Viral mengenai pelari wanita negara. Bagi yang menyaksikan Singapura Open 2023 sudah tentu teruja dan mengejutkan apabila Nur Aishah Rofina memintas pelari Singapura pada meter akhir hingga ke garis penamat.
Menerusi gandingan mantap Azreen Nabila Alias selaku pelari pertama diikuti Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling berjaya menghadirkan pingat emas buat mereka walaupun menerima tentangan sengit daripada wakil tuan rumah.
Kuartet Malaysia memenangi tempat pertama menerusi catatan masa 45.70 saat(s) mengatasi Singapura di kedudukan kedua (45.82s) manakala ketiga milik Thailand (46.06s).
Malah, larian ‘berdesup’ yang dipamerkan Nur Aishah sebagai pelari terakhir untuk memotong wakil tuan rumah pada saat akhir turut mendapat perhatian ramai sekali gus beranggapan dia mampu menggegarkan arena trek negara kelak.
Tidak dinafikan, cuaca panas yang sedang melanda negara kini membuatkan ramai yang tak senang duduk kerana tidak selesa dengan bahang matahari.
Malah, kerajaan turut menasihatkan agar masyarakat mengurangkan aktiviti luar sebagai langkah terhindar dari strok haba.
Malah ramai yang mengadu sering keletihan kerana tidak cukup tidur berikutan panas yang membahang pada waktu malam.
Namun bagi yang berkemampuan, pasti anda akan terus memasang penghawa dingin untuk mengatasi masalah ini namun bagaimana pula bagi yang kurang berkemampuan terutamanya pelajar-pelajar di universiti yang hanya bergantung pada kipas yang disediakan oleh pihak universiti.
Rentetan dari masalah yang dihadapi oleh ramai orang ini, seorang pengguna TikTok @teaforyou telah berkongsi cara membuat penyaman udara DIY yang telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, beliau menjelaskan dengan terperinci pembuatan bersama senarai bahannya.
Ini senarai bahan untuk buat ‘aircond DIY’ yang diperlukan.
1. Bekas kotak polisterin.
2. Kipas
3. Ais
4. Botol mineral
5. Garam
Cara Buat “Aircond DIY”
1. Pertama sekali, anda perlu sediakan bekas kotak polestrin, tujuan untuk meletakkan kipas diatas kotak tersebut.
2. Kemudian, lubangkan di kawasan atas penutup polestrin, Tujuan buat lubang ini untuk telengkupkan kipas di atasnya. Lubang yang dibuat tidak perlu sama ukuran dengan saiz kipas anda, cukup sekadar membolehkan kipas itu diletakkan di atas.
3. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tepi polestrin berukuran botol mineral, terpulang anda nak lubangkan berapa banyak. Tujuannya untuk mengeluarkan wap angin dari kipas ke dalam ruang botol ini.
4. Lalu, ambil botol mineral potong botol mineral pada bahagian tengah-tengah. Sesudah itu, buat juga lubang pada hujung bahagian botol dan masukkanlah botol yang sudah dipotong ke dalam lubang yang dibuat tadi di tepi kotak polestrin.
5. Tuang ais yang banyak ke dalam bekas dan selepas itu, barulah taburkan garam di dalam ais tersebut. Kemudian, tutup bekas.
6. Langkah terakhir, letakkan kipas di atas bekas polestin secara melengkup dan pasang kipas tersebut.
Ini merupakan satu inisiatif yang baik buat anda yang mahu berjimat dalam masa yang sama dapat menyejukkan ruang rumah anda. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai yang boleh memanfaatkannya.
Anak kucingmelecur teruk dibakar tiga lelaki kini dipelihara pelakon Mustaqim Bahadon. Kisah seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang, Selangor pada April lalu pernah tular dan menggemparkan masyarakat.
Kejadian itu mencetuskan rasa marah orang ramai apabila perbuatan kejam itu tersebar di media sosial. Memetik laporan Harian Metro, kucing itu telah berjaya diselamatkan oleh Nur Nabila Najwa Azman, 27 April lalu.
Video berkaitan kejadian itu menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di parkir motosikal sebuah flat. Dua daripada mereka kemudian menyimbah cecair dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.
“Bermula dengan kisah menyedihkan di jalanan dan tular selepas dibakar, kini Socks dapat kehidupan baharu yang Insya-Allah lebih baik berbanding sebelum ini bersama pemilik baharunya,” kata Nur Nabila Najwa.
Kucing yang dinamakan Socks itu diserahkan kepada pelakon, Mustaqim Bahadon, untuk dipelihara selepas sihat dan kembali aktif.
“Alhamdulillah, Socks sudah semakin sihat, gemuk dan aktif, malah lukanya juga mengering serta pulih. Perkembangan kesihatannya membuatkan saya gembira dan lebih bersyukur apabila Socks juga sudah mendapat pemilik baharu.
“Walaupun Mustaqim artis (dikenali ramai) tetapi saya tetap membuat tapisan dan temubual untuk memastikan kebajikan Socks terbela.
“Mustaqim orang pertama menyuarakan hasrat mengambil Socks dan banyak membantu daripada awal,” katanya.
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Mustaqim Bahadon dilaman Instagramnya, pelakon lelaki itu juga begitu teruja membawa pulang Socks ke rumahnya.
Welcome home Socks. Nanti kita jumpa abang dan kakak-kakak @mochaaxlattee Thank you for everything @soniaahorann,” tulis Musraqim.
Katanya, dia berharap dan turut percaya kucing berkenaan akan mendapat kehidupan lebih baik bersama Mustaqim dan beberapa kucing lain milik pelakon berkenaan.
“Selepas keluar wad di klinik veterinar, saya bawa Socks pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama sebelum diserahkan kepada Mustaqim.
“Sedih juga tetapi saya gembira Socks semakin sihat dan dapat pemilik baharu,” katanya.
Penterjemah swasta itu berkata, dia juga berterima kasih atas sokongan diberikan ramai kepadanya terutama sumbangan dana kos perubatan kucing itu sepanjang dirawat di klinik swasta.
“Terima kasih kepada penyumbang dan saya juga terima banyak sokongan sejak kisah Socks mendapat perhatian. Jasa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya.
“Keadaan Socks ketika ini melegakan hati saya, namun tetap berharap individu yang melakukan perbuatan itu diberikan hukuman setimpal dan kes dapat diadili agar jadi pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah kucing malang berkenaan yang diselamatkan Nur Nabila Najwa atau dikenali sebagai Sonia di media sosial.
Seluruh Malaysia sudah mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh Pasaraya Mydin yang terkenal sebagai sebuah pasaraya menawarkan harga terendah dan mampu milik untuk setiap golongan di Malaysia.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin telah mengungkap rahsia disebalik kejayaannya dalam satu temubual bersama pihak penyiaran radio.
Disebalik liku-liku yang perlu ditempuhinya, tanpa sebarang usaha dan pengorbanan, pastinya sukar untuk dia berada di punca kejayaan. Malah bongkarnya lagi, ada satu kunci kejayaan yang menjadi penyumbang utama kejayaannya sehingga hari ini.
Beliau berkata, mengahwini pasangan yang tepat merupakan kunci dalam bidang keusahawanannya.
Ujarnya, kejayaan yang dikecapi kini bukanlah berasal dari titik peluhnya seorang diri, melainkan ada sosok tubuh yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Kahwin Dengan Pasangan Tepat – Ameer Ali Mydin
“Kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada siapa dia berkahwin, dengan wanita atau lelaki yang tepat. Hal ini kerana anda memerlukan sokongan daripadanya.
“Dia perlu sentiasa berada di sisi dan dia adalah orang yang sanggup berkorban untuk segalanya,” katanya.
“Dalam buku MYDIN: The Untold Story sebenarnya dia ( Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd) yang telah menulisnya. Tetapi anda dapat lihat gambar saya pada bahagian kanan.
“Semua orang berkata, Wah, awaklah orangnya! Sebenarnya tidak, saya bukanlah lelaki itu. Ada seorang wanita bersama saya yang menulis buku itu,” katanya.
“Bukan Berjalan Di Belakang Tetapi Melangkah Bersama”
“Isteri saya juga berkata dia tidak berada di belakang saya, tetapi dia sentiasa seiring bersama saya,” katanya lagi.
Beliau turut berkata demikian dalam satu hantaran di platform media sosial Facebook.
“Berkahwin dengan orang yang betul. Berkemahiran, berpengetahuan dengan idea-idea dan pelbagai pemikiran kritis. Dalam masa yang sama tegas dengan pendirian dan mempunyai daya tahan untuk kejayaan dalam bidang keusahawanan.
“Seorang pasangan yang sentiasa menyokong dan penyayang sepanjang mengharungi perjalanan merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan dalam bidang keusahawanan,” tulisnya.
Untuk makluman, MYDIN pertama kali ditubuhkan pada tahun 1957. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat halal terbesar dengan reputasi kukuh dalam industri runcit negara.
Ia telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed. Lebih enam dekad, MYDIN terus menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk orang ramai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di