Tidak dinafikan sikap tegas amat diperlukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk memimpin rumah tangga ke arah yang lebih baik, bukan sahaja untuk kebahagiaan di dunia malah hingga ke jannah.
Pun begitu, seorang suami perlu faham tegasnya peribadi bukan bermaksud dengan sesuka hatinya boleh melakukan kekerasan kepada pasangan. Hal ini jika berterusan, akhirnya boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak serasi dan tidak bahagia.
Berkongsi pandangan tentang ketegasan dalam rumah tangga, seorang suami ini turut melontarkan soalan di media sosial kepada lelaki bergelar suami untuk sama-sama renungkan; kalau kita bertegas sangat dengan isteri, apa yang kita dapat?
Penulisannya mendapat perhatian warganet dan ini perkongsiannya, bersama renung-renungkan.
Adil Pada Isteri
Tak bagi dia cari pendapatan sendiri, tak bagi dia balik kampung, tak bagi dia berbakti kepada orang tua dia…itu tak boleh , ini tak boleh. End up, isteri kita tak happy, layanannya juga tak mesra.
Hidup berumahtangga ni adalah tentang menggembirakan kedua-dua belah pihak…suami happy, isteri happy…kalau suami ja happy, isteri rasa stress, tension, maka itu bukanlah kehidupan rumahtangga yang bahagia.
Kita yang jadi suami ni bersikap tak adil kepada isteri.
Tak adil sebab kita hanya mementingkan perasaan sendiri, emosi sendiri, fikiran sendiri tanpa memikirkan apa yang ada dalam hati isteri…kita menafikan atau tak bagi kelonggaran untuk apa yang dia perlu buat atau mahu buat.
Tegas Bertempat
Ads
Nak bertegas boleh, tapi bab akhirat.
Bertegas suruh dia tutup aurat, bertegas suruh dia solat, bertegas suruh dia jaga pergaulan dan perbuatan…bertegas bab ni adalah perbuatan yang baik sebab ini hak kita sebagai suami, ini tugas kita sebab Allah suruh pelihara keluarga kita daripada api neraka dan kita buat semua tu untuk nak selamatkan mereka.
Tapi kalau dia nak berniaga, dia nak bekerja, dia nk balik kampung, dia nak berbakti kepada orang tuanya, dia nak tolong adik beradiknya, maka gunakanlah perikemanusiaan ataupun ehsan.
Longgarkan, bagi kebenaran, bagi sokongan…nampak biasa, tapi kalau kita ni mampu bertolak ansur akan bab ni, mampu bertoleransi, maka isteri akan lebih hormat dan gembira bila bersama kita.
“Kehidupan rumahtangga bukan tentang suami semata-mata…”
Renung-renungkan…
Seorang suami, bila dah berkahwin sememangnya kewajipan utamanya menyediakan tempat berlindung dan memberikan nafkah kepada isteri dan juga anak-anak. Nafkah tidak kira dari sudut makanan dan pakaian, mengikut pada kadar semampunya.
Bila disebut tentang kadar nafkah, baru-baru ini seorang pengguna laman Facebook, Puan Suriati Ghani ada berkongsi kisah di mahkamah syariah apabila seorang lelaki dikatakan hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM10 seminggu kepada isterinya.
Malah, difahamkan tuntutan nafkah tersebut juga tertunggak tetapi si suami sebaliknya mendakwa tidak mampu memberi jumlah yang dituntut si isteri memandangkan pendapatannya kecil.
Part membuat hujah di penghujung kes adalah tugas yang merumitkan, semua perlu di masukkan supaya dapat membantu Mahkamah memberi pertimbangan seadilnya dalam membuat keputusan.
Tuntutan nafkah tertunggak isteri, suami mendakwa pendapatan beliau kecil & tidak mampu memberikan nafkah sepertimana yang dituntut oleh isteri, hanya mampu memberikan RM10 seminggu untuk isteri.
Puan Suriati Ghani berpendapat seseorang individu lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai tubuh badan sihat seharusnya bekerja mencari pendapatan lebih untuk menampung keperluan diri dan keluarga.
Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita/isteri yang lain, selain berniaga online, beliau turut membawa grab untuk menampung nafkah diri sendiri & anak-anak, terpaksa membuat lebih dari 1 pekerjaan kerana suami abaikan nafkah beliau & anak. Memang pada masa datang berjumpa saya, nampak keadaannya letih, baru selesai hantar pelanggan & terus datang jumpa saya untuk mengadu masalah. Katanya beliau pernah bawa grab hingga larut malam.
Jika orang lain boleh bekerja lebih masa untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga, tambahan pulak perempuan, kenapa lelaki yang sihat tubuh badannya tak boleh? Di mahkamah pun beliau mengaku beliau masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Berikutan daripada itu, Puan Suriati Ghani mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki supaya dapat membayar tuntutan nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan kelak.
Hmm..didoakan semoga beliau dimurahkan rezeki selepas ini & dapat membayar nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan nanti.
Kalau sebut bab poligami, yang paling suka semestinya kaum lelaki. Tetapi kalau bicara soal tanggung jawab, mula berdolak dalik.
Kemampuan diri tidak dinilai, sebaliknya nafsu lebih dipentingkan. Itulah yang menyebabkan rumah tangga berantakan. Sudah punya isteri cantik, baik dan bertanggung jawab, namun mata masih memandang ke arah lain. Ada isteri sanggup bersusah payah namun apabila senang si suami mula cari yang lain dan melupakan segala pengorbanan isteri.
Sebab itu, untuk mendapat pasangan yang setia, baik dan bertanggung jawab sukar andai dinilai semata-mata pada faktor kewangan dan cinta. Ada kes yang baru hidup bersama, sudah timbul bibit-bibit pergaduhan.
Bagi sesetengah lelaki, mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk berpoligami. Berjaya atau tidak, berani atau takut semuanya terletak di tangan lelaki. Kalau tak ada sebab pun suami yang berhajat berkahwin lebih daripada satu akan mengadakan atau mencari-cari sebab untuk membenarkan keinginan mereka berkahwin lagi
Oleh itu, apabila seorang lelaki hendak berpoligami, dia hendaklah memenuhi syarat ditetapkan terutamanya berlaku adil.
Berikut adalah perkongsian dari saudara Mizan Dzai yang mungkin menjawab persoalan para isteri selama ini.
TAK INGIN DIMADU.
Tak rela. Tak terfikir. Tak terlintas. Tak tercapai dek logik akal yang adik akak semua bakal dimadukan.
Betul?
Tapi kalau ada adik akak yang dah bersedia seawal mula bernikah, anda luar biasa!
Sebab itu sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, perlu untuk persiapkan diri dengan ilmu dan kepentingan serta hak sebagai seorang isteri.
Sebagai bakal isteri, perlu untuk kau tahu apa yang sepatutnya kau minta sebelum dinikahi dan seperti yang kebanyakkan kita tahu, Mahar iaitu Mas Kahwin itu merupakan salah satu syarat dalam pernikahan.
Ini tidak, asik dok sibuk fikir pasal hantaran RM25,000 la, handbag Louis Vuitton la, baju sanding bertatahkan batu Swarovski la, nak Anuar Zain menyanyi kat kenduri la apa la.
Udah-udah ler buang duit tu, ikut kemampuan.
Untuk pengetahuan adik akak, Mahar ini merupakan pemberian dari boyfriend atau kekasih hati kepada kau, calon mempelai wanita dimana nilainya ditentukan oleh kau sendiri dan dalam pelaksanaannya nanti nilai tersebut dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Kerana itulah dia, Mahar yang merupakan tanda kesungguhan dari lelaki untuk bernikah dan kau berhak menentukannya supaya tak ada penyesalan dalam rumahtangga esok.
Kata nak anak dara orang, takkan yang jantan-jantan ni main sondol sesaja ye tak?
Kata sanggup redah lautan api, kata sanggup genggam bara api menjadi debu?
Bila ditanya tentang Mahar ini, kau digalakkan untuk meminta supaya selama kau masih hidup dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri, suami tak boleh bernikah dengan perempuan lain.
Biasanya lelaki akan kata Mahar yang kau minta itu tak logik, sepertinya mengharamkan poligami dalam Islam.
Seperti satu diskriminasi buat kaum lelaki yang kononnya gagah perkasa, kacak bergaya dan mampu menjaga lebih dari seorang isteri.
Tak adik akak, langsung tidak.
