Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anaknya ke sekolah walaupun mampu untuk mengupah pemandu.
Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang berkongsi rutin hariannya berkongsi dia lebih senang melakukan aktiviti itu sendiri.
Bagi dirinya, dua anaknya adalah tanggungjawab sepenuhnya yang perlu dijaga malah dia mahu merasai sendiri momen berharga itu.
“Sekarang ini rutin saya pagi-pagi selepas bangun subuh, saya akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi.
“Kadang-kadang dia menangis, saya mandikan dan siapkan dia kemudian hantar pergi sekolah.
Ads
“Dah hantar Syaikhul pergi sekolah, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum dan hantar pula dia (ke sekolah). Sebab masa lain-lain, Syaikul pula dah masuk darjah satu,” kata Sarah bercerita.
Tambah Sarah lagi, bukan sekadar rasa tanggungjawab bahkan kata Puteri Sarah ia demi menjaga keselamatan anak-anaknya.
Ads
“Memang boleh cari pemandu tapi yang dia dihantar itu adalah anak-anak saya, nyawa saya, tak boleh kalau jadi apa-apa..kemalangan ke.
“Saya akan rasa bersalah seumur hidup. Kalau tak saya, acu atau mak akan hantar,” katanya lagi.
Rata-rata warganet mengagumi pengorbanan ibu tunggal ini dan memuji sikap rasa tanggungjawab yang ditunjukkan Puteri Sarah buat dua anaknya, Syaikul dan Sumayyah.
Nyata apabila memilik anak ini tugas ibu bapa adalah amat mencabar. Pelbagai ilmu keibubapaan yang kena tahu. Salah didik akan menyebabkan tingkah laku anak bersikap ‘pelik’.
Sebenarnya untuk didik anak menjadi ‘orang’ ni perlu ada kekuatan daripada ibu bapa. Sebagaimana nasihat caoch parenting ini, Mohd Fhais Salim, katanya apabila salah menegur sikap anak akan menjejaskan emosi anak.
Malah jika anak mula menangis bukan tandanya anak itu mengada-ngada tapi ’emosinya’ sakit.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini apa yang dikatakan ’emosi sakit’. Take note semua!
Bila emosi anak ‘sakit’.
“Diam, jangan mengada-ngada boleh?” Depan mata saya kejadian ni berlaku. Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.
Semua parent kena dengar ni betul-betul. Bahaya suruh anak berhenti menangis gitu!
Otak emosi dia boleh terbantut & berhenti berkembang. Ish, bahaya bahaya bahaya.. Anak menangis bukan sebab mengada-ngada, tapi itu tanda emosi dia sedang sakit.
Emosi sedang sakit, dia perlukan penawar bukan sindiran begitu. Otak kita ni terbahagi kepada 3 layer. 1 – Otak cortex ( fikir ) 2 – Otak limbic ( emosi ) 3 – Otak reptilia ( survival )
Ketika anak menangis atau tantrum, otak limbic jadi berkuasa. Otak cortex dah hilang kuasa.
Sebab ini la tingkahlaku anak kita ketika menangis & tantrum boleh jadi sangat tak terkawal.
Anak bukan mengada-ngada, tapi memang dah lost control sungguh… Masalah ni boleh jadi makin teruk!
Jika terlalu kerap anak di sindir begitu, lambat laun otak reptilia pula yang jadi masalah. Masa tu anak kita boleh jadi super pasif & Fearloop tau. Terus jadi budak yang sentiasa di hurung ketakutan. Aduh..
6 tips kena buat
Sebab tu la tak boleh suruh anak diam bila dia sedang menangis, tantrum atau menjerit… Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) :
1 – Kita datang dekat pada anak 2 – Pandang muka anak dengan tenang 3 – Pastikan jauh dari gangguan 4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala ) 5 – Tunggu 1 – 2 minit ( emosi bertahan 90 saat je ) 6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia
InsyaAllah. Cara ni lebih selamat & anak pun tak terasa tertekan.. Cuba la kalau sungguh sayang anak. Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.
Baru-baru ini Heliza Helmi, penyanyi dan aktivis kemanusiaan dan juga merupakan isteri kepada Datuk Seri Mahadi didakwa sudah berbadan dua oleh peminatnya berikutan video yang dimuat naik olehnya menampakkan ‘baby bump’.
Spekulasi ini timbul apabila Heliza dan Datuk Seri Mahadi memuat naik sebuah rakaman video di laman IG milik mereka.
Video tersebut memaparkan Datuk Seri Mahadi dan Heliza sedang menjalani sesi rakaman fotografi untuk sebuah produk.
Dilihat Mahadi sedang beraksi di hadapan kamera sambil memegang raket tenis. Selepas memukul bola dengan raket, Mahadi terus mengipas wajahnya dengan tangan menunjukkan dia sedang kepanasan.
Namun apa yang mencuri tumpuan, adalah tiba-tiba Heliza masuk ke ruang rakaman tersebut sambil membawa kipas tangan elektrik untuk mengipas suaminya. Pun begitu apabila Heliza menyerahkan kipas kepada suaminya dan mengambil raket daripada tangan suaminya, mata netizen ‘tertangkap’ sesuatu.
Aksi mencuit hati itu juga telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Pasangan itu kelihatan manis apabila mengenakan busana sedondon serba putih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendakwa Heliza sedang hamil. Ujar netizen, perut Heliza kelihatan seperti ‘baby bump’.
Bergelar ibu bapa ni, memang isu mendidik anak sering menjadi perbualan dalam aspek keibu bapaan. Mana tidaknya, semua ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar cakap dan berjaya dalam hidup. Jika salah asuh, tentu akan memberi kesan kepada sikap anak itu sehingga dewasa. Malah, ada yang beranggapan sikap anak itu, adalah cerminan ibu bapa. Tentu kita tercari-cari panduan nak didik anak. Termasuk cara mendidik anak lelaki.
Ikuti perkongsian cikgu ini mengenai cara mendidik anak lelaki.
Tip mendidik anak lelaki, memang " Deep"
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. "Saya nak Jadi macam ayah"
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.