Lama tak melihat kelibatnya di kaca TV usai melahirkan anak sulungnya. Mungkin sibuk menguruskan rumahtangga serta anaknya membuatkan Tasha Shila berehat seketika dari dunia lakonan.
Sementelah anaknya Raees Zander yang lahir pada 24 April Tahun lalu kini baru berusia 9 bulan da pastinya memerlukan perhatian lebih dari ibunya Tasha Shila atau nama Sebenarnya, Natasha Sheila.
Tasha baru-baru ini memuatnaik beberapa gambar terbaru Raees untuk tatapan para peminatnya. Turut dikongsikan kaletah si Raees yang tersenyum apabila diacah oleh bapanya, Muhammad Atif.
Rata-rata memuji kecomelan Raees terutama senyumannya yang bukan sahajq mencairkan hati Tasha dan suami, bahkan turut membuatkan netizen berasa geram melihatnya.
Dalam gambar tersebut, Raees nampak handsome dengan baju kemeja dan berseluar pendek.
Ramai memuji wajah Raees sememangnya kombinasi seimbang ibu dan bapanya. Bila serius macam wajah daddy dan apabila tersenyum macam wajah mommy. Comel nya!
Sungguh indah sebuah perkahwinan apabila pasangan sentiasa romantis walaupun sudah bergelar nenak atau tok wan. Kasih sayang yang utuh bukan sahaja kala diusia muda, namun masih segar sehingga ke akhir hayat.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Siti Suryani Yaakop dilaman facebooknya mengenai kisah romantis nenek dan arwah Tokwan begitu mendalam maknanya bagi mereka yang bergelar suami isteri. Malah sikap saling tolong menolong pun juga diterapkan dalam bagi menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Lebih menarik, teladan yang dipaparkan ini, diikuti oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Moga perkongsian ini bermanfaat bersama.
Bila ayah jadikan sang ibu seperti permaisuri,anak lelakinya akan jadikan isteri seorang puteri.
Arwah Tokwan saya ada satu sifat istimewa dalam mengistimewakan kedudukan nenek saya.
Arwah dulu kerja nelayan.2-3 hari dekat laut baru balik rumah.Bawa ikan besar-besar dan sedap-sedap.Ada ikan pari,ikan aji-aji,ikan merah.Paling sedap,ikan lumi.Berebut makan.Seronok!
Sebaik saja balik dari laut,Tokwan dan nenek duduk sama-sama selesaikan lauk di sinki.Kadang nenek halau Tokwan suruh mandi.Yelah.Kan baru je sampai.
Itu biasa. Ramai lelaki rajin urus lauk basah.
Yang ini bahagian yang luar biasanya!
Saya selalu perhati yang arwah Tokwan ni suka betul berkepit dengan nenek. Mana nenek duduk situlah Tokwan duduk.
Kalau nenek pergi angkat baju di ampai,Tokwan ikut. Sama-sama angkut baju masuk dalam rumah.
Masa nenek lipat baju,Tokwan akan duduk disebelah. Kadang beliau tolong lipat.Kalau tidak,saja-saja duduk layan nenek berbual.
Bila nenek nak masak,biasanya nenek bawa barang masak ke ruang tamu.Kat situlah nenek kupas bawang,sayur,cili kering.Kalau Tokwan rajin,dikupasnya bawang seketul dua.
Adakala Tokwan penat.Beliau nak baring-baring.Pun begitu,nanti diangkat bantal dan baringlah Tokwan disebelah nenek.
Ada masa nenek hilang dari pandangan. Kadang sedang mengutip limau dibelakang dapur.Tidak pun sedang sibuk bagi ayam makan di laman.Masa ni Tokwan akan memanggil…’Ah,awak kat mana?’
Ah tu panggilan manja untuk nenek.
Selagi tak jawab,selagi tu Tokwan akan panggil tanpa henti.
‘Saya kat sini.Kenapa?’ Kadang naik angin nenek dibuatnya. Tak boleh hilang kejap.
