Nak bercucuk tanam ni, tak semua orang bernasib baik. Ada yang setiap kali menanam, pasti tumbuhan hasilnya akan mengecewakan. Malah, ada juga yang setiap kali menyentuh tanaman, akan jadi hasil yang cantik dan sihat tumbuhannya.
Lebih-lebih lagi dalam penanaman pokok bunga, anda pasti tahu bahawa ia bukanlah satu proses yang mudah terutama melibatkan bunga yang memerlukan penjagaan rapi. Jika dijaga dan dirawat dengan baik, halaman rumah anda mungkin akan menjadi seperti ‘taman bunga’.
Salah satu, pokok orkid. Pun begitu, kadang kala timbul rasa menyesal apabila pokok orkid tersebut rosak atau mati. Sudah berhabis wang dan tenaga tetapi hasilnya tiada, sesiapa saja pasti akan merasa sedih.
Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ada beberapa ‘pantang larang’ bila menanam bunga orkid di rumah. Nak tahu apa pantangnya itu? jom semak di bawah!
1. Jangan terlalu dedahkan pada cahaya matahari
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh atau di dalam ‘rumah kaca’. Persekitaran teduhan mengurangkan haba yang berkaitan dengan cahaya matahari, bergantung kepada bahan yang digunakan.
Ads
2. Siram bunga dengan berpada-pada
Salah satu kesilapan yang sering dilakukan apabila menanam orkid ialah penyiraman yang berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan jumlah air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar seperti orkid jenis phalaenopsis.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid anda dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
3. Kelembapan tidak mencukupi
Ketahuilah bahawa hampir semua orkid memerlukan kelembapan yang tinggi. Ia ditentukan oleh berapa banyak lembapan yang berada dalam struktur bunga itu berbanding seberapa cepat ia hilang daripadanya.
Keadaan itu berlaku akibat daripada kekerapan dan jumlah penyiraman atau kabus serta aliran udara antara bahagian dalam dan luar.
Ads
Jika kelembapan tinggi dan suhu menurun, pemeluwapan akan terhasil dan ia seterusnya boleh menyebabkan kerosakan kepada bunga.
4. Haba, kelembapan, cahaya dan aliran udara yang tidak seimbang
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dicapai untuk penanaman yang optimum. Apabila ia tidak seimbang, persekitaran untuk orkid memerlukan sedikit penambahbaikan.
Haba dan cahaya berkait rapat antara satu sama lain dan sebahagian besarnya dikawal oleh teduhan. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
Ads
Maka, haba kelembapan, cahaya dan aliran udara berkait rapat di antara satu sama lain. Untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam pertumbuhan orkid, setiap daripada pokok itu perlu mencapai tahap tertentu supaya ia boleh seimbang untuk mewujudkan persekitaran pertumbuhan yang optimum.
5. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan pelbagai jenis bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Medium pasu seperti kulit pokok, gabus atau serpihan kelapa yang membolehkan peredaran udara yang mencukupi di sekeliling akarnya sesuai dengan orkid phalaenopsis.
Sumber : Siakap keli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan hanya sisa makanan, macam-macam lagi yang wujud dalam kereta. Ini yang menyebabkan kereta berbau kurang enak. Malu kalau tiba-tiba ada yang menumpang kenderaan kita kan.
Bagi yang nak hilangkan bau kurang enak dalam kereta boleh cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Naufal Antezem menerusi twitternya. Produk yang digunakan murah. Tak salah mencuba bukan?
Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah :
Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah : pic.twitter.com/EVQCoaWP0Z
Kalau ikut label, katanya utk remove bau dosa-dosa korang dalam kenderaan including asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, kelengkang, najis anak dan macam-macam lagi lah.
Kesimpulannya, puas hati. Harapnya tahan lama sampai sebulan. Harapnya lah. Tak salah kan berharap. Berharap itu percuma. Namun menjadi amat mahal harganya saat harapan jatuh berderai….laahhhhh tiberrr.
‘Membaca’ atau mengenali serta memahami tingkah laku seseorang itu ada pelbagai cara. Umpamanya seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainon Mohd dari sudut psikologi dan melihat ciri orang berpersonaliti suka mengawal orang lain.
Nak tahu apakah ciri-ciri tersebut, ini disenaraikan untuk info bersama.
10 TINGKAH LAKU ORANG YANG SUKA KONTROL ORANG LAIN
Menurut pakar-pakar psikologi, salah satu fitrah manusia adalah kita takut jika kita ditimpa musibah. Justeru kita mahu kawal kehidupan kita, supaya dengan itu kita selamat dari musibah.
Perkara pertama yang kita mahu kawal dan pastikan adalah orang-orang yang rapat dengan kita.
Antara pakar psikologi yang menulis tentang tingkah laku individu yang ‘controlling’ adalah Dr. Timothy A Carey.
Berikut adalah tanda-tanda seseorang yang mempunyai personaliti controlling:
1. Dia buat banyak peraturan. Apabila ada orang tak ikut peraturan itu, dia cepat melenting.
2. Dia suka buat sistem. Dia melenting apabila ada orang buat kerjanya tak ikut sistem.
3. Dia mahu semua benda diletakkan pada tempat yang betul. Keadaan mesti sentiasa bersih, kemas, dan teratur.
4. Dia suka buat kerja ikut jadual waktu. Mesti ikut rutin yang sudah ditetapkan. Orang lain kena ikut jadualnya.
5. Dia ada rancangan yang teliti. Dia sangat stress apabila ada benda-benda berlaku tidak macam yang sudah dirancangnya.
6. Dia tetapkan cara-cara membuat kerja. Cara-cara itu adalah caranya, semua orang lain kena buat ikut caranya.
7. Dia sangat demanding. Dia mahu orang buat apa yang dia suruh, yang tak disuruh jangan dibuat.
8. Dia mahu yang perfek saja. Tidak ada istilah lebih kurang.
9. Dia susah nak percaya orang lain buat kerja. Orang lain buat kerja tak pernah betul, ada-ada sahaja yang tak berapa betul.
10. Dia suka memberi nasihat. Dia perasan dia lebih pandai, lebih bijak, dan dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.