Tak ada modal untuk hiasa rumah, itu bukan satu masalah. Kalau kreatif segalanya mudah. Itulah yang dikongsikan oleh di pageTukang Apa Hari Ini, oleh Mohd Akmal Azizi. Lelaki ini berkongsi cara membuat sendiri rak dengan menggunakan beberapa bahan yang sangat mudah untuk didapati.Rak tersebut digunakan untuk meletakkan televisyen, simple je tapi tampak sangat cantik dan kemas walaupun hanya didirikan dengan menggunakan PVC.
Nak tahu caranya, jom tengok perkongsian ini. Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ny projek asal bole letak tv jeee…
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon terkenal, Norman Hakim memuatnaik video membuat kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza.
Dalam kapsyennya, aktir berbadan sado ini turut menitipkan ucapan khas buat isteri kesayangannya itu
Tulis Norman, dirinya sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk membahagiakan orang yang dicintainya itu.
Kelihatan majlis sambutan hari lahir Memey telah diadakan di kediaman mereka sendiri.
Turut meraikan majlis adalah pelakon Abby Abadi sekeluarga yang tampil Manis mengenakan baju bertemakan rona putih.
Seperti kebiasaannya, apabila mengadakan majlis pasti Norman tidak ketinggalan berkongsi rezeki dengan menjemput sebahagian anak-anak tahfiz dan mengadakan bacaan Yassin serta solat berjemaah.
Perkongsian bapa kepada 6 cahaya mata ini telah meraih perhatian ramai dan telah ditonton lebih 18 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah apabila wanita bila dah masuk usia 30-an mula terfikir untuk kekal awet muda dan bertenaga.
Selain itu, walaupun sibuk dengan urusan rumah tangga hubungan dengan suami kena diberi perhatian juga. Bagi ibu yang mempunyai anak ramai pastinya perlu minuman atau jamu untuk kekal bertenaga.
Sebagaimana perkongsian puan Pn Aida ini. Diharap dapat memberi manfaat dan serasi dengan tubuh wanita.
Boleh cuba untuk kembali bertenaga dan awet muda.
Jus kembali perawan
Bahan-bahan:
5 biji ibu kunyit hidup 7 helai daun sirih 5 ketul temu kunci 10 ketul gula batu 10 biji asam- (segenggam) 1 liter air kosong
Ini temu kunci
Cara penyediaan: 1. Bersihkan kunyit dan temu kunci buang kulitnya.
2. Basuh bersih2 bersama2 daun sireh. Jangan pulak pakai sabun.
3. Kisar semua bahan yg dah bersih tu sampai lumat gunakan air yg dah disukat tadi.
4. Masuk dalam periuk penuhkan dan tuang baki air dari botol tadi.
5. Masukkan gula batu dan asam.
6. Masak sampai mendidih.
7. Sejukkan tapis guna penapis yg paling halus . Biarkan sejuk masukkan dlm botol boleh simpan dalam peti ais.
8. Biarkan mendap baki hampas kunyit, baru lah boleh diminum.
Ekstra tip : Boleh juga masukkan sedikit halia, cekur masa mengisar untuk buang angin.
Cubalah ye.. insyaAllah masalah dalaman wanita akan berkurangan. Minum segelas kecil pagi dan petang. Selamat mencuba
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.