Kreativiti juga diperlukan dalam menyediakan biskut agar lebih mudah disediakan dan nampak sempurna di atas meja hidangan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Norliala Nazira tentang bagaimana trik yang dilakukan untuk hasilkan bentuk biskut Nutella Pod ini. Hanya dengan menggunakan bahagian belakang picagari yang bentuk bulat apabila di tekan pada adunan biskut yang telah dibulat-bulatkan menghasilkan bentuk yang begitu sempurna. Memang terbaiklah idea ni!.
Nak tahu bagaimana, jom semak.
“Bahan senang je tapi memang menghasilkan biskut yang sedap.”-Norlailanazira Mohd Agos
Nutella Pod
250g buttercup
200g gula kastor
Esen vanilla
Satukan bahan diatas. Saya guna spatula/senduk kayu je. Dah sebati masukkan
Ads
1 biji kuning telur.
Gaul lagi kemudian masukkan
350g tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
Sebatikan semua dan akhir sekali masukkan
Ads
50g serbuk almond
Sebatikan dan boleh bentukkan.
Bakar 25 minit suhu 160 bergantung pada oven masing-masing.
Ads
Dah sejuk, paipkan nutella dalam pod tu dan sedia untuk dimakan!
sumber : Norlailanazira Mohd Agos via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita beruntung ada banyak jenis hidangan nasi. Bila pergi kenduri, tak selalunya orang hidang nasi minyak. Ada yang hidang nasi hujan panas, nasi tomato termasuk nasi mandy walaupun bukan menu Melayu.
Kadang-kadang teringin nak rasa menu nasi yang tak pernah cuba lagi. Ala thai, ala arab atau ala china? Eh tapi semua tu ada ke menu untuk nasi? Tentu lah semua bangsa pon ada menu nasi tersendiri termasuklah mat salleh kan.
Kalau nak cuba menu baru boleh cuba menu nasi khomok. Apa tu nasi khomok? First time dengar ke? Nasi khomok ni berasal dari Thailand atau Siam. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
Biasanya orang Kelantan dah pernah makan. Tambah lagi yang selalu pergi jalan-jalan di kawasan Golok dan Rantau Panjang. Haa dah dengar penjelasan ni tak terliur ke nak cuba? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan di bawah.
BAHAN-BAHAN:
-Ayam dipotong, cuci bersih dan kemudian toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
-4 batang serai
-Ketumbar
-Kunyit hidup & serbuk
-1 labu bawang putih
-Halia
-1 sudu tepung gandum
-Sedikit pewarna merah
-Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK AYAM:
-Kisar bahan perapan dan gaulkan pada ayam
-Biar perap selama satu jam dan goreng ayam
BAHAN NASI KOMOK:
-1kg beras basmati yang dibersihkan kemudian toskan
-Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit)
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
CARA MEMASAK NASI:
-Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau
-Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras
-Letak gula, garam atau secukup rasa
-Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
-2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
-1 sudu serbuk kunyit
-1 sudu serbuk jintan manis
-1 sudu serbuk jintan putih
-1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN:
-Satukan semua rempah
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
-3-4 ulas bawang putih
-4 biji cili merah
-5-6 biji cili padi
-Akar daun ketumbar
-Sedikit garam
-Gula
-2 sudu cuka
-Air
CARA SEDIAKAN SOS:
-Kisar halus semua bahan-bahan
-Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar
Tidak dinafikan penggunaan enssential oil atau minyak pati seakan menjadi trend kini. Ada yang sanggup berhabis ratusan ringgi semata-mata untuk membeli haruman semulajadi.
Ia adalah ekstrak caik dari pelbagai tumbuahan yang didakwa memberi aroma yang wangi dan menenangkan . Ia termasuk dapat meredakan tekanan, menghilangkan sakit kepala dan migrain, menghalau serangga serta ada jufa bersifat antiseptik.
Minyak pati ini digunakan dalam tiga cara iaitu melalui diffuser, terus ke kulit dan secara oral. Apa pasti minyak pati dianggap semula jadi dan selamat ini didakwa tetap mempunyai gabungan sebatian dan bahan kimia yang agak tidak selamat untuk kesihatan termasuk berkaitan dengan hormon.
Salah satu pandangan pakar menerusi sebuah website didakwa minyak lavender dikaitkan dengan pertumbuhan payudara dan datang bulan pada usia seawal tujuh tahun. Bagaimanapun kesan daripada pengunaan minyak pati walaupun jarang berlaku tetapi masyarakat harus diberi kesedaran mengenai hal berkenaan.
Dalam pada itu tular di twitter mengenai seorang pengguna yang melaporkan seorang kanak-kanak usia 6 tahun telah mengalami masalah pembesaran payudara.