Tinggal pun bila nak ke laut,atau ke surau,atau atas urusan jemputan yang Tokwan perlu pergi sendirian.
Manis sekali…..
Begitulah saya tengok pakcik-pakcik saya diperturunkan sifat yang sama.
Dekat mana isteri lepak,situlah suami ada.Walau punya anak ramai pun (family kami memang besar),masih punya ruang dan masa berbaring di riba.
Bagaimana tidak lokeknya Tokwan memberi masa pada nenek,begitu saya lihat pada ayah dan pakcik-pakcik saya.
Balik dari pasar,terus ke dapur.Semua lauk siap dibersihkan,diselawat dan disimpan.
Setakat masuk dapur masak bila isteri sedang bekerja,out station atau saja kepenatan,tak jadi masalah.Selesai.
Kalau hari raya,ada lauk yang makcik masak,ada lauk yang pakcik masak.Kami anak saudara tukang order,tukang makan.
Apa saja urusan rumahtangga pun begitu.Tiada istilah itu kerja isteri,ini kerja suami.Mana yang tak siap,sama-sama bantu.
Sekarang sikap begitu jatuh pula pada sepupu sepapat lelaki saya.Yang dah kahwin masih macam orang bercinta.Selalu duduk berdua.
Yang kecil-kecil pula dah pandai masuk dapur.Setakat goreng ikan,telur,potong sayur,basuh pinggan…boleh diharap. Sebab dekat rumah,ayah-ayahnya rajin.
Rajin tolong. Rajin pesan juga,tolong mak!
Betul.Ibu boleh mendidik.
Tapi..bila sang ayah turut sama mengangkat darjat si isteri ditempat yang tinggi,impaknya lebih besar dan dalam.
Anak-anak memandang ibu seperti permaisuri.Arahannya perintah.Ia mesti dipatuhi.Tiada basa basi.
Dan akhirnya,selepas berkahwin,mereka melayan isteri dengan cara terhormat yang sama.Isterilah teman,isterilah suri.
Terima kasih Tokwan……. Kasih sayangmu berbekas sampai kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita ini jiwanya ‘fragile’ mudah tersentuh dan beremosi. Jika tidak dapat mengendalikan diri dengan sempurna boleh memberi tekanan pada diri.
Sehubungan itu, wanita sibuk mana pun memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Masa ini juga digelar ‘me time’ menjadi terapi buat diri wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga.
Apa yang merisaukan, apabila wanita mula mengalami tekanan hingga memberi impak kepada orang sekeliling termasuk suami dan anak-anak.
Hati-hati bila ada tanda ni, jika ada cepat-cepat cari masa untuk berehat atau melakukan aktiviti yang disukai. Jangan sampai makan diri, nanti keluarga binasa. Apa pun buatlah kata hati, jika rasa penat, berehatlah dulu, tenangkan minda agar dapat menguruskan keluarga dengan sempurna.
Tanda-tanda isteri sangat perlukan me-time
– Mudah menjerit Bila tahap irritability meningkat, anak silap sikit je dah mampu buat kita menjerit. Makin sibuk, makin tinggi tahap irritability. – Cepat sentap Tak boleh silap cakap sikit, melenting. Walaupun tahu anak tu tak sengaja tapi tetap rasa sentap. – Susah nak sangka baik Cepat nampak anak nakal, degil, lasak dan buas sedangkan sebenarnya anak tu nak bermain, nak perhatian dan nak manja-manja je. – Rasa tak tenteram Hidup serba tak kena. Buat kerja pun rasa tak syok. Itu natijah jiwa yang sering di abai dan tak di nurture sebaik-baiknya. – Suka cari gaduh Bila otak dah tepu, semua benda jadi tak kena. Bukan dengan anak je, dengan pasangan pun boleh jadi bergaduh kalau ada tak kena di mata. – Cakap kasar Ibu yang ayu dan lemah lembut pun boleh berubah cara cakapnya jadi kasar dan kesat. Bahasa kau aku dengan anak. Ini antara kesan dari burnout berpanjangan.
