Biasanya jika kita hendak mengajar anak-anak memasak diperingkat awal, antara teknik pertama diajar lain tak bukan adalah cara menanak nasi. Memandangkan nasi dimasak dengan periuk elektrik, tugas ini cukup mudah untuk dilakukan.
Pun begitu silap sukatan air, nasi yang ditanak mentah hasilnya bahkan jika terlebih air menjadi lembik pula. Hal ini sering berlaku terutamanya jika kita sekali sekala ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya.
Jadi apa kata kali ini sediakan menu Nasi Tomato seperti yang dikongsikan oleh Zadariah Zakaria ini. Istimewanya resipi Nasi Tomato yang dikongsikan tidak ditanak tetapi dikukus!
Susulan itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan ramai yang teruja untuk mencuba kaedah tersebut disamping mencuba resipi Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun yang turut disertakan olehnya.
Selamat mencuba.
Nasi Tomato
Bahan-bahan Nasi Tomato Kukus:
3 cawan beras biasa – basuh dan tos
Kalau nak guna beras Basmathi – rendam 30 minit, basuh dan tos
1 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
2cm halia ditumbuk
2sb minyak sapi
Sedikit rempah 4 sekawan
1/2 tin tomato puree
2sb gula
1sk garam
Perisa (optional)
1/3 tin susu cair
2 1/2 cawan air
Daun pandan
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang, halia dan rempah sehingga naik bau.
- Masukkan semua bahan lain dan tunggu mendidih.
- Masukkan kesemuanya bersama beras ke dalam pengukus.
- Kukus selama 15 minit, bukak penutup dan gembur nasi. Sambung masak sehingga masak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Sebulan Pengambaran Di Langkawi, Alif Bawa Sekali Isteri & Anak Menetap Di Sana. Raih Pujian!
Bahan-bahan Ayam Masak Merah
1 ekor ayam dipotong kecil, digaram kunyit dan goreng sedikit tak perlu garing, ketepikan.
3 bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 ruas lengkuas dikisar
1 ruas halia dikisar
2 batang serai dikisar
Sedikit rempah 4 sekawan
1 senduk kecil cili kisar
1/2 tin tomato puree
1 batang carot dikisar halus bersama air
2sb sos tomato
1sb sos cili
4sb gula perang
1sk garam
1/2sk Cukup Rasa
1/3 tin susu cair
Daun pandan
2 labu bawang besar dipotong bulat
Daun bawang
Cara Penyediaan:
- Tumis bahar kisar, rempah 4 sekawan dan dun pandan hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, tomato puree, sos tomato, sos cili dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan caort kisar dan ayam. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering, renihkan sebentar.
- Masukkan susu cair dan peasa lain, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan bawang besar dan daun bawang. Tutup api.
Bahan Jelatah Timun
1 batang timun
1 batang carot
1 bawang besar
1 cili merah
Dipotong ikut citarasa
1sb gula
2 cubit garam
1sb sos cili
1sb cuka
Cara Penyediaan:
- Campur kesemua bahan dan gaul sebati.
- Boleh tambah nenas dan cili padi kalau suka pedas.
Sumber : Zadariah Zakaria
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club