Sudah hampir 20 tahun memiliki rumah idaman, tentu ada yang bercadang untuk melakukan ubah suai rumah. Antara yang turut menjadi tumpuan adalah tangga dalam rumah.
Sebagaimana perkongsian Puan Aina Syafiqka telah melakukan makeover tangga dirumahnya.
Menariknya hanya bermodalkan RM200, berjaya menjadikan tangga kelihatan menarik.
Makeover Tangga Dirumah Bermodalkan RM200 Sahaja Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy
1. Bersihkan dahulu tangga untuk pastikan ia kering sebelum melakukan undercoat. 2. Selepas itu, undercoat dahulu kesemua 2 layer
3. Habis semua 2 layer, barulah pergi ke proses mengecat colour. Start dengan warna putih dan hitam.
Ads
4. Disebabkan cat itu kena mix dengan hardener untuk tidak membazir kuantiti cat tersebut, saya bahagi kan jumlah cat untuk mix dengan hardener.
5. Saya tak bancuh terus 1 tin sebab kalau dah bancuh dan mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu. So nak jimat dan tak nak bazirkan duit & cat saya bahagi2kan ratio.
Hasil Selepas Cat
Inilah dia hasil selepas kesemua cat selesai digunakan. Lepas ni nak turun atau naik tangga pun nampak cantik dah. Tak perlu nampak macam tangga biasa lagi.
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerima kenyataan disahkan menghidap sakit kanser oleh doktor memang payah. Sesiapa pun pasti terasa tidak kuat saat berdepan dengan situasi ini.
Disebabkan rasa tidak percaya itulah ramai diantara kita yang lebih senang memilih rawatan altenatif, tidak kurang juga berjumpa dengan pihak tertentu yang dikatakan dapat memulihkan keadaan ini.
Kata Doktor Hj. Ezairy M.Sallih, sebenarnya tak salah untuk kita mencuba rawatan altenatif pada permulaannya. Akan tetapi temujanji dengan hospital dan semua yang disarankan oleh doktor jangan pula diabaikan. Ini penting!
Cerita dari doktor kita ni memang menyentuh hati. Sama-sama ambil ikhtibar.
“Darah dalam badan isteri awak ni rendah sangat… sangat rendah.. dia memang akan saya tahan di wad,”
“Buatlah apa yang terbaik pada doktor, saya ikut saja,”
Saya belek-belek rekod lampau pesakit ini. Umur tiga puluh empat tahun. Known case of breast cancer, planned for chemotherapy and referred to oncology in february…hmmm..”
Saya menghela nafas panjang. Saya teruskan pembacaan secara ringkas.
“She was given appoinment to see onco team in March.. but she didnt turn up.. defaulted!!”
Saya segera ke katil pesakit. Saya dapat lihat beberapa pesakit lain turut sedang di rawat di zon kuning. Semua tidak stabil.
“Encik, saya baca rekod isteri… nampaknya kami pernah jumpa isteri encik pada februari lepas. Kami bagi temujanji dengan doktor
bahagian onkologi. Kenapa tak datang ya?”
Saya sekadar mahukan kepastian.
Lelaki itu tertunduk. Dia hela nafas dalam- dalam…
—————————————-
“Isteri kamu ni kena buatan orang, nasib baik cepat dibawa berubat,”
Otak yang berserabut terasa lega. Seakan ada ‘penawar’ yang dapat menyembuh. Seolah ada sinar di hujung jalan. Seakan ada pintu di hujung lorong yang sangat gelap.
“Alhamdulillah, kalau macam tu…boleh ke ubatkan isteri saya ni tok,”
Lelaki itu banyak berdiam. Sekali kali mulutnya terkumat kamit. Tak jelas kedengaran bacaannya. Sukar sangat untuk difahami.
Sekali kali dilihat ia menghembus hembus nafasnya. Sekali kali menggeleng geleng. Sekejap kejap terangguk angguk.
“Jangan dibuat apa- apa dengan isteri kamu ni. Aku akan berikannya air penawar, minumlah.. ”
Saya menghela nafas panjang.
