Mural gergasi beberapa potret pemimpin negara pada dinding sebuah bangunan kedai yang dahulunya menjadi tumpuan kini lenyap angkara perbuatan terkutuk dua wanita yang telah menconteng lukisan tersebut.

Perbuatan terkutuk itu disedari oleh seorang pekerja restoran di kawasan berkenaan yang kebetulan melalui lokasi mural yang terletak di  Taman Cahaya Alam Seksyen U12 itu kira-kira 8 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian vandalisme tersebut dan siasatan akan dijalankan pihaknya bagi menjejaki pelaku.

Polis sedang mengenal pasti dua individu dipercayai wanita yang terbabit dalam perbuatan vandalisme dengan menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara itu.

Tambahnya, dua individu itu dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada bangunan kedai berdekatan lokasi kejadian.

Mural Potret Pemimpin Negara Jadi Mangsa Vandalisme, Dua Pelaku Wanita Diburu Pihak Berkuasa

IKLAN

“Kami sedang mengesan mereka… Beri masa kepada polis untuk menyiasat perkara ini dan diharap mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Siasatan berkaitan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 504/427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, seorang daripada tiga pelukis mural tersebut, Muhamad Firdaus Nordin, 26, menyifatkan insiden itu sebagai usaha mensabotaj karya seni mereka yang mengekspresikan penghargaan kepada pemimpin negara menerusi lukisan.

“Ini perbuatan keji dan dengki. Kami berasa amat terkilan terhadap kejadian ini. Berdasarkan pengamatan saya, contengan tersebut dilakukan menggunakan penyembur warna,” katanya.

IKLAN

Mural Potret Pemimpin Negara Jadi Mangsa Vandalisme, Dua Pelaku Wanita Diburu Pihak Berkuasa

Muhamad Firdaus berkata beliau secara peribadi tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan pihak tertentu atas motif politik susulan terdapat komen-komen negatif menerusi media sosial pada Ahad.

Susulan perbuatan itu yang merosakkan kesemua mural termasuk potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam terpaksa mengecat semula dinding tersebut dengan warna putih, sekali gus memadamkan kesemua potret.

IKLAN

Selain potret Yang di-Pertuan Agong, wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri, serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menghiasi dinding berkenaan.

Mural Potret Pemimpin Negara Jadi Mangsa Vandalisme, Dua Pelaku Wanita Diburu Pihak Berkuasa

Pada 10 Julai lepas, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli menyaksikan sendiri mural gergasi potret baginda pada bangunan berkenaan sebagai menghargai usaha murni golongan belia. Ini disusuli dengan kunjungan Dr Noor Hisham beberapa hari kemudian.

Mural itu adalah hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun.

SUMBER : BERNAMA

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI