Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi yang kini sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga sempat menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya mengenai perancangan hamil.
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Adira menjawab satu soalan daripada netizen berhubung perancangannya dan suami untuk mendapatkan cahaya mata.
Menurut Adira, dia tidak pernah merancang soal anak namun dia dan suami direzekikan untuk menimang cahaya mata cepat kerana dia bunting pelamin semasa bulan madu.
“Saya bunting pelamin masa bulan madu tetapi saya tak tahu. Paling tak percaya macam mana boleh mengandung awal sangat. Mungkin waktu menikah tu saya tengah subur.
Ads
“Alhamdulillah, Allah hadirkan Arsel secepatnya. Kemudian secara tak sengaja, saya mengandung Alva masa Arsel empat bulan. Sumpah tak kelakar. Memang trauma dan silap langkah.
“Tapi setiap anak pembawa rezeki masing-masing. Mengandung dia paling senang sampai berpantang. Cuma beranak sakit,” kongsinya.
Adira yang kini sedang menanti kelahiran anak ketiganya mula rasa rindu untuk kembali mengandung selepas tiga tahun.
Ads
“Sekarang saya dah boleh fokus kerja dan ada pembantu. Jadi tengah menghitung hari anak ketiga keluar dengan selamat. Doakan Adira ya,” tulisnya.
Terdahulu Adira dan suaminya, Ammar Azizzan mendirikan rumah tangga pada 3 Oktober 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata dan bakal menantikan kelahiran anak ketiga mereka.
Pelakon dan pengacara terkenal, Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan yang terletak di Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu.
Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Dynas melalui laman Instagramnya.
“Ketentuan Ilahi. Alhamdullilah seorang bayi perempuan untuk kami.” Ujarnya melalui kapsyen di IG.
Ini merupakan anak keempat Dynas dan anak kedua bersama suaminya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din selepas dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil yang kini berusia 3 tahun.
Terdahulu, Dynas dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Khya Khalyssa yang berusia 12 tahun dan Mohamed Haqaish yang kini berusia 9 tahun melalui perkahwinan terdahulu.
Pernah tak lalui anak kecil seakan bermain dengan seseorang atau tunjuk ke arah sesuatu yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar? Kalau ikutkan kata orang, mungkin yang dilihat mereka itu makhluk ghaib kerana pandangan mata anak kecil itu sensitif.
Itulah yang terjadi kepada ibu ini bertukar menjadi cuak apabila anak lelakinya ingin menyuap makanan kepada ‘kawan’ di sebelahnya.
Dalam video berdurasi 17 saat itu jelas tiada orang di sebelahnya dan tulis ibunya sudah 3 kali melihat anaknya itu suap di sebelah siap tadah tangan lagi!
Lain pula jadinya di ruangan komen apabila ada seorang pengikutnya komen anaknya turut nampak kelibat perempuan di dalam video tersebut. Komen itu di balas oleh ibunya dengan video baru di mana anaknya berkata ‘kawannya’ itu adalah budak perempuan dan tinggal di taman.
Video yang dimuat naik mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 600k tontonan di Tiktok. Rata-rata turut merasa seram dengan kewujudan entiti tersebut.
Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!