Pelakon Mira Filzah mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya, Wan Khair Amir, kini sudah pun berusia tiga tahun.
Menurut Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, dia dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar, merancang untuk menjarakkan kehamilan sebelum ini bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada anak sulung mereka.
“Sekarang Amir dah tiga tahun, jadi kami sudah bersedia.
“Tapi kami hanya ‘go with the flow’. Saya pun berharap ada rezeki anak kedua selepas ini.
Ads
“Dahulu, memang kami tak mahu tergesa-gesa waktu Amir masih kecil dulu sebab mahu tumpahkan kasih sayang sepenuhnya pada dia dulu.
“Tapi kalau ada rezeki sekarang, kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.
Ads
Tambah Mira dia dan suami juga tidak menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan kerana percaya kepada aturan rezeki.
“Untuk bayi kedua, kami ada rancang masa yang sesuai. Tapi, bukanlah merancang secara ketat atau terlalu terperinci.
Ads
“Kami tak ambil apa-apa langkah pencegahan. Kalau rezeki datang cepat atau lambat, kami tetap bersyukur,” ujarnya.
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Emir pada September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir pada tahun 2021.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh perihal mendidik anak, seringkali kita dengar ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mencoraknya kerana anak-anak itu ibarat kain putih.
Pun begitu bukan mudah untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Sering kali juga jika berlaku masalah berkaitan dengan anak, mulalah ibu ayah menyalahkan antara satu sama lain kerana kononnya tidak pandai mengajar anak.
Apatah lagi ada segelintirnya tidak sabar, akan mula lah bergaduh setiap hari hingga memberi kesan pada sikap anak-anak pula.
Bahkan menurut perkongsian Adlil Rajiah, ada suami isteri yang suka menyalahkan satu sama lain bila ada benda tak kena dengan anak.
“Anak suka marah2, ikut perangai awak la ni.”
“Anak ketagih gajet, sebab awak la ajar dia.”
“Anak kurang ajar sebijik macam awak.”
Kalau macam ni la cara kita handle conflicts, bila entah malaysia nak maju
Saling menuding jari, saling menyalahkan, saling mengungkit. Memang la takde apa yang akan selesai.
Apa yang kita dapat bila saling menyalahkan, menuduh, mengungkit depan anak2?
Habuk pun tak dapat.
In fact, hati anak2 makin pecah bila tengok mak bapak saling menjatuhkan maruah. Serta merta hilang rasa hormat terhadap mak bapak.
Dan lama2, anak pula yang terbawa-bawa perangai “suka menyalahkan orang lain”.
Itu ke yang kita nak?
Please, parents. Jangan diikutkan sangat ego, nafsu dan emosi tu. Stop being emotionally immature.
TERUS FOKUS FIKIR PENYELESAIAN
Bukan fikir salah siapa. Tak payah buat perangai ahli politik depan anak2. Kita jauh lebih matang daripada tu.
Everytime ada isu dengan anak, ingat—itu anak KITA. SAMA2 BERTANGGUNGJAWAB.
Ini lah masanya kita tunjuk pada anak— kebersamaan dan teamwork ibu bapa dalam menyelesaikan konflik.
Cari satu masa, duduk berdua, bincang.
Bukan argue siapa punca atau siapa salah.
Itu semua tak selesaikan apa2.
Anak kat depan mata kita sekejap je, tuan puan. Jangan buang masa bergaduh.
Dapat detect satu masalah, terus cari jalan.
Tak tahu, tanya. Baca buku. Cari ilmu.
Tanya pakar. Minta bantuan.
Jangan cakap takde masa.
Buat anak dulu ada masa pulak.
Peranan kita ialah bimbing anak sampai mereka BOLEH HIDUP TANPA KITA. Bukan buat diorang confused dengan perangai kita.
Cara kita dan pasangan mendidik anak tak semestinya sama, and that’s okay.
Asalkan halatuju tu sama.
In parenting, TEAMWORK IS KEY.
Baru lah anak tak keliru, tak hilang hormat, dan pandai handle conflicts.
Perangai anak2 ni tak datang tiba2, semuanya bersebab dan dibentuk setiap hari.
Kalau dah anak tengok mak bapak bergaduh dan saling menyalahkan setiap hari, what kind of behaviour yang kita expect daripada mereka? Takkan soleh solehah pulak?
Pulihkan apa yang di dalam diri kita sendiri dulu. Build positive and supportive husband-wife relationship, dan insyaAllah anak will follow accordingly.
Ingat, anak takkan ingat nasihat atau pengorbanan kita. Tapi mereka akan ingat sampai bila2—apa yang kita buat mereka RASA. Selamat termenung,
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Berkat kerja keras dan rezeki selepas kahwin, Ayda Jebat dan suami Nabil Mahir membeli sebuah rumah banglo tiga tingkat.
lebih manis lagi, rumah itu menjadi hadiah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang pertama, pasangan ini.
Berkongsi rasa syukur dan sebak, menurut Ayda Itu juga merupakan rezeki anak sulung mereka Ana Nayla.
“Alhamdulillah, bersempena ulang tahun perkahwinan pertama kami yang disambut 1 Januari lalu, kami berdua menghadiahkan kediaman ini kepada diri sendiri.
“Rezeki datang mencurah semenjak sebelum berkahwin. Selepas bekerja keras siang dan malam, kami berjaya membeli rumah yang diidamkan. Kami juga melihat ini sebagai rezeki anak kesayangan kami, Ana Nayla.
“Berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan serta peminat yang sentiasa menyokong, semuanya dipermudahkan. Syukur kepada Allah yang memberikan rezeki tidak putus-putus,” ungkap Ayda lagi
Dia dalam pada itu enggan berkongsikan harga sebenar rumah tersebut.
“Bercakap soal harga, biarlah kami simpan sendiri. Apa yang penting, segalanya berbaloi apabila melihat rumah sendiri tersergam indah di hadapan mata kami.
“Sebelum kahwin kami dihujani rezeki, selepas bernikah pun kerjaya berjalan seperti biasa. Kami tak putus bekerja biarpun pandemik melanda, sangat bersyukur kerana rezeki selalu ada.
“Rezeki anak juga membuatkan perjalanan kami mahu memiliki rumah ini menjadi lebih lancar. Sewaktu saya hamil pada tahun lalu, saya aktif menjalankan pelbagai kempen,” tulis Ayda menerusi kapsyennya.
Suami isteri meninggal dunia kemalangan, baru selesai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“Mereka nampak teruja kerana dapat gambar raya yang siap dicetak hari itu juga. Saya turut menghantar salinan gambar ke telefon bimbit mereka yang menggunakan jenama iPhone. Semasa bergambar, mereka banyak ketawa dan sangat riang.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.