Para Ulama dah membahaskan tentang perkara ni panjang lebar. Tang mana yang adik akak minta sebagai Mahar tadi kononnya mengharamkan poligami yang dibolehkan dalam Al Quran?
Contoh senang faham, lepas kahwin esok suami tak boleh makan budu sebab isteri tak suka bau dan rasa budu sebab kau akan loya misalnya, adakah itu bererti kau sebagai isteri mengharamkan budu?
Wanita yang meminta syarat Mahar seperti ini adalah kerana baginya ianya berfaedah untuk dia dan anak-anak nanti.
We called it long term investment.
Cuma mungkin untuk adil, kedua-dua pihak kena meletakkan syarat.
Andai kata si isteri tidak mampu memberikan zuriat pada si suami, tugas sebagai isteri memberi zuriat anak tidak tercapai, maka hendaklah dibenarkan suami menikahi orang lain seperti Nelofa atau Aida Jebat.
Tapi, kau yang suami pun tak rugi mana sebab hanya tak boleh buka cawangan baru semasa isteri masih hidup dan semasa dia masih boleh menunaikan kewajipan sebagai isteri.
Kecuali kalau isteri tu sakit bertahun-tahun dan tak mampu jalankan tugas sebagai isteri, haa menikahlah kau lagi dua tiga orang.
Itu dibolehkan oleh Para Ulama.
Dipersetuju dari kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah halaman 93 iaitu ;
“Yang wajib dipenuhi adalah syarat (yang bakal isteri minta) yang manfaat dan faedahnya kembali pada isteri misalnya, suami takkan membawa isteri keluar dari rumah atau dari kampungnya, tidak kemana-mana dengan membawanya atau tidak akan menikah ke atasnya”
Syarat seperti ini wajib ditepati oleh si suami, untuk si isteri dan kalau tak ditepati maka si isteri berhak meminta dihapuskan nikahnya (bukan jatuh Talak).
Hal ini diriwayatkan dari Umar bin Khattab R.A dan Saad bin Abi Waqas Muawiyah dan Amr bin ‘Ash.
Kadang, isteri kita ni cuma ingin jadi seperti Fatimah, puteri baginda Nabi yang seumur hidupnya tidak dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Thalib, sepertinya Khadijah yang selama berumahtangga dengan Rasulullah SAW juga tak pernah dimadu.
Kalau yang lelaki suka mencontohi Rasulullah, kenapa yang wanita tak boleh mencontohi Khadijah dan Fatimah?
Kalau yang lelaki takut dengan syarat-syarat Mahar itu, bunga bukan sekuntum bang. Kemon.
Bernikah lagi itu tidak salah, isteri yang meminta untuk tidak dimadukan pun tidak salah, mereka bukannya mengharamkan poligami.
Yang salahnya kita ni bila keperluan wajib si isteri dan anak-anak pun tak terjaga tapi kita gatal kepala merenyam nak tambah penyakit, itu yang salah.
Kita suami ni cukuplah asik sembang poligami tak habis-habis. Jagalah perasaan isteri, hargai dan selamilah hati isteri.
Dan buat adik akak pula, berlaku adillah pada suami dimana jangan pula aurat kau itu dikongsi dengan lelaki lain seperti mana kau tak ingin dikongsi.
Semoga bermanfaat, in shaa Allah. Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel PERCUMA : https://t.me/TipsPremierMizanDzai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan juga penerbit terkenal, Sheila Rusly sebelum ini memuat naik berita gembira menimang cucu sulung.
Dai yang juga ibu mentua kepada Elisya Sandha gembira dan teruja apabila menantunya itu selamat melahirkan bayi sulungnya iaitu seorang bayi perempuan di salah sebuah hospital swasta.
Turut berbuat demikian adalah Fasha Sandha yang juga merupakan kakak kepada Elisya. yang begitu teruja dan gembira menyambut kelahiran anak buahnya. Bahkan Fasha telah berkongsi nama bayi Elisya yang diberikan nama sebagai Bunga El Haq.
Bersempena Sambutan Hari Bapa,Sheila Rusly berkongsikan gambar-gambar cucu barunya bersama suanibya, Tok Sidang, Uzair Haqimy dan bapa Elisya Sandha dalam sebuah video.
Happy Father’s Day!!
Everyone can be a father but it takes someone special (tall handsome dark & macho) to be a Daddy Papa & Dad🤪.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.