Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Pun begitu, sebagai ibu ayah kita juga faham, setiap anak punya ragam dan perangainya yang tersendiri yang perlu kita fahami dalam mendidik mereka.
Berdepan dengan pelbagai situasi dalam membesarkan anak-anak, pernah juga kita dengar cerita ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak kepada umum hingga membuka aib anak tanpa sedar atau sengaja. Hal ini tentunya boleh membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa mereka sendiri.
Menyedarkan hal ini adalah tidak wajar dilakukan oleh ibu ayah, Ahmad Saifuddin Yusof, penulis buku tafsir yang sering berkongsi ilmu di media sosial berkongsi pandangannya dan menyifatkan ibu ayah yang suka mengumpat anak sendiri seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.
Ini perkongsiannya dan bersama kita ambil pengajarannya.
‘Makan Daging’ Anak Sendiri
Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri.
Mengumpat anak sendiri?
Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain.
Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain.
Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.
Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.
Mengapa berlaku begitu?
Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.
Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan.
Ads
Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.
Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari
Daripada ucapan itu ia membawa maksud;
+ Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
+ Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
+ Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.
Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri.
Tetapi, ada pengecualiannya.
Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu.
Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak. Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dan sebagainya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya.
Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.
“Ini Gambar 49 Hari Sebelum Mak Meninggal,”-Coretan Lelaki Ni Bikin Netizen Sebak!
Kisah keluarga Encik Mohd Yazid sebelum ini pernah viral di media sosial dek kerana dia berkongsi gambar adik beradiknya yang seramai 16 orang. Turut diceritakan pengalaman hidupnya ketika kecil yang cukup menyentuh hati warganet.
Meskipun dilahirkan di dalam keluarga serba kekurangan dan apatah lagi pada tahun 1991, ketika ibunya mengandungkan anak ke 16, ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Namun berkat didikan ibu ayah sepenuh hati, mampu menjadikan 16 beradik ini kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.
Baru-baru ini Mohd Yazid berkongsi lagi gambar dirinya bersama ibu tercinta di dalam kapal terbang. Namun perkongsian ini cukup menyentuh hati hingga membuatkan warganet sebak bila mengenangkan perginya orang tersayang dan adakah kita diberi peluang untuk menunaikan impian dan harapan serta berbakti kepada ibu ayah yang telah banyak berkorban membesarkan kita selama ini.
Ini perkongsiannya.
Ini gambar 49 hari sebelum Mak meninggal dunia. Gambar 15 Mac 2023, dalam flight AirAsia untuk balik ke Kota Bharu. Saya hanya berdua dengan Mak.
Kami bawa mak jalan-jalan KL lebih seminggu. Mak ada 4 orang anak menetap di Lembah Klang.
Mak bermalam di rumah saya beberapa hari. Ketika berborak mak banyak kali bagitahu “raso nok mati dh” setiap kali merasai dirinya makin lemah dan makin pelupa.
Saya sedih, tidur dengan linangan air mata.
Ketika saya bawa Mak ke rumah adik di Puchong, Mak sangat gembira dan ceria. Kemudian dalam kereta masa nak balik ke rumah saya, Mak tanya soalan yang saya akan ingat sampai bila-bila. Biarlah ia rahsia.
Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dapat tunaikan beberapa permintaan mak. Ada 1 yang tak berjaya saya tunaikan, Mak nak buat pembedahan mata dengan Prof. Muhaya. Mak bagitahu harapan nak ke klinik prof, tapi kesihatan tidak mengizinkan.
Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, ketahuilah bahawa masa berbaki tidaklah banyak. Antara penyesalan yang terbesar ialah dari sebab sifat bertangguh, bila kita anggap masih ada masa yang panjang berbaki.
Saat ini, bukan hanya golong perubatan dan ‘fronliners’ lain yang sibuk dengan kerja-kerja menyelamat. Semalam, ketika membuat pengumuman menerusi satu sidang akhbar jelas terpancar raut wajah yang penat dan keletihan di wajah Perdana Menteri kita dalam berhadapan dengan situasi genting sekarang.
Demikian juga dengan tuntutan tanggung jawab yang turut dipikul oleh barisan menteri. Dalam satu perkongsian, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin memuat naik gambar bersama anaknya.
Dalam perkongsian semalam Menteri yang cukup terkenal dengan jolokan ‘Abah KJ’, dia memberitahu terpaksa menyambut hari lahir anaknya dalam jarak tertentu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun hari ini. Gambar tersebut membuatkan ramai yang sebak dan tersentuh hati.
Menurut KJ lagi, beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya. Sebaliknya masing-masing hanya mampu memandang antara satu sama lain di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan sebarang wabak.
“Happy 5th birthday, my little lion man. Because Papa has to go out for work, Papa has decided to self-isolate when coming home. That’s to keep you and everyone else safe (especially grandma!).
“It makes Papa sad that I can’t hug you and kiss you today, and that we can only see each other through the window. When you grow up, I’ll tell you all about how everyone in the world had to play their part to help each other. Love you, my Raif.
Buat peminat sotong, bolehlah cuba resipi ini yang cukup mudah dan enak pula tu. Cara nak buat pun simple je, tak banyak bahan digunakan. Resipi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.
Huishhhh…kari “Sutun”… Rega murah hari ni tu yg buat kari sutun tu..rm22 sekilo..Silakan Resipinya pada yang nak mencuba..
“KARI SOTONG” by “MARIANA ZAINAL”
Bahan- bahan:
Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(utk hilangkan air sotong)..toskan..
1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah amik santannya)
2 1/2 senduk minyak masak utk menumis..
Bahan tumis
1 biji bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
Sedikit halia hiris( x nak letak pun x pe)
1 sdt halba campur
Bahan pes..
2 paket kecil rempah kari ikan brand baba’s
1 paket kecil serbuk cili
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari
1 sdb garam
1/2 sdt gula
Sedikit perasa
1 1/2 cawan air
(satukan semua ni jadikan pes)
Caranya..
Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..
Masukkan bahan pes..masak hingga betul2 naik minyak dan garing.