Masa untuk bertenang
Me-time la sebelum ia menjadi parah! Buatlah sekali sehari. Tak dapat sehari sekali, buat la seminggu sekali. Tak dapat seminggu sekali, buat la sebulan sekali. Tak dapat juga sebulan, buat la walau sekali pun bila ada peluang. Lebih baik buat dari tak buat langsung. Sungguh itu la big faktor sikap kita jadi baik atau teruk.
Cerita yang menarik apabila disampaikan, memang mudah mendapat perhatian orang yang berada disekeliling.
Sebenarnya, bermula daripada zaman kanak-kanak hinggalah remaja dan mahu pun orang dewasa, semua seronok untuk bercerita dan mendengar cerita.
Jadi sebab itu juga, ibu ayah suka bercerita malah menjadi rutin harian untuk membacakan buku cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.
Hal ini bukan sahaja memberi keseronokkan, malah banyak lagi kesan baik yang diperolehi dengan bercerita bersama anak-anak.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Simple tapi beri impak besar dalam hidup anak anak.
Bercerita ni antara satu teknik parenting yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang di panas. Beribu tahun berlalu tapi teknik ni masih lagi releven dan berkesan.
Ini antara manfaat selalu bercerita pada anak :
1 – Bonding Kuat
Ada kajian pada 2008 yang membuktikan bahawa dengan bercerita dapat meningkatkan rasa selamat dan percaya anak pada mak ayah. Makin kuat la bonding lepas tu.
2 – Tajamkan Listening Skill
Pakar kanak-kanak mengatakan bahawa Listening skill ni adalah lebih penting dari membaca. Bila anak ada listening skill yang tinggi, mudah la dia nak belajar apa-apa nanti.
3 – Boleh Tingkatkan IQ Anak
Ini mengejutkan, ada kajian pada 2013 yang di buat pada bayi baru lahir sampai usia 9 bulan. Setiap hari mereka bercerita dan bercakap pada bayi tersebut. Kesannya bayi tersebut cepat bercakap dan perkembangan kognitif meningkat.
Ada juga kajian yang mengatakan bahawa kaedah bercerita ini patut di teruskan sehingga anak berumur 14 tahun, kerana “verbal interaction” seperti ini dapat meningkatkan lagi IQ dan kamus bahasa anak.
4 – Tingkatkan Attention Span
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah memang susah nak fokus dan lemah Self-Discipline. 5 minit nak duduk setempat memang susah. Bila selalu bercerita ni kita boleh latih daya fokus anak dan tingkatkan attention span dia. Makin best kita bercerita makin lama la dia duduk beri perhatian.
5 – Baik Untuk Perkembangan Sosial & Emosi
Latih “coping skill” dalam diri anak anak. Sebelum anak masuk sekolah kita bercerita pada dia tentang sekolah, tentang zaman sekolah kita dan dari bercerita ini anak jadi lebih bersedia emosi dan mental untuk bersekolah berbanding anak yang tak pernah di ceritakan.
6 – Tingkatkan Kreativiti
Bahan penceritaan yang kreatif dapat mengembangkan lagi daya imaginasi anak anak. Sebab tu la banyak cerita fairytale wujud, semuanya untuk mengalakkan lagi daya imaginasi mereka.
7 – Hilangkan Stress
Ini dah terbukti secara saintifik, sebarang Verbal Interaction seperti dengar dan cakap dapat mengurangkan hormon stress dalam badan. Bukan anak sahaja bahagia, kita yang tukang cerita ni pun turut tumpang bahagia juga.
Secanggih mana pun teknologi sekarang, canggih lagi buku dan kertas putih ni.
Telefon sebiji belum tentu lagi boleh buat anak jatuh cinta pada kita.
Tapi kertas sekeping ni jika best ceritanya anak yang susah dengar kata pun boleh jadi baik sebaik baik anak. Inilah rahsia buat anak jatuh cinta pada mak ayah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.