Kalau terasa hendak makan bubur kacang hijau mesti buat kita fikir dua tiga kali bila lah masa yang sesuai untuk memasaknya. Tidak boleh tiba-tiba teringin terus masuk dapur.
Maklumlah kacang hijau ini perlu direndam semalaman atau untuk tempoh masa yang panjang untuk tujuan memudahkan proses merebus agar cepat lembut bila dimasak.
Itu yang membuatkan proses penyediaan menu bubur kacang hijau ini mengambil masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang boleh anda praktikkan untuk singkatkan proses membuat bubur kacang ini tanpa perlu lagi merendam kacang hijau untuk melembutkannya dan sekali gus masa untuk merebus kacang hijau hingga empuk pun sekejap sahaja boleh dilakukan.
Ini seperti cara yang telah dikongsikan oleh Seri Ramlan.
Ini saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak perlu rebus lama-lama. Confirm cepat masak dan jimat gas.
Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tip ini tak perlu ada pressure cooker pun. Begini caranya :-
Langkah 1 : Basuh bersih kacang hijau.
Ads
Langkah 2 : Kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu
Langkah 3 : Kemudian bekukan.
Langkah 4 : Bila-bila hendak masak, tak perlu nyahbeku. Boleh terus masuk periuk dan tambah air. Rebus seperti biasa.
Langkah 5 : Tidak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa
Secara fitrahnya sebagai ibu bapa kita mahukan anak-anak mendengar kata dan tahu pula cara menghormati orang tua tanpa perlu di jerit dan menjerit. Kita menyedari, mendidik anak bukanlah perkara mudah.
Mungkin semasa anak-anak masih kecil, bolehlah dikawal dan diarah itu dan ini. Bayangkan bila anak-anak kita telah meningkat dewasa, mampukah anak-anak ini tetap mendengar kata-kata kita sebagai orang tuanya?
Terasa gusar pula memikirkannya.
Oleh itu ada baiknya membaca perkongsian daripada keluarga Cikgu Shaini ini dalam mendidik anak-anaknya dengan membudayakan ‘budaya khidmat’.
Ini Perkongsiannya
“Saya pelik tengok anak2 akak semua jenis dengar cakap….buat semua yang akak suruh…”Ye sebab akak garang Hehe takut tak
Sebenarnya, anak2 jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibubapa sejak anak2 masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.
Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak
– picit umi n ayah selalu
– hidangkan makanan
– sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit
– sendukkan nasi
– ambilkan air minuman ketika umi n ayah haus
– kopekkan buah untuk umi n ayah
– buka/tutup pagar dan pintu rumah
– pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella
– kakak / abang suapkan nasi pada adik
– ambilkan barang2 tertinggal
– on off suis kipas/lampu
– mencari barang2 hilang
– mengemas rumah
– lap meja lepas makan
– cuci pinggan
– payungkan umi n ayah
– dan macam2 lagi aktiviti khidmat
Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…”
Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman.
Tapi jangan anak-anak aje buat macam2 untuk kita, kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak.
– cium dan peluk selalu
– bergurau senda
– bercerita kisah anak2 soleh
– umi solat berjemaah dengan anak2
– bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraca Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak2.
– mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang2 biar anak hadam ayat tu.
– umi masak sedap2, masakkan masakan kegemaran anak
– ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut2, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang.
– jaga anak betul2 masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat2 sentuhan emosi mcm ayat masa mandi n bersuap tadi
– potong kuku anak setiap jumaat
– belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik.
– lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Cth – time cuti…ajak berkelah, main badminton sama2, jogging sama2…ibadah juga dilakukan bersama-sama.
PANTANG BESAR
1. Ibu JANGAN berleter
Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata.
2. Membenarkan anak2 buat hal sendiri dengan HP, nonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata.
3. Ssatu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak2 yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam2 “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat.
4. Benarkan anak-anak keluar dengan kawan2. Terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!
Alamak, dulu2 saya dah tersilap…anak-anak dah agak besar…dan memang dah susah nak mendengar kata. Apa harus saya buat ?
Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu.
Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah.
Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ?
Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (cth selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita.
Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.
Semoga Allah swt beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).
Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata tarkala melihat anak menderita sakit. Sebelum itu dia berlari riang, bermain tanpa sebarang sakit. Dalam sekelip mata segalanya berubah.
Tambah memilukan apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian kepala hadapan dan belakang bola mata anak kecil itu.
Inilah yang dikongsikan oleh Nursasabila Kamarulzaman, ibu kepada Muhammad Iman aal Khausar. Hanya kerana terhantuk biasa rupanya melarat dan doktor mengesahkan ada pendarahan dalam otak anaknya.
“Muhammad iman al khausar bin ismail” seorg kanak2 yg sgt riang dan petah berkata-kata..Namun ketentuan Allah sudah tertulis,mama dan papa redho akan ujian allah ini.
Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yg diberi..pada mulanya iman hanya terantuk biasa sahaja..iman bukan jatuh di tmpat yg tinggi atau terantuk yg mnyebabkan dia cedera luka.
Hanya terantuk di kerusi dan benjol biasa shj..kami membawa iman ke hospital utk periksa keadaan kepala iman..selepas ujian xray dibuat..kputusan xray mnunjukkn mmg ad kesan benjol tp tiada kesan retak atau kecederaan serius.
Kami pulang ke rumah dgn hati tenang..selps smggu iman demam on off..kami bawa iman ke klnik swasta biasa utk ambil antibiotik..seminggu iman ambil antibiotik iman masih lagi demam on off…
Jadi kami ambik kptusan utk bawa iman ke hospital smula untuk follow up kes iman jatuh tu..kpla iman pun naik benjol besar sikit dari mula2 dia benjol..sampai di hospital hsnz kuala terengganu iman terus dibawa ke bhgian kecemasan dan diletakkan di zon kuning..
Selepas diperiksa darah hb iman rendah dan ct scan dibuat..hantukan yg dialami iman terkena betul2 di saraf darah di kepala nya..hasil ct scan iman menunjukkan mmg ad pendrahan di dlm kpla iman..
Luluh dan remuk hati mama mendengar ape yg pihak hospital katakan..iman terus dimasukkan ke wad dan bntuan darah diberikan..semasa di wad doktor ad memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yg dibuat tu juga ad dijumpai ketumbuhan di kpla bhgian hadapan dn dilbkg bola mata iman..
Ketumbuhan itu terjadi dr kelenjar yg aktif dan semakin teruk bila iman demam dan darah dijagkiti kuman..seminggu iman di wad diberi antibiotik utk mmbunuh kuman yg ad…tapi iman tetap demam..jadi pada hari ini iman disarankan untuk ambik sum-sum tulang belakang..
Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yg dialami iman..kami akn menunggu keputusan dr pihak hospital ats ujian sum-sum tulang iman..
Mama dan papa berharap agar keputusan yg diterima adlah keputusan yg mengembirakan dan iman akan dirawat dengan secepatnya…
Mohon sahabat2 doakan agar iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA..aaminnn3.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah ini cukup menyentuh hati buat sesiapa pun yang membacanya, dikongsikan oleh Danial Hasif yang kebentulan ada di situ.
Kisah yang dimaksudkan ini adalah kisah seorang anak yang sanggup berjalan kaki di highway untuk pulang ke Kelantan demi ingin melihat ayahnya yang sakit. Bukan calang-calang jauhnya, nun hingga Ke Pantai Timur jauhnya. Pasti sesiapa pun tidak sanggup, memandu pun kita sudah berasa letih inikan pula berjalan kaki.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat anak ini untuk pulang menziarahi ayah tercinta. Mujur ada insan yang membantu, mengetahui lanjut kisah ini jom baca sepenuhnya.
Assalamualaikum… Hari ni cerita sedih sikit .. Kisahnya hari ni aku ride nk pegi chenor .. Tujuannya nk pegi hantar moto. So aku sruh kawan aku bawak kereta sebijik follow blakang .. Jadi jumpa laa abg ni dekat tol gombak dia jalan kaki ..
Aku masatu tunggu kawan aku yg naik kereta ni kat BHP gombak.. Dia ni org kelantan lah. masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku “D” jadi dia tahu la aku ni pun klantan so xmalu la dia nk tegur kan..
Dia nk pinjam fon nk call bini dia aku bgi laa tapi bini dia xangkat .. Lpastu dia mseg ..
Aku tnya dia nk pegi mana ? Dia ckp nk balik kelantan sbb ayah dia sakit .. Lpastu aku ckp la xkn jalan kaki kot bang? Dia ckp dia tawakal je mana thu boleh tumpang lori/bas yg nk ke kelantan jugk ..
Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni . Dia dulu maritim . Tapi pencen awal sebb kena santau masa kerja dekat sarawak dulu .. Dia ade tunjuk ic/dengan kat pesara dia kat aku.. Sbb dia takut aku xpercaya ..
Aku ckp kat dia kenpa abe xnaik bas ? Dia ckp duit ada rm2 je sbb baru sebulan duk kl kerja pun xdapat lagi .. Masa dia nk teruskan jalan kaki tu aku sruh dia naik dengan kawan aku . Aku hntar dia sampai bentong je sbb aku nk pegi arah lain . Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan . Dia ni orang lati pasir mas .. Dalam kita susah ade lagi yang susah ingt tu geng.
Dan setelah beberapa hari posting ini menjadi viral di media sosial, ini pula respon yang diberikan olehnya.
Assalmualaikum , saya nk ucapkan terima kasih kepada semua yng mendoakan saya dan kawan saya secara lansung dan xlansung .. Saya xmintak benda ni viral saya cuma post dalam fb saya sbb cerita abg tu menarik dan tersentuh perasaan itu sahaja ..
Saya bukan buat baik nak menunjuk .. Kebetulan saya di situ .. Apa salahnya kalau saya tolong mana yg saya boleh tolong.. Saya rase ramai masyarakat kita yang sangt prihatin kerana ramai yang mseg/call/messenger bertnya khabar, nak bagi sumbangan, tawaran kerja dan sebagainya ..
Kuasa viral sangat membntu abg tu. Dia dah lama lost contact dengan kawan2 lama dia semasa bertugas sebagai angota maritim . Saya xdan nk reply komen sorang2 tapi insya allah sya baca semuanya ..
Alhamdulillah semua komen baik2 saja walaupun ade segelintir yang kecam saya terima dengan hati terbuka .. Jutaan terima kasih sekali lagi. Hanya allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian ..