Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Dalam rumah tangga kena ada give and take, saling memahami antara satu sama lain. Usah biarkan benda-benda kecil menjadi penyebab anda suami isteri bermasam muka.
Sebab tu nak rumahtangga kita bahagia, aman damai dan tenang sejahtera perlu ada common sense antara kita dan pasangan.
Dalam bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga misalnya, kena saling membantu. Usah meletakkan tanggung jawab di bahu isteri. semata-mata Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kisah yang dikongsikan oleh saudara Zaim Zin ini cukup menyentuh hati. Semoga para suami dan juga isteri mengambil iktibar dalam sama-sama melayari alam rumah tangga. Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki” Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni. Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama. Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam diam-diam pelakon berkulit hitam manis ini selamat diijabkabulkan bersama pasangannya semalam. Fendy Bakry kini bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu.
Pernikahan Fendy yang berlangsung pada malam tadi (Ahad) mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kekasih atau kisah cintanya.
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri bernikah selepas waktu Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira kira 30 orang keluarga terdekat masing masing.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas tujuh. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Fendy sebelum ini melangsungkan pertunangan secara ringkas pada bulan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandemik Covid 19.
Dalam satu kenyataan, pelakon ini berkata, bukan tidak mahu mengundang ramai jemputan termasuk pihak media, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP).
“Keluarga masing masing pun sepakat teruskan yang wajib dulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. Jadi kita dahulukan yang mana perlu dan penting.
“Ikutkan rancangnya nak nikah Januari depan. Tapi kita percepatkan benda baik. Nak tangguh lagi pun buat apa sebenarnya kerana kita tak tahu ke depan nanti bagaimana pula jadinya.
“InsyaAllah selepas ini, majlis resepsi juga akan dibuat cuma belum ada tarikh tepat. Mungkin juga tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pun diteruskan sampai hujung tahun ini,” katanya.
Pasangan ini dikatakan saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu di Festival Teater Kebangsaan di Kedah. kepribadian Ayu yang mengambil berat dan mendahulukan keluarga dikatakan faktor yang memikat hati Fendy untuk lebih mengenali dan akhirnya memilih wanita ini sebagai suri hatinya.
“Salah satu perkara yang mencuri perhatian saya terhadap isteri adalah sifat keperibadiannya. Dia tak kisah bersusah payah untuk saya selain keluarga. Ketika saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, dia antara yang tak berkira mahu membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya.
Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga.
“Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.
“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pelakon Mr Grey ini lagi.
Dia dalam pada itu turut berkongsi berita gembira tersebut di ruangan instagramnya.
Bismillah..
Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!! Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.. InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu di dahulukan.. Jangan risau.. akan abg jemput semua media dan kawan2 yang selalu support abg.. takkan ada rsvp ok.. heeee . Gambar lain, nanti la abam update.. Malam nie kena rest awal… tak elok kena embun.” tulisnya di kapsyen.
Menghias rumah antara yang menjadi kesukaan kaum ibu. Tak perlu deko yang terlalu sarat, memadai atur letaknya yang ringkas namun sempurna. Sejuk mata memandang dan sesuai dengan ahli keluarga di dalam rumah tersebut.
Bagi yang bijak mengatur letak, tiada masalah jika ruangnya agak sempit. Begitu juga dengan wanita ini berjaya mengubah ruang kecil di dapurnya tampak lebih menarik dan hebat.
Jom kita cuci mata dan lihat tip ini dikongsikan oleh saudari Liyana Elly . Mana tahu ibu-ibu berminat untuk mencuba. Kosnya pun tak mahal dan berbaloi untuk dicuba bagi menampakkan kelainan di kediaman anda.
Alhamdulillah..
Berkat rakan2 group ni nye idea,berjaya jugak kami pasang.Low cost budget je sebab rumah PPR je..?So,dapur pun kecik molek cinonet..?
total cost RM65.10 =31 keping ..beli kat Kedai Eco.Harap2 bertahan lama la hendaknya Insya Allah.kalo tak btahan pun kena redha sebab nama pun low budget ?
tapi nak pasang agak mencabar sebab dapur rumah ni jenis menyenget dan banyak liku2 kehidupan di tepi2.Tp,alhamdulillah 2 jam lebih dah siap..
thanks again yg sudi bg idea n tnjuk ajar ✌
Perkongsian ini turut dikomen oleh warganet yang memuji hasil yang diperoleh selain turut berminat untuk berbuat demikian.
Nurliza AliSticker ni mmg khas utk lantai ka..apa namanya..teringin jgk nk psg
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...