Ada sesetengah keluarga yang cukup gemar dengan bubur yang satu ini. Kacang hijau dimakan panas-panas memang pembangkit selera. Apa lagi ditambah dengan durian, memang mantap rasanya.

Pun begitu proses memasak bubur kacang hijau ini memakan masa yang agak lama. Maklumlah nak kena empukkan kacang hijau juga mengambil masa yang agak lama.

Tapi bubur sedap ini pasti lebih cepat dimasak dengan menggunakan petua ini. Dalam tempoh masa 2 minit sahaja kacang sudah empuk dan bolehlah dimasukkan
gula merah dan santan. Menarik kan?

Mudahnya Sediakan Bubur Kacang Buat Anak-anak,  Kacang Hijau Empuk Secepat 2 Minit, Kena Cuba Tip Ni!

Jom cuba petua yang dikongsikan ini.

IKLAN

Caranya:

1. Kacang hijau dicuci bersih.

2. Kemudian masukkan kacang hijau ke dalam bekas dan isikan air. Jangan terlalu banyak cukup sekadar air tersebut menutupi permukaan kacang hijau.

IKLAN

3. Bekukan kacang hijau di dalam peti sejuk.

Mudahnya Sediakan Bubur Kacang Buat Anak-anak,  Kacang Hijau Empuk Secepat 2 Minit, Kena Cuba Tip Ni!
4. Keesokkan harinya, rebus air di dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.

IKLAN

5. Kemudian masukkan kacang hijau yang telah dibekukan tadi.

6. 2 minit kemudian lihat hasilnya, kacang hijau telah empuk dan bolehlah dimasukkan santan dan gula melaka untuk dijadikan bubur kacang.

Selamat mencuba.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI