Melihat masih ada anak-anak yang belum lancar menghafal sifir, sudah tentu akan akan memberi kesan rasa rendah diri dikalangan rakan sebayanya.
Anak-anak mungkin tak tunjukkan sebarang tanda, tak bagitahu pada kita. Tapi perkara ini memang berlaku.
Lama kelamaan, minat mereka pada subjek Matematik akan meluntur. Terus tak minat nak belajar. Kerja rumah pun tak siap. Berbeza dengan subjek yang mereka minat. Cepat sahaja mereka selesaikan.
Jadi, bantu lah anak kalian untuk hafal sifir. Boleh kata setiap tajuk bagi subjek Matematik memerlukan sifir. Jika tak hafal, mereka akan tanam dalam kepala mereka yang Matematik ini susah.
Ikuti perkongsian tip oleh Muhammad Hakim yang juga guru matematik. Boleh praktikkan pada anak di rumah!
TIP BERKESAN HAFAL SIFIR.
Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini saya nak kongsikan langkah-langkah yang saya praktikkan untuk anak murid di sekolah. Ianya berkesan!
Sendiri-sendiri.
Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali.
Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.
1 x 2 =2
atau
2
4
6
8
Bagi saya mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi saya lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.
Tulis.
Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.
Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.
Segi tiga
2 2 2 2 2 2 2 2
4 4 4 4 4 4 4
6 6 6 6 6 6
8 8 8 8 8
101010
Ads
1212
14
Baris
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Kalian boleh tengok contoh pada gambar.
Ads
Pasangan.
Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.
Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.
Latih tubi.
Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya saya suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, saya panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.
Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?
Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang saya dah buat tu. Berkesan!
1 hari 1 sifir.
Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!
Baca di perhimpunan.
Budak-budak ni suka show off. Bagi saya tak salah kalau benda ni boleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memang tak boleh buat main. Dimarahnya saya balik sebab tak panggil mereka baca sifir di tapak perhimpunan.
Cuma cara saya, saya akan inform mereka pagi itu tanpa pengetahuan orang lain yang dia akan dipanggil. Saya nak dia bersedia dan tak nak isu memalukan di hadapan nanti.
Bakar line.
Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, saya akan bakar line.
“Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”
Tercabar lah beb. Haha.
Satu hari nanti saya akan buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!
Pesan.
Setiap hari saya tinggalkan pesan betapa pentingnya sifir.
Ads
Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.
Rotan.
Ini sebagai ‘catalyst’ dan ia sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu!
Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.
Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Ini antara langkah-langkah yang saya guna. Semoga ianya membantu.
Bagi saya, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.
Musim cuti sekolah begini, mandi kolam antara satu kemestian bagi anak-anak. Tambahan pula jika ke tempat-tempat yang ada kolam renang. Rasanya tak sah kalau tidak mandi kolam kan.
Selepas seharian bermain di kolam renang — anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja “jumpa” air.
Ini situasi biasa, namun yang tidak kita jangka adalah keadaan anak selepas mandi manda ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian.
Kejadian tersebut dialami oleh Cassandra Jackson, 41 tahun. Memetik laporan ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.
Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.
Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!
Mati lemas sekunder
Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.
Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.
Apa itu mati lemas sekunder?
Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein — mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru. Ia mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang.
Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.
Tanda-tanda mati lemas sekunder
Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.
Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
Batuk
Sakit dada
Sukar bernafas
Kelihatan amat letih
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
Anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:
Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan “tertelan” air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak peka
sumber: TheAsianParentMalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelengkapan dapur yang berkarat sering dialami oleh kaum wanita. Nak memasak dengan kesan karat tentu membimbangkan.
Ini kerana peralatan berkarat boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan karat yang boleh dilakukan dengan mudah.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, puan Yati Eimra hanya mengunakan tiga bahan sahaja untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh suri rumah.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni.
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama
Kegunaan sembutan homemade serbaguna ini
Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan ? Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
2. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
3. Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun ?
4. Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
5.Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
6. Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
7. Spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’
8.Kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Sumber: Yati Eimra
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam sebuah keluarga pasti ada yang mempunyai sifat kelembutan apabila bercakap atau bergaul.
Kali ini, tular juga sebuah video di media sosial yang memaparkan pelakon yang sedang hangat, Mierul Aiman memperkenalkan ahli keluarganya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna akaun Tiktok @givemehug1_, Mierul dikatakan hanya perkenalkan ayah, kakak dan adik-adiknya ketika ‘live’ sahaja.
Memetik laporan Xtra, video yang berdurasi beberapa minit itu juga meraih sebanyak 250,000 tontonan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet cair dengan kelembutan Mierul ketika bercakap dengan keluarga.
Sebelum ini, Mierul Aiman mula dikenali setelah drama bersiri Projek: High Council berjaya mendapat perhatian ramai.
Terdahulu Mierul juga telah melibatkan dirinya dalam industri seni dengan menyertai pertandingan Hero Remaja pada 2021.
Sumber: Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di