Buat penggemar minuman barli terutamanya ibu-ibu yang sedang mencari rahsia untuk penjagaan cantik mesti berasa gembira dengan perkongsian info ini. Apa tidaknya, andai sebelum ini minum barli sekadar kerana suka akan rasanya, namun kini boleh amalkan minum barli dengan dicampur beberapa bahan-bahan tertentu untuk mendapatkan manfaat dalam penjagaan kecantikan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Nurul Syazwani ini.
Hai semua.
Hari ni akak nak share resepi air barli viral.
Masa mula-mula jumpa resepi ni,akak excited sangat sebab tak sangka barli pun boleh mencantikkan kulit dan menguruskan badan kita. Murah kot modal dia. Nak minum hari-hari pun boleh.
Tapi nak cantik bukan setakat rebus barli tu je,kena ada kawan-kawan dia sekali. Takde semua bahan tu,tak wujud la air barli viral ya.
Air barli ni kalau kita minum secara konsisten, badan kita boleh kurus, kulit yang kusam pun boleh jadi berseri semula. Tambahan juga boleh anjalkan kulit secara semulajadi. Tak payah susah-susah nak pergi cucuk botox. Minum je air barli hari-hari. Jimat hehe.
Air Barli (Cantikkan kulit + kuruskan badan)
Bahan-bahan :
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu (kalau nak manis)
**boleh guna sukatan sendiri ya.
Cara-cara :
1. Rebus barli + kayu manis selama 30-45 minit,sampai barli kembang.
2. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sedikit dan masukkan madu sedikit.
Siapa cakap nak sihat nak gebus kena guna modal besar.
Minum je air barli hari-hari. Korang akan lihat kulit korang glowing mowing
sumber : Nurul Syazwani via MAHN
āMenangis setiap kali pecah gelembung air.ā Adik Faris Derita Kulit Rapuh, Perlu Kelengkapan Cuci Luka & Susu Khas!
Tatkala kanak-kanak lain seusianya bebas berlarian ke sana ke mari bersama teman lain, si kecil ini hanya mampu memandang. Bukan sahaja tidak boleh turut serta, malah dia juga tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak boleh menggaru dan tidak boleh tergeser dengan apa jua barangan termasuk pakaian dan mainan, jika tidak kulitnya akan terluka, melepuh dan tertanggal.
Itulah penderitaan yang terpaksa dilalui Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurari, 6, yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak dilahirkan.
Lebih menyedihkan, penyakit yang ditanggung kanak-kanak itu dipercayai belum ada penawar untuk menyembuhkan selain doktor turut mengesahkan ia akan berlarutan sepanjang hayatnya.
Ibu Muhammad Faris, Norazilawani Zi, 36, berkata pada awalnya anaknya itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya yang songsang, namun sebaik sahaja dilahirkan, kaki kanan anaknya didapati tidak mempunyai kulit sehingga kelihatan urat-urat daripada lutut hingga ke kaki dan doktor mengesahkan ia disebabkan penyakit EB.
Katanya keadaan kulit anak sulung daripada dua beradik itu terlalu sensitif menyebabkan anaknya itu hanya mampu berkurung di dalam rumah hampir setiap masa bagi mengelakkan kulitnya terluka.
“Pada awalnya masalah itu hanya dapat dilihat di bahagian kaki anak saya sahaja namun semakin hari semakin teruk sehingga hampir keseluruhan badannya. Ia bukan hanya menjejaskan kulit luaran yang luka teruk dan gelembung air, malah kini bahagian dalamannya juga mudah terkoyak termasuk gusi yang menyukarkannya untuk makan.
“Malah matanya juga kini bermasalah, selain kesemua kuku kaki dan tangannya juga gugur ketika Muhammad Faris Amsyar berusia setahun lebih, dia juga dijangka akan menjalani pembedahan pada Feb tahun depan bagi membuang sebahagian giginya yang rosak dan rapuh untuk mengelakkan jangkitan kuman,” kata Norazilawani ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Teluk Kintang, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Norazilawani berkata bagi menumpukan perhatian sepenuhnya dan memberi penjagaan rapi kepada Muhammad Faris Amsyar, beliau nekad untuk berhenti kerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans sejak lima tahun lepas.
“Namun sejak setahun yang lepas, saya mula membuka gerai jualan makanan ringan berhampiran rumah untuk menampung keperluan Muhammad Faris Amsyar dengan pendapatan harian sekitar RM50 selain bergantung kepada pendapatan suami Mohd Zurari Rosli, 37, yang tidak menentu sebagai buruh kasar iaitu RM100 sehari.
