Misi Global Sumud Flotilla: Aktivis Britain dilapor hilang selepas ditahan di penjara. Aktivis kemanusiaan dan wartawan terkenal dari Britain, Yvonne Ridley, dilaporkan hilang selepas ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Misi Global Sumud Flotilla
Menurut laporan media pada Ahad, wanita berusia 67 tahun itu sepatutnya dipindahkan dari Tel Aviv ke Istanbul, namun tidak dapat dikesan selepas proses pemindahan tersebut.
“Keberadaannya ketika ini tidak diketahui,” lapor sumber berkenaan yang memetik kenyataan pihak terlibat.
Difahamkan, Yvonne bersama beberapa aktivis antarabangsa lain telah ditempatkan di Penjara Ketziot. Sepanjang tempoh tahanan, mereka didakwa tidak diberikan akses kepada ubat-ubatan yang diperlukan.
Aktivis Britain Dilapor Hilang Selepas Ditahan Di Penjara
Beliau hanya dibenarkan berhubung dengan pihak konsular pada Jumaat, dan laporan menyebut keadaan kesihatannya kini amat membimbangkan.
Ads
“Keluarganya telah dimaklumkan tentang layanan buruk diterima Ridley. Zionis merampas bekalan ubatnya dan menggantikan dengan ubat lain. Tetapi, dia enggan mengambilnya,” menurut laporan itu lagi.
Untuk rekod, Yvonne Ridley merupakan antara hampir 500 aktivis serta pempengaruh dari pelbagai negara yang menyertai misi kemanusiaan GSF. Misi tersebut bertujuan memecahkan kepungan haram Israel di Genting Gaza, namun kapal mereka dipintas sebaik sahaja memasuki zon merah perairan antarabangsa.
Keluarga kanak-kanak parah dipukul dengan tukul berdepan detik sukar, jantung mangsa terhenti 14 minit. Keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul kini melalui detik getir apabila mangsa masih berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) selepas enam hari dirawat.
Ibunya, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, memaklumkan pihak perubatan ada memberitahu bahawa jantung anaknya, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, terhenti seketika kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Menurutnya, pasukan perubatan sedang berusaha sebaik mungkin menyelamatkan Ammar yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Sementara itu, bapanya, Muhammad Badrul, merayu orang ramai agar mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kesembuhan anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’.
Katanya, dirinya buntu dan sukar menerima berita apabila dimaklumkan jantung Ammar terhenti selama 14 minit pagi tadi.
“Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Dalam tragedi yang berlaku Khamis lalu di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, Ammar dilaporkan menerima lebih 50 jahitan selepas diserang bapa saudaranya berusia 46 tahun menggunakan tukul.
Akibat kejadian itu, tempurung kepalanya retak di beberapa bahagian selain otaknya turut mengalami bengkak dan luka.
Manakala suspek yang menyerangnya kemudian ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi insiden berkenaan.
Kanak-kanak tercekik ‘gummy mata’ meninggal dunia. Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik mata meninggal dunia. Murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ mata dalam kejadian pada petang Selasa menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.
Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP meninggal dunia pada jam kira-kira 11 malam.
Perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, yang menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp.
“Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru ‘call’ saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.
“Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Permatang Binjai, Penaga, dijangka pada jam 11 pagi hari ini.
“Saya tidak ada di sana (HPP), jadi saya tak tahu maklumat lebih lanjut. Apa-apa saya maklum semula,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Mohamad Fahmi berada dalam keadaan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.
Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.
Wanita jual rantai emas untung RM16,404, dulu beli baru RM2,300. Ramai masih menganggap emas hanyalah untuk bergaya dan menambah seri penampilan, tetapi hakikatnya, emas merupakan aset bernilai yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.
Emas bukan sekadar cantik dipakai, malah boleh menjadi ‘simpanan diam-diam’ yang menguntungkan apabila tiba masanya untuk dijual semula.
Buktinya, seorang wanita telah meraih keuntungan bersih sebanyak RM16,404 hasil daripada seutas rantai tangan emas yang dibelinya lebih dua dekad lalu tanpa perlu melakukan sebarang kerja tambahan.
Kisah ini dikongsikan melalui satu hantaran di laman sosial TikTok oleh akaun fieshagold Menurut pemilik akaun tersebut, pelanggan wanita berkenaan telah membeli rantai emas tersebut pada tahun 2002 dengan harga RM2,314. Setelah 23 tahun, iaitu pada tahun 2025, emas itu dijual semula dan berjaya mendapat pulangan sebanyak RM18,718.
