Melawan tanda penuaan yang biasanya semakin hari akan terlihat seiring usia yang meningkat seakan tidak pernah berhenti untuk diusahakan.

Nak Awet Muda! Ada Cara Paling Murah &  Sudah Dibuktikan.

Lebih-lebih lagi bagi wanita,  semahunya jika boleh biarlah tanda-tanda penuaan seperti garisan halus dan kesan kedutan dapat dilengahkan daripada terlihat diwajah.  Dalam kata mudah,  ingin kekal and awet muda!

Kini bukan lagi rahsia, semua seakan tahu memang ada petua untuk kekal awet muda.  Umumnya,  orang dulu-dulu memang telah amalkan iaitu makan ulam-ulaman.  Tapi ulam yang mana satu paling baik untuk kita kekal muda?

IKLAN

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Nak Awet Muda! Ada Cara Paling Murah &  Sudah Dibuktikan.


Terdapat 2 kaedah yang boleh kita amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ini iaitu:

IKLAN

1. Makan Begitu Sahaja
– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
– Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

2. Minum air rebusan
– Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
– Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
– Bila mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

IKLAN

Kita juga boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Semoga anda nampak lebih muda daripada biasa dan yang pastinya kos untuk cantik dan muda ini cukup murah!

sumber :Petua Ibu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI