Belimbing buluh sangat dikenali dengan rasanya yang masam dan selalu dijadikan salah satu bahan dalam masakan seperti sambal atau asam pedas. Bukan itu sahaja, buah belimbing buluh ini juga enak dijadikan sebagai jeruk.
Tetapi resipi kali ini sedikit berbeza dan unik kerana buah belimbing buluh ini dijadikan sebagai pencuci mulut iaitu kek. Jika belum cuba mana datang hasilnya, jadi anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Anie Ssa ini.
Menurut perkongsian daripada pengguna profil Facebook ini, walaupun kek ini diperbuat daripada buah belimbing buluh namun, rasanya tidaklah masam sebaliknya sedap dan bertekstur sangat gebu. Selamat mencuba!
Bagi sebahagian kaum wanita memasak itu adalah aktiviti yang menyeronokkan, ibarat terapi buat diri. Apatah lagi, jika menyediakan hidangan untuk dijamu kepada keluarga tercinta.
Pun begitu, sering juga terjadi kita berasa tertekan dengan bau yang kurang enak menjengah ke segenap ruang kediaman setelah usai memasak. Malah bau tersebut terus melekat pada sofa, langsir dan sebagainya.
Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.
⇒Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau.
⇒Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200°C selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Kek coklat Makde. Tengah malam siapkan kek coklat. Anak buah suruh buat dari siang lagi, tengah malam baru boleh makan.. Kesiaannn. Lepas siap terus potong bagi budak-budak. Pukul 12 lebih tengah malam diaorang beratur bawak piring sorang satu nak minta kek”
Begitulah kapsyen yang dikongsikan oleh wanita ini bila berkongsi resipi kek di salah satu group masakan di facebook.
Bayangkan tengah-tengah malam pun wanita ini ‘selamba’ sahaja boleh menyediakan kek coklat moist bagi menunaikan keinginan anak-anak buahnya yang mahu makan kek. Ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran betapa mudahnya dia menyediakan menu tersebut.
Apatah lagi menurut perkongsiannya, semua bahan yang digunakan tidak perlu diadun tetapi memadai dengan dimasukkan sekali di dalam pengisar. Cukup mudah dan ringkas penyediaan kek coklat moist tersebut.
Hal ini telah menarik perhatian warganet dan ada antaranya tidak sabar untuk mencuba resipi yang nampak mudah dan enak itu. Jadi buat anda yang ingin mencuba membuatnya, turut dikongsikan resipinya di sini. Semoga bermanfaat.
Ni resipi kek coklat moist yang saya selalu guna.
Kek coklat moist
Bahan A :
3 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila(tak letak pun tak apa.. ok je)
*Blend semua bahan guna blender selama 5 minit..
Bahan B :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*ayak bahan di atas
Cara-cara :
1)Masukkan bahan-bahan yang diayak dalam bahan A yang telah diblend. Kacau rata. Kaup balik je.
2) Sapu minyak/marjerin pada loyang size 8.
3) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana je ye.. Kalau bakar, 180°c selama 45 minit.
*sukatan saya main agak-agak je.. Masak guna cara double boiler.. tunggu kek sudah sejuk baru tuang atas kek.. Lepas tu hias la ikut suka kita.. Taburlah segala jenis hiasan.. Siap.
Comot sikit kek tu.. tapi takpelah.. anak-anak buah semua puji sedap.
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.