Kek minyak memang cukup digemari ramai, resipi yang simple dan cara buat pun mudah.
Jika ibu-ibu teringin nak buat untuk minum petang atau sajian hujung minggu nanti, boleh lah cuba resipi ini.
Menggunakan bahan yang mudah dan caranya pun tidak rumit. Guna pengisar pun dah boleh dapat kek yang gebu Dan lembut. Nah admin kongsikan resipi daripada puan Masni Bahari
Kek minyak sunquick kukus..alhamdulillah menjadi dgn gebunya…ada yg suka x🙋♀️
Edit resepi..
Kek Minyak Sunquick Kukus
Bahan-bahan
4 biji telur..
2 cawan tepung gandum..
Ads
1cawan gula..blend halus
1 cawan susu cair..
1cawan minyak masak..
1sudu besar ovelet..
1sudu besar baking powder..
3 sudu besar pati sunquick..nak lebih silakan
Ads
Skit pewana oren..
Caranya..
Satukan semua bahan kecuali tepung minyak susu cair..mixer bahan td sampai jadi putih gebu. Kemudian, baru tuang susu cair minyak..mixer sebati baru tuang tepung..adun sebati.
Sapu minyak skit dekat loyang alaskan dgn kertas minyak..pastu kukus selama 45minit sampai masak na.
Pastikan air betul2 mendidih baru letak adunan kek tadi. Siap!
Tentu ada yang rindu nak makan Cucur Udang. Cucur udang yang rangup pasti sedap dimakan begitu sahaja. Tak perlu cicah dengan sos pun sedap sangat.
Dalam tempoh total lockdown ni banyak restoran tidak beroperasi. Jadi buat yang teringin nak makan cucur udang ni apa kata buat sendiri.
Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandi’ minyak.
Resipi ni memang superb rasa memang rangup krup krap dan tak ‘bermandi’ mintak. Ikuti resipi berikut, boleh lah buat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Resepi Cucur Udang Rangup
Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni.
BAHAN
1. Tepung gandum – 2 cawan
2. Tepung beras – hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis – segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis – 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)
CARA
1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis.
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang
Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Benar, membaca perkongsian daripada guru ini membuatkan air mata akan tumpah dengan sendirinya. Membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung oleh anak remaja bernama Manaf Aziz, buatkan kita terkasima.
Saat dirinya memerlukan dorongan, sokongan dan doa daripada seorang ibu untuk mempersiapkan diri berjuang sebagai calun peperiksaan SPM 2018, dan waktu itu juga dirinya diuji bila mana ibunya dijemput oleh sang pencipta ke negeri abadi.
Namun dengan rasa tenang, ikhlas dan sifat menerima yang ada di dalam dirinya, menjadikan anak remaja ini cukup luar biasa semangatnya. Mampu bangkit penuh semangat dan akhirnya membuktikan 10A adalah miliknya.
Kisah luar biasa ini dikongsikan oleh Cikgu Nor Zulfarizah Zulkipli, semoga memberi inspirasi buat semua.
Kisah ini ditulis sebagai sumber inspirasi. Sudah berapa banyak airmata tumpah kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkahlakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya- 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yang introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. Saya bertanya kenapa?
Ibunya meninggal selepas sahur pagi tadi. Allahuakbar.. Saya mencarinya mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan. Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “Abangchik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. Dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. Itulah harapannya.. itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila sampai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. Dia tidak menangis, yang menangis rakan-rakannya. Kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yang kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah. Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yang berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing-masing. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? Makan apa sahur? Menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia. Dia duduk di belakang sahaja tanpa bapanya. Ayahnya tiada kenderaan hanya ada basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yang selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 Jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yang paling berkat daripada kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cikgu Azira dan cikgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. Minta dihalalkan ilmu. Datang dia berkata ‘ Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. saya tiada ibu untuk doakan saya ni. Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+.
Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis. Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik.
Pada hari ini, dia anakanda 5 Jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu. Semoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga dipermudahkan.
Ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan. Kami menitiskan airmata melihat Manaf. Sukarnya dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan.
Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu. Cikgu sayang semua anakanda 5 Jasa dan 5 Budi 2018 dan semua 102 calon SPM Shah Pekan 2018.
Tahniah semua. Kenang cikgu dalam doa kalian.
Garam Celtic ketika puasa dikatakan boleh kurangkan rasa haus, tetapi benarkah ia berkesan? Ketahui penjelasan doktor dan fakta sains sebelum anda mencubanya sepanjang Ramadan.