Siapa yang mahu kehilangan insan yang disayangi lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri atau ahli keluarga yang rapat. Lebih-lebih lagi di saat kita masih merasakan sangat bergantung kepadanya dan masih lagi ingin dibelai dimanja.
Di saat kehilangan, hanya rindu yang dapat diungkapkan namun rindu ini seperti tiada penghujung kerana yang dirindu sudahpun tiada. Hanya mampu meluah rasa melalui doa sambil mengharapkan ianya sampai kepada orang yang dirindui.
Bercerita mengenai seorang gadis bernama Elia, dia telah kehilangan ayahnya yang pergi dijemput ilahi sewaktu tidur. Dia tidak dapat berjumpa ayahnya buat kali terakhir dan kehilangan itu begitu mengejutkannya.
Selepas dari kehilangan itu, dia mengakui yang sangat rindukan arwah ayahnya. bahkan sewaktu ingin ke Tanah Suci, dia sempat berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang persis ayahnya di Tanah Suci Mekah.
Siapa sangka, permintaan yang mungkin di anggap tidak logik ataupun mungkin terlalu emosi ini dimakbulkan Allah. Sewaktu Elia di tempat Saie, dia telah terserempak dengan lelaki yang betul-betul mirip arwah ayahnya.
Dek kerana keterujaan itu, dia terus berlari mengejar lelaki tersebut walaupun tidak mengenalinya.
Ads
“You Look Like My Walid…” Itulah yang dikatakan oleh Elia pada lelaki tersebut.
Elia sempat menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada lelaki berbangsa Arab itu.
“Masya Allah, Same.” Lelaki itu turut mengakui yang wajahnya seiras arwah Elia.
Ads
Walauopun hanya sebentar, Elia sempat merakamkan gambar lelaki itu dan dia sangat bersyukur kerana pertemuan itu seolah-olah merawat indu yang selama ini dipendam.
Walaupun tidak dapat mendakap untuk melepaskan kerinduan, cukuplah kehadiran lelaki itu untuk melepaskan kerinduan.
Menarik perkongsian wanita ini mengenai kualiti masa bersama anak-anak. Katanya, masa bonding dengan anak tidak perlu berkira masa walaupun ada yang kata hanya 3.5 minit tanpa gangguan.
Katanya, ibu bapa perlu luangkan masa tanpa kira masa terutama anak yang berusia di bawah enam tahun.
Ikuti perkongsian wanita di laman facebook miliknya Ina oh Ina.
Salah satu cara nak bagi otak kanak-kanak berkembang sehingga mencapai thp optimum adalah BONDING…
bukan hantar ke taska/tadika mahal ❌
Bukan susu mahal❌
Bukan permainan yg banyak/mahal❌
Cantik kan susunan Tuhan jdkan fitrah anak2… Samada kita miskin/kaya….kita boleh jdkan anak kita tinggi EQ&IQ
tapi.. Ikut statistik terkini… Ibu, bapa, penjaga hanya spend masa 3.5minit shj sehari dgn anak tanpa ada gangguan lain.
Hanya 3.5Minit?mcmana dgn bonding? Aduh sedihnya baca ttg ni…
Antara ms plg responsive adalah ketika anak bgn tidur.. Sekiranya anda bekerja/tak.. Pastikan setiap hari i anak bgn tidur dgn melihat muka anda… Mandikan anak2.. Kemudian htr ke taska/tadika.. (ini adalah science reason kenapa TFA meWAJIBkan anak2 dtg siap mandi)… Jika anda rasa ini menyusahkan anda, sayang sekli kerana bawah usia 6thun otak anak2 membentuk sbyk 90% dan masa tu tak lama… Sekejap je…
Anda ada duit… Anda ada kerjaya… Anda ada tanggungjawab… Tapi anak2 hanya ada anda… Dan mereka juga tanggungjwb anda (sepatutnya paling utama)… Luangkanlah masa.. Statistik 3.5minit terlalu kejam utk anak2 hadapinya.
Teacher Ina
13 years of Ecce advocate and practice
Kredit: Ina Oh Ina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Personaliti ini agak ‘sempoi’ tapi ciri-ciri orang ‘istana’ masih dikekalkan terutama bab protokol namun tetap terbuka dalam pergaulan. YM Tengku Loreta Tengku Dato Setia Ramli Alhaj juga sangat akrab dan rapat dengan anak tunggalnya. Sekali pandang dua beranak ini seolah-olah BFF yang ‘satu kepala’ dan sehati sejiwa.
“Aniq memang rapat dengan saya kerana sejak kecil lagi ke mana sahaja saya pergi pasti akan ada dia menemani. Usai mendirikan rumah tangga, saya ambil keputusan untuk duduk di rumah dan menjaganya. Kebetulan waktu itu berlaku krisis ekonomi dan saya antara yang dibuang kerja. Disebabkan tiada tawaran kerja, lebih baik saya fokus pada anak dan keluarga.”
“Waktu itu, saya sudah dedahkan Megat Aniq dengan aktiviti lasak seperti paintball, menembak (senjata 9mm), snorkelling, go kart, golf (single handicap) dan sebagainya. Dari kecil sehingga sekarang, minat tersebut bercambah dalam dirinya dan kini dia bakal mengambil lesen penerbangan di Melaka tak lama lagi.”
“Boleh dikatakan kami banyak berkongsi minat dan hobi yang sama. Kalau wanita lain ada ‘me time’ tetapi saya pula waktu ini mesti bersama dengan anak. Kalau ada masalah atau mahukan sesuatu pandangan, Megat Aniq akan terus tanya pada saya. Saya cuba beri yang terbaik untuk dia. Bukan bermakna saya mahu ‘spoilkan’ dia dengan kemewahan, tapi kalau ada duit banyak pun tak dibelanjakan tak guna juga kan,”ujar Tengku Loreta yang berpada-pada dan ada kouta dalam berbelanja.
Sejak kecil beliau sudah terapkan pada anak, kalau nakkan sesuatu dia kena hantar surat ‘permohonan’ terlebih dahulu.
“Tak kisahlah apa jua aktiviti mesti dapatkan persetujuan saya terlebih dahulu. Masih simpan lagi semua surat itu dengan typing error. Tapi yang saya ingin tekankan waktu itu adalah supaya dia berdisiplin.
“Malah, selepas habis bermain, Megat Aniq akan kemaskan kembali barangannya ke kotak asal tanpa perlu disuruh termasuklah saya ajar dia ada batas-batas dalam berkongsi barangan dengan orang luar. “
“Saya pernah tinggalkan dia 4 bulan kerana terpaksa bekerja di FUTURE ENERGY ASTANA EXPO 2017, Kazakhstan sebagai Ketua Protokol & PR Malaysia Pavillion dan waktu itu dia tengah belajar di sini, jadi tak boleh ikut sekali. Tetapi Aniq ada datang melawat saya bersama mengiring DYTM Raja Muda Selangor waktu itu ,” cerita Tengku Loreta lagi mengenai anak tunggalnya itu.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Malaysia Berjaya (GENMAS) ini bagaimana pun tetap menerapkan elemen-elemen protokol dan juga pengetahuan mengenai susur galur keluarga mereka kepada anak tunggalnya itu.
“Anak saya turut diterapkan segala adat istiadat dalam istana. Dia juga tiada masalah dan mengikuti segala apa yang diajar. Jadi, mudah untuk dia bawa diri dalam istana selain dapat bergaul mesra dengan kerabat dari negeri lain,” jelas Tengku Loreta yang mengamalkan cara terbuka dan belajar bersama selain berkongsi minat yang sama dengan anak.
Dalam memastikan hubungan ibu-anak baik, ujar Tengku Loreta perlu jujur dan berfikiran terbuka. Belajar bersama dan boleh dengar dan terima pandangan anak muda.
“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama termasuklah dalam sukan air, melancong, berkuda, main golf, bowling dan membantu kaum kurang upaya serta underprivileged kids.
“Ini memudahkan untuk saya rapat dan membina hubungan yang baik dengan anak. Walaupun Megat Aniq kini sudah masuk 19 tahun, namun usia itu tidak membataskan hobi dan minat kami. Bahkan, ada masa terluang kami akan buat sama-sama,” ulas Tengku Loreta lagi.
Aktif NGO dan CSR
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Tengku Loreta yang kini sibuk dengan majlis pengiktirafan anugerah “Selangor Tremendous Achievement Recognition Awards (STAR Awards) 2018 untuk para usahawan di dalam pelbagai bidang di negeri Selangor. Selain itu, beliau juga aktif dalam NGO dan program CSR,
“Sejak dahulu lagi saya memang suka lakukan kerja amal. Terbaru saya baru selesai larian amal sempena bola sepak piala dunia Russia 2018 di mana DYMM Tengku Pemaisuri Selangor telah berkenan berlari sejauh 3km.
“Saya juga mengikuti program melawat setiap Raya, Deepavali, Krismas mahupun bila ada aktiviti khas untuk memberi sumbangan di hospital terutama Hospital Kuala Lumpur.
“Selain itu, saya turut membantu kanak-kanak kanser di KK3 ward kanser HKL, ibu tunggal, remaja bermasalah (School drop-out), melawat ke penjara Kajang dan sebagainya.
“Malah, kami juga ada buat charity bazar dan pelbagai lagi program lain dalam mengutip dana untuk mereka yang memerlukan,” selain sangat minat dengan benda-benda yang membabitkan alam sekitar.
Artikel selanjutnya boleh dapatkan di dalam Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa di sini membesar dengan kartun Dora The Explorer? Rata-rata individu sememangnya mengenali watak Dora yang gemar mengembara Bersama Boots, Bagpack dan The Map! Tidak lupa juga watak yang sering muncul iaitu sepupunya, Diego.
Jika dulu kita hanya tonton versi animasi, kali ini Dora muncul dalam bentuk live action yang dibintangi oleh Isabela Moner (Dora), Eugenio Derbez (Alejandro), Michael Peña (ayah Dora), Eva Longoria (ibu Dora) dan Danny Trejo (Boots)!
Dora and The Lost City of Gold mengisahkan tentang Dora dan teman-temannya mengembara ke Parapata untuk mencari ibu dan ayahnya yang dikhabarkan hilang. Dora yang merupakan seorang gadis yang membesar dengan persekitaran hutan diminta pindah ke rumah sepupunya Diego, di bandar oleh ibu bapanya untuk didedahkan dengan dunia sebenar.
Dalam menyesuaikan diri di bandar, Dora, Diego dan rakan-rakan telah diculik tentera upahan untuk menjejaki ibu bapanya yang menuju ke Parapata. Pengembaraan Dora demi menyelamatkan ibu bapanya telah melalui pelbagai rintangan untuk menuju ke Parapata.
Filem yang berdurasi 102 minit menerapkan elemen pengembaraan, komedi, aksi dan kekeluargaan yang membolehkan filem ini ditonton oleh seisi keluarga tidak mengira peringkat umur. Penonton juga tidak kering gusi menonton filem ini dengan adanya watak yang mampu mencuit hati.
Selain menonton bersama keluarga, terdapat juga beberapa nilai murni yang boleh diambil dari filem ini untuk menjadi panduan anak-anak. Nak tahu apa pengajaran yang disampaikan? Kena la tengok! Syabas diucapkan kepada para pelakon dan juga pengarah filem Dora, iaitu James Bobin!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...