“Astaghfirullahal’azim…”
“Tak apalah, encik. Buat masa ini saya kena selamatkan isteri encik. Keadaannya sangat tak stabil sekarang,”
“Kami akan upgrade dia ke zon merah selepas ini,”
“Dr Ezairy, kami baru dapat call dari blood bank. Darah patient ni tak boleh transfuse dulu. Ada antigen yang incompatible. So blood bank minta kita withold dulu,”
Panggilan salah seorang doktor di jabatan kecemasan itu benar- benar mengganggu saya.
” Hb is only 2.8 and they asked us to hold the transfusion??” “They said they will try to get it as soon as possible,” Kriing.. kringgg…. kringgg
“Helo hi Dr Ezairy. Dr Nabihah here. I just want to update you that we now are able to get 1 pint packed cell for your patient, and we will try to get another pint tonight,”
“Huh…Saya merengus sendiri. Once stable, admit this patient…” pendek arahan saya.
————————————-
Keesokan harinya saya lihat keadaan pesakit dengan lebih dekat. Saya luangkan sedikit masa untuk menyelami keadaan pesakit dan keluarga.
“Kami ada empat orang anak doktor.. yang sulung enam tahun.. paling kecil baru dua tahun,” ujar si suami. Dia nampak tabah.
Dari sehari ke sehari keadaan pesakit semakin tidak stabil. Daripada hanya memerlukan oxygen nasal prong 3 litre, sehingga memerlukan oxygen maximum high flow mask.
Beliau nampak tercungap cungap ketika saya melakukan rondaan bersama doktor yang lain.
“Daripada x-ray yang kami buat, besar kemungkinan sel-sel kanser itu dah merebak ke bahagian tulang-tulang dan paru-paru, sebab itu juga isteri awak nampak susah untuk bernafas..”
“Kalau rasa nak bawa ahli keluarga atau anak anak, bolehlah bawa. Kami izinkan..”
Saya boleh lihat keempat-empat anaknya sudah berada di sisi si ibu. Ya… si ibu yang sedang berjuang mempertahankan kudrat dan nyawa yang terdaya.
Air mata menitis di atas pipinya. Kesemua anak anak kecil itu tak mengerti apa- apa. Wajah mereka kosong. Tak ada apa-apa kata yang mampu terluah.
Hanya pilu dan bermacam macam perasaan yang bercampur- baur di saat itu. Saya tinggalkan mereka sekeluarga sekitar jam lima petang.
————————————-
Saya kembali ke wad membuat rondaan pagi sebagai rutin harian pada keesokan harinya. Katil bernombor sembilan kosong…
Tiada pesakit. Hanya sebuah bantal dan cadar putih bersih sahaja di atas katil itu.
Nama pesakit juga telah dipadam. Saya segera periksa dokumen- dokumen pesakit.
“Innalillahiwainna ilaihirajiun…” DaripadaNya kita datang
KepadaNya kita juga kembali..”
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
[Al Jumu’ah:8].
****************************************
** Saya pernah kongsi kisah ini sebelum ini. Tiba-tiba rasa ramai lagi antara kita yang perlukan kesedaran. Bantulah mereka, kalau bukan kita , siapa.
Dr. Hj. Ezairy M.Sallih
Hidup untuk memberi jauh lebih bererti walau kita belum cukup sempurna.
Kredit: Dr. Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali si ayah mahupun ibu berkongsi perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini, pasti ramai yang melahirkan rasa sebak. Tak kurang yang mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah supaya membesar dan sihat seperti kanak-kanak lain seusianya.
Terbaru, ibunya Nurul Erwani Zaidi berkongsi gelagat Ainul bersama adiknya, Umar yang cukup mencuit hati. Dalam video pendek tersebut, kelihatan si adik cuba menarik dan mengambil botol yang berada dalam pegangan Ainul.
Waktu itu, Ainul sedang minum susu sambil memegang botol. Manakala si adik sedang bermain-main di tepinya.
Yang menjadi pujian bila mana Ainul nampak tenang dan langsung tidak marah walaupun si adik menarik-narik botol ditangannya.
Bahkan, Ainul membiarkan adiknya mengambil botol tersebut. Malah Ainul siap menutup botol tersebut sebelum diberikan kepada adiknya itu. Sweetnya kak Ainul ni!
Gelagat dua beradik ini mengundang perhatian daripada warga maya. Rata-rata memuji tindakan Ainul yang nampak cukup penyayang dan sabar melayan adiknya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.