Baru usia 6 tahun dah ada payudara
Okay disclaimer: what you’re about to read is not to finger point at any specific brand(s). Berlapang dada & awal-awal aku cakap, anyone can agree to disagree. She just asked me to spread this awareness. Masalahnya: (seperti dalam screenshot) pic.twitter.com/YSjYlT23p5
Mengikut kawan aku ni, anaknya ada masalah yang disebut. Bila doktor tanya penggunaan EO, di cakap yes. Dia memang guna for 2 years. pic.twitter.com/hITNOzhM09
Doktor bagitahu sebarang pewangi tidak sesuai untuk kanak-kanak
So dia tanyalah, ada ke specific brand? Doktor kata apa-apa pewangi pun. It’s actually not good for kids to use. Some EOs or any fragrance for the matter has phytoestrogens (flower related fragrance- I think this was what she meant).
So dia tanyalah, ada ke specific brand? Doktor kata apa-apa pewangi pun. It’s actually not good for kids to use. Some EOs or any fragrance for the matter has phytoestrogens (flower related fragrance- I think this was what she meant). pic.twitter.com/2WRhKkfRSp
So, doctor ambil darah sebab nak check estrogen and also xray tulang. Dia agak glabah sebab suami offshore, semua dia handle anak-anak sendiri dekat rumah. Imagine, anak period umur 7 tahun. Macamana dia nak explain?
So, doctor ambil darah sebab nak check estrogen and also xray tulang. Dia agak glabah sebab suami offshore, semua dia handle anak-anak sendiri dekat rumah. Imagine, anak period umur 7 tahun. 😳 Macamana dia nak explain? pic.twitter.com/eYHRNiCYS7
So, anak kawan aku kena undergo a few tests to see what is the main reason for her estrogen levels are beyond a normal 6 y/o. Aku rasa kesian gila sebab anak dia sendiri tak tahu kenapa kena pergi buat semua pemeriksaan ni. Dia pun tak reti nak explain macamana.
So, anak kawan aku kena undergo a few tests to see what is the main reason for her estrogen levels are beyond a normal 6 y/o. Aku rasa kesian gila sebab anak dia sendiri tak tahu kenapa kena pergi buat semua pemeriksaan ni. Dia pun tak reti nak explain macamana. pic.twitter.com/mb3deCWbUH
Aku rasa bab “people will take advantage of her” tu got to me really bad. Imagine, prone to become a bully victim, pedo predators, sex maniacs. Aku harap treatments pakar dapat bantu anak kawan aku ni. Kita doakan ya. pic.twitter.com/F3spcV3vRh
Dalam pada itu pendedahan ini memberi pelbagai komen dikalangan netizen termasuk melahirkan rasa kebimbangan.
Keluarga: Namun apa yang pasti essential oil ini ada baik dan buruknya. Walaupun ia dibuat berasaskan bahan semulajadi, ia boleh menyebabkan kesan sampingan bagi sesetengah individu. Jadi pastikan ia kesesuaiannya dengan anda dan ahli keluarga. Jika terdapat kesan sampingan segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.
Menerusi satu perkongsian di laman instagramnya, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi cerita perihal salah seorang pembantu rumahnya, dikenali sebagai Yati yang kini telah berhenti kerja.
Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Yati di hari terakhir perkhidmatan.
“Yati jaga arwah mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada mak saya! Kemuliaan dia menjaga mak saya, sangat buat saya malu.
“Saya sayang semua pekerja walau Indon & melayu, lebih-lebih lagi yang banyak jasa, berbuat baik dalam pekerjaan. Saya suka menguji kesetiaan pekerja.
“Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut, kalau boleh sependa pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil. Umur dia sebaya Kri (Aliff Syukri).
“Dia tak sedar saya rakam, saya pakai mic. 3 hari sebelum balik dia dah nangis hari-hari,” tulisnya lagi.
Akuinya Bonda lagi, apabila yang terbaik hilang, kosong jiwanya. Jujur mengakui dirinya tidak kisah apa status sekalipun, sebaliknya dia sayang kepada semua yang berbuat baik.
“Meskipun sejak buat rumah hutan, pekerja Indonesia saya rugi berjuta sebab bayar agen & buat permit, mereka tak setia, kabur atau selingkuh banyak tingkah susah uruskan mereka dibandingkan Melayu.
“Biarlah mereka, tapi saya kenang jasa mereka yang lain, kerana mereka yang terbaik, kami saling memerlukan. Masih ramai kenang budi baik saya, kami saling membalas budi!
“Tanpa mereka saya tak boleh kerja sejauh ini. Rumah hutan ni diterokai bersama orang Indonesia yg setia dengan bonda,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rozita berpendapat sebagai majikan seharusnya menghargai jasa pekerja terutama sekali kepada mereka yang baik dan setia.
“Semua orang ingin kehidupan yang baik, kita majikan juga mahu kehidupan yang baik. Mereka orang miskin yang setia dan baik. Hargailah moment terakhir dengan sedekah.
“Perkerja adalah jiwa & keperluan yang utama dalam life saya; nilai sayang, setia, amanah, team work adalah senjata kejayaan dalam rumah sampai keluar rumah,” luahnya lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.