Gelagat comel anak pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, gelagat comel Isaac Raees yang bertanyakan mengenai kehilangan coklatnya menyebabkan ramai yang berdekah ketawa.
Dengan bukti plastik coklat ditangannya, pertanyaan comel Isaac dengan begitu petah kepada Aiman dan Zahirah buat ramai yang geram.
Ads
“Malam tadi Isaac beli tu, coklat ball..evidence of this.
“Is it daddy? Haa go to jail. Now,” kata Isaac dengan bersungguh.
Ads
Raut wajah comel Isaac yang kelihatan begitu bersungguh inginkan kepastian memang comel. Pun begitu, biarpun mengetahui coklat kegemarannya dimakan oleh bapanya, anak kecil ini tidak marah mahupun menangis.
Dia sebaliknya meminta izin untuk makan coklat itu. Memang anak yang bijak.
Ads
Terdahulu, Aiman dan Zahirah yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dikurniakan dua orang cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa.
Jika bayi membesar dengan susu dan waktu tidur yang cukup, begitu juga dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan waktu tidur yang mencukupi terutama untuk ke sekolah dan dapat belajar dengan baik.
Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Dalam kehidupan anak-anak, semestinya restu ibu bapa itu penting agar lebih rasa tenang dan ada keberkatan dalam usaha yang dibuat.
Begitulah yang diamalkan oleh pengacara, Hawa Rizwana yang mendedahkan dia telah meminta restu daripada bapanya terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos baharu program MeleTOP.
Jelasnya, dia sama sekali tidak menyangka dengan keputusan bapanya yang membenarkan dia untuk mengemudi program berkenaan.
“Ada satu malam, saya tanya pandangan ayah, sebab keputusan untuk menjadi hos perlu restu daripadanya.
“Hawa tanya ayah ok ke kalau saya buat program MeleTOP? Ayah kata boleh, go for it. Itu adalah jawapan yang saya betul-betul tak sangka datang daripada ayah.
“Kenapa saya tak sangka, sebab saya tahu ayah dan mak sangat-sangat tegas, kalau nak keluar rumah mereka akan tanya apa yang saya buat dari pagi sampai malam.
“Jadi bila dapat restu daripada ayah untuk buat MeleTOP ,saya harap akan ada perkara yang indah hasilnya nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Hawa akui gembira selepas menerima restu daripada bapanya.
“Satu perkara tentang ayah dan ibu, mereka akan lihat hasil kerja saya dan mereka akan komen selepas itu jika ada yang tak kena atau sebagainya.
“Ada kalanya ayah akan beri doa untuk saya baca, jika dia lihat saya macam dalam keadaan yang gelabah.
“Apa-apa yang saya buat adalah untuk mereka, walaupun saya tahu diri ini tidak lah sebaik mana.
“Bila dapat restu itu buat saya gembira, kerana dia sahaja yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Dia juga tahu bila saya sedih bila saya suka,” tambahnya.
Pengambilan nasi yang berlebihan sememangnya tidak sihat bagi penghidap kencing manis. Kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi dalam nasi membuatkan penghidap diabetes takut untuk makan nasi.
Nasi sebenarnya taklah salah, malah janganlah gerun nak ambil nasi. Apa yang penting kenalah tahu nasi bagaimana yang selamat untuk di makan. Kalau mak mentua atau bapa mentua alami masalah ni, anda bolehlah lakukan seperti yang disarankan oleh Saintis dari Mardi, Dr Suri Roowi.
NASI DAN DIABETIS – APA YANG ANDA PERLU TAHU?
GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.
2. Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.
3. Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
4. Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).
5. Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
6. Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Dalam kebanyakan rumah, waktu malam sering menjadi momen paling dinantikan selepas seharian penat bekerja, mengurus keluarga dan menyelesaikan rutin harian. Selesai sahaja makan malam bersama,...