“Kos yang perlu diperuntukkan untuk penjagaan Muhammad Faris Amsyar mencecah sehingga RM2,000 sebulan termasuk kelengkapan mencuci lukanya selain susu khas yang berharga RM118 bagi satu tin yang hanya mampu bertahan untuk dua minggu,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 153104196259 milik Norazlinawani Zi atau menghubunginya di talian 0199443559.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Bernama
Masa Umur Muda Cuba Buat Perkara Ni Agar Bila Dah Masuk 40 Tahun Semuanya Jadi Biasa. Dr Ni Kongsi Nasihat!
Pastinya kita semua menyedari usia kita dari tahun ke tahun kian bertambah, namun sering kali juga ada yang alpa untuk mempersiapkan diri meniti usia dan sekali gus memberi makna dan manfaat pada setiap kali pertambahan umur dari tahun ke tahun.
Sedar manusia ini sering lupa dan perlu diberi nasihat serta peringatan. Oleh itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah untuk peringatan bersama.
Nasihat saya umur 40, kepada umur 25
1) Spend masa dengan anak lebih dari dengan kawan-kawan. Anak akan berada dengan kita sampai tua. Kawan belum tentu.
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim).
Kalau kita tak didik anak jadi anak soleh yang mendoakan kita, macamana nak dapat saham berkekalan kan.
2) Spend duit untuk Mak Ayah lebih dari yang kita nak, walau mereka tak minta. Takkan zakat 2.5%, Mak Ayah kita pun layak banyak tu je.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ. قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
3) Spend masa untuk bersenam. Kalau dah biasa masa muda, dah tua lebih mudah.
4) Jangan percaya cakap kawan, masa muda enjoy, tak payah jaga makan. Orang umur 35 mati sakit jantung pun ada.
5) Jangan lupakan Al Quran. Bacalah walau satu page sehari. Jangan sampai Allah tak nak dengar suara kau tu baca ayat Dia.
6) Kawan biar beribu, betul. Tapi kalau kawan tinggalkan kau bila kau susah, maafkan dia tapi jangan lupakan dia sampai mati.
7) Kawan yang tetap ada masa susah, kenang jasa dia sampai syurga. Doakan dia dalam diam.
8) Hargai pasangan yang baik. Itu rezeki Allah PALING BESAR untuk kau.
9) Berbelanja tak salah tapi simpanan jangan lupa.
10) Jaga-jaga gaya hidup nak impress orang. Tanya dalam hati, nak redha Allah ke, ke redha manusia.
Ekstra nasihat :
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Yang benar,
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
40 tahun.
Waktu untuk berubah.
Sumber : Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Kecutkan Jerawat Tanpa Guna Produk, Bukan Mustahil. Ibu Ni Dah Amalkan Petua, Memang Berkesan!
Masalah jerawat memanglah isu biasa, andai sebiji dua mungkin tidak menyebabkan tekanan pada diri kita. Namun jika semakin hari semakin banyak pula jerawat yang ditumbul diwajah, memang boleh mengundang rasa tidak selesa dan mungkin kurang rasa keyakinan diri bila berdekan dengan orang.
Hal yang sama juga turut dilalui oleh seorang ibu dan untuk atasi masalah jerawat tersebut, dia telah amalkan petua dan terbukti berkesan.
Jom semak perkongsian daripada Xiera Tasyara ini, mungkin cara ini juga serasi untuk rawat masalah jerawat di wajah anda.
Petua Kecutkan Jerawat
Kulit mama dah semakin ok, ini akibat tak serasi dengan sesuatu produk hari tu sebab gatal tukar produk. Bila sudah freekan muka beberapa hari tak silap, seminggu baru ok.
Tanpa sebarang produk alhamdulillh mengecut,bersih dan mati jerawat yang timbul tu dengan penggunaan limau nipis dan garam sahaja!
Pagi petang malam mama scrub,lepas tu biarkan selama 5 minit sahaja. Jangan lama-lama sebab limau ni tajam.
Bahan-bahan :
Cara-caranya :
- Ratakan wajah dengan air perahan limau dan garam.
- Kemudian biarkan selama 5 minit.
- Bilas dan cuci guna pencuci muka
Tengok hasilnya dan rasalah kulit tu guna jari,anda yang rasa sendiri betapa lembutnya.
Allah sahaja tahu masa scrub tu pedih ya amat. Sekarang mama lebih yakin dan sekarang tengah pakai skincare ikut keserasian kulit mama. Banyak ilmu dapat bila start pergi kursus produk kosmetik ni. Skincare memang kena ada, kalau tidak serasi sila tukar, jangan biarkan sehingga kena jumpa doktor pakar.
Korang kalau muka tengok teruk macam mama ni. Marilah cuba petua ini, insya Allah sementara nak tukar produk lain tu, gunalah tips ini untuk seminggu.
sumber : Xiera Tasyara