di bahu jalan-jalan ada sahaja yang menjual lemang yang dibakar.
Sebagai pembeli kadang-kadang bingung juga untuk membuat pilihan, maklumlah setahun sekali peniaga tersebut menjual. Tidaklah diketahui rasa dan keenakan rasa lemang yang dimasak.
Pun begitu, menurut perkongsian pengusaha jualan lemang yang dikenali Lemang Cukup Tua berkongsi tips dan cara mengenal lemang yang bagus dan enak sebelum membeli agar tidak terkena lemang basi atau mentah.
Malah turut berkongsi cara untuk pastikan lemang yang dibeli dapat bertahan lebih lama. Untuk itu, jom baca perkongsiannya dan harap bermanfaat.
Tip Mengelak Dari Terkena Masa Beli Lemang
HAIHH lama tak post thread panjang2. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan2 dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai2 tepi jalan pilihan korang.So ada ilmu sikit2 ni tak salah kita share ramai2 kan?
1. Cari gerai lemang yang banyak kayu2 untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?
3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.
4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
5. Jangan dan jangan! Singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang ! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….
7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli.
*Sekian tips2 dari saya, pengalaman membakar dan menjual lemang 15 tahun.
Selamat Hari Raya dan Selamat Ber’PKPB’. Jangan rentas Negeri tauu…
Makan nasi kalau tak ada sambal memang kurang terasa padunya. Lebih-lebih lagi kalau yang memang kuat makan pedas, cili padi pun boleh dijadikan ulam. Hal ini bukanlah menjadi perkara pelik.
Dalam bercerita tentang penyediaan sambal, umumnya selain rasa pedas yang diingini oleh penggemarnya, perlu juga beringat tentang bahaya memakan biji cili tersebut. Biarpun ramai sudah maklum makan biji cili adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan memudaratkan.
Oleh itu, bagi ibu-ibu yang ingin menyediakan hidangan berasaskan sambal, bolehlah praktiskan cara ini untuk mengasingkan biji cili tersebut dengan cara yang lebih mudah. Malah dengan cara ini juga dapat mengurangkan daripada tangan menjadi pijar terkena cili.
Nak tahu caranya, jom semak.
Petua hilangkan biji cili kering
Gunting-gunting dulu, masukkan dalam plastik, pastu goncang-goncang sambil joget pun boleh, hasilnya sila rujuk gambar, hampir semua biji cili kering tanggal.
Selapas itu,bolehlah rendam, siapa yang dah biasa rebus tu rebus la.
Ni cara saya, kalau korang dah biasa guna cara sendiri, teruskan saja, Saya selalu guna cara ni, almaklum la tangan saya ni cepat pijar.
Selamat mencuba.
sumber : Nana Sabrina Sarsan via MAHN
Ini pula perkongsian daripada Aida Hirdayati berkenaan tip jika tangan terasa pijar selepas membersihkan biji cili tersebut. Ini perkongsiannya;
Tadi nak buat sambal bilis pijar-pijar tangan la pula. Ida kongsikan cara nak hilangkan pijar terkena cili.
Ada beberapa petua mudah yang boleh hilangkan pijar tangan dengan cepat dan mudah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dijumpai di dapur anda.
1. Lumurkan jari dengan gula atau garam – Cara yang paling mudah untuk hilangkan pijar tangan adalah dengan melumurkan jari jemari dan tangan anda dengan gula atau garam. Biarkan seketika kemudian barulah bilas dengan air. Atau anda boleh ambil sebekas air dan letakkan sedikit garam atau gula. Rendamkan tangan anda ke dalam bekas itu sambil menggosok kedua-dua belah tangan untuk beberapa minit sehingga hilang rasa pijar.
2. Masukkan tangan ke dalam tong beras – Nak hilangkan rasa pijar tangan dengan cepat, masukkan tangan anda ke dalam bekas berisi besar. Tetapi pastikan tangan anda bersih dan kering. Jangan masukkan tangan yang masih basah, nanti rosak pula beras dalam tong tersebut.
Satu cara lain adalah dengan menggenggam sedikit beras dan gosokkan ke seluruh bahagian tangan yang rasa pijar, selepas tu bilas tangan macam biasa.
3. Sapu jari atau tangan dengan susu – Kalau anda suka simpan susu pekat atau susu cair dalam peti sejuk, ia boleh juga dijadikan penawar pijar tangan. Hanya ambil sedikit susu dan gosokkan pada bahagian jari yang pijar. Sedikit demi sedikit, rasa pijar itu akan hilang.
Selain tiga petua hilangkan pijar tangan ini, ada beberapa cara lain yang boleh anda cuba, antaranya dengan menyapu minyak masak pada bahagian tangan yang rasa pedih. Selepas itu lap dengan tisu atau cuci dengan air bersih. Kalau ada hampas kelapa, anda boleh ramaskan pada seluruh jari dan tangan yang rasa pedih dan cuci bersih selepas itu.
Dua lagi tips hilangkan pijar tangan yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini adalah dengan menggosok tangan pada keluli seperti pada sinki atau gosok dengan sudu. Menggosok tangan pada keluli juga dapat menghilangkan bau masakkan yang terletak pada tangan. Ataupun anda boleh ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan air. Kemudian rendamkan tangan anda dalam air asam jawa itu untuk menyejukkan rasa pedih pada tangan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan bahan masakan agar tahan lama. Bahan-bahan kisar seperti bawang merah, cili dan bawang putih sering menjadi bahan utama dalam masakan.
Biasanya jika semua bahan-bahan ini sudah siap, sudah tentu kerja memasak menjadi mudah dan cepat.
Biasanya bahan-bahan ini akan disimpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama antara seminggu dan dua minggu, malah ada yang sebulan! Namun, jika salah penyimpanan akan mengakibatkan bahan yang dikisar tadi bertukar warna yang boleh menjejaskan rasa masakan.
Terbaru, petua untuk kekal bahan masakan kisar tahan lama, menerusi facebook Raden Nor Kamalia dalam group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkongsi cara-cara memastikan bahan kisar masakan tahan lebih lama sehingga dua minggu.
Ikuti perkongsian ini.
Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama. Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiaw tinggal cedok jer, Stok untuk seminggu.
Cara-cara membuat cili kisar
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci. Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili. Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
Rupanya rahsia nak sedap ramuan cili kering kisar bersama bawang dan bawang putih
Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender 100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas). Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
Cara membuat bawang merah kisar
6 biji bawang besar , 10 biji bawang kecil. Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil Blender bawang bersama minyak masak Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Cara2 membuat bawang putih kisar
5 labu bawang putih Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil Blender bawang bersama minyak masak Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.