Tanpa perlu melabur semula atau mengusahakan apa-apa, wanita itu memperoleh pulangan bersih sebanyak RM16,404 — hasil kenaikan harga emas secara konsisten sepanjang tempoh itu.
“Bila jual balik emas tu, memang untung besar. Hanya simpan je, tapi hasilnya luar biasa!” ujar Fiesha dalam perkongsian videonya.
Pemilik akaun TikTok tersebut turut berkongsi bahawa pengalamannya bertemu pelbagai jenis pelanggan menjadi titik tolak kepada kesedaran tentang pentingnya simpanan emas.
“Bila kita banyak berurusan dengan pelbagai latar belakang pelanggan, barulah terbuka mata. Rasa rugi pula tak mula simpan emas lebih awal. Tapi, lebih baik mula sekarang daripada tak mula langsung,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa menyimpan emas bukanlah jalan singkat untuk jadi kaya, tetapi ia adalah strategi kewangan jangka panjang yang selamat dan stabil.
Kisah ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar barang perhiasan, malah ia adalah simpanan bernilai yang boleh memberikan pulangan luar biasa jika disimpan dalam tempoh yang panjang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas terus terbukti sebagai aset fizikal yang kukuh nilainya.
Simpan emas bukan untuk kaya serta-merta, tapi untuk masa depan yang lebih terjamin.
Emas bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan, malah dianggap sebagai aset berharga dan pelaburan jangka panjang. Nilainya yang stabil dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa menjadikan emas pilihan ramai, terutama ketika ekonomi tidak menentu. Namun, sebelum membeli emas, penting untuk kita kenali jenis-jenis emas yang ada di pasaran dan bagaimana nilainya ditentukan.
Emas 999 adalah emas paling tulen di pasaran, dengan kandungan emas sebanyak 99.9%. Ia dikenali juga sebagai emas 24 karat. Warnanya lebih kuning berbanding jenis lain dan lebih lembut, sebab itu ia jarang digunakan untuk perhiasan kerana mudah calar dan bengkok. Biasanya, emas jenis ini dijadikan jongkong atau dinar emas sebagai simpanan atau pelaburan.
Nilai:
Nilai emas 999 adalah yang paling tinggi kerana ketulenannya. Harga pasaran berubah setiap hari mengikut harga emas dunia.
Ini adalah jenis emas yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang. Kandungan emasnya adalah sebanyak 91.6%, manakala selebihnya adalah campuran logam lain seperti tembaga untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak.
Nilai:
Nilai emas 916 masih tinggi, tapi sedikit rendah berbanding emas 999 kerana campuran logam lain. Namun, dari segi praktikal, ia lebih sesuai untuk dipakai harian.
Jenis-jenis ini lebih banyak digunakan di luar negara, terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Kandungan emasnya lebih rendah kerana campuran logam lain lebih banyak. Warna emas juga kelihatan lebih pucat dan kadang-kadang dicampur untuk menghasilkan “rose gold” atau “white gold”.
Nilai:
Lebih rendah daripada emas 916 dan 999. Emas 750 (18K) misalnya, hanya mengandungi 75% emas tulen. Nilainya bergantung pada kandungan emas, reka bentuk dan jenama perhiasan tersebut.
Emas putih sebenarnya bukan emas tulen, tetapi campuran emas dengan logam putih seperti paladium atau nikel. Ia kelihatan lebih moden dan elegan, sering dijadikan cincin kahwin atau pertunangan.
Nilai:
Walaupun ada emas di dalamnya, nilai emas putih tidak setinggi emas kuning tulen. Harganya juga bergantung pada jenama dan reka bentuk.
Ini bukan emas sebenar, tetapi logam lain yang disalut dengan lapisan nipis emas. Ia lebih murah dan digunakan untuk aksesori fesyen. Namun, lapisan emasnya mudah tanggal selepas beberapa kali dipakai.
Nilai:
Hampir tiada nilai sebagai pelaburan. Tidak sesuai untuk disimpan atau dijual semula.
Memilih jenis emas bergantung kepada tujuan anda, sama ada untuk pelaburan, simpanan, atau perhiasan. Jika anda ingin melabur, emas 999 adalah pilihan terbaik. Untuk perhiasan harian, emas 916 paling sesuai.
Apa pun pilihan anda, pastikan anda membeli daripada penjual yang sah dan sentiasa semak harga semasa supaya tidak tertipu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.