Pastinya suatu yang amat berat untuk di terima oleh ahli keluarga, bila tiba-tiba orang yang kita sayangi tidak kembali ke pangkuan asbab dikatakan hilang.

Tentunya kehilangan ini meninggalkan banyak tanda tanya dan teka teki hingga usaha untuk terus mencari tidak terhenti oleh ahli keluarga yang lain.

 

 

Hal yang sama juga cuba dilakukan oleh dua orang anak kepada Ustaz Musthafa Kamal Abdullah Jemaah umrah yang hilang di Tanah Suci Mekah sejak sebulan yang lalu. Difahamkan dua beradik ini akan berangkat menunaikan umrah Jumaat depan sekali gus berikhtiar untuk mencari ayah mereka.

Anak sulungnya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal, 26, berkata, dia akan ke Tanah Suci bersama adiknya, Muaz, 17 sebagai mana dilaporkan media.

“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup”

“Kebetulan ada tarikh sesuai dan slot kosong serta perbelanjaan hasil bantuan keluarga dan saudara mara juga mencukupi, jadi kami akan berangkat menunaikan umrah.

“Sudah pasti peluang ini juga akan kami gunakan untuk mencari ayah termasuk mungkin mengedarkan risalah dan gambar ayah di sana dan ini antara ikhtiar paling besar kami sebagai waris.

“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

IKLAN

 

“Naluri Mengatakan Ayah Masih Hidup..”-2 Beradik Ikhtiar Cari Ayah Hilang Di Tanah Suci, Mohon Doa Semua!

 

“Sejak ayah hilang 12 Disember lalu, kami sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar. Kami tidak putus-putus berikhtiar antaranya buat solat hajat di masjid Batu Pahat serta bacaan Yassin di sekolah tempat ayah mengajar, setiap Khamis.

“Ada juga keluarga kami merujuk beberapa pakar perubatan Islam termasuk dari Darussyifa’ untuk membantu mengesan ayah.

“Saya juga sentiasa berhubung dengan seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana yang tampil secara sukarela mencari ayah,” katanya.

Mohon Doa Semua

IKLAN

Selain itu, Muhammad Nabil berkata, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk mahupun perkembangan terbaharu mengenai status ayahnya, namun keluarga mengharapkan ayahnya ditemukan dalam keadaan selamat.

“Sejak awal kehilangan ayah, kami sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor; Wisma Putra serta Konsulat Malaysia di Arab Saudi.

“Saya juga dimaklumkan Wisma Putra, mereka sudah membuat laporan kepada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi manakala Konsulat pula mengeluarkan surat kepada Kementerian Luar Negeri Arab Saudi untuk bantu mencari ayah.

“Kami mohon pihak agensi kerajaan Malaysia bertindak agresif termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi supaya keberadaan ayah segera diketahui.

“Kami juga memohon doa semua rakyat Malaysia dan bantuan orang ramai yang menetap di Makkah, dalam usaha mengesan ayah saya,” katanya.

Untuk info pada 6 Disember lalu, Musthafa berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz dan dua beranak itu dijangka pulang ke tanah air, 18 Disember lalu.

Bagaimanapun guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.

IKLAN

Media turut melaporkan, seorang mutawwif, Mansor Khalid, mendedahkan, beg milik Musthafa ditemukan di kaunter penyambut tetamu hotel selepas tiga hari kehilangannya dilaporkan.

Sumber : Nabel Musthafa & Harian Metro

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Naluri Mengatakan Ayah Masih Hidup..”-2 Beradik Ikhtiar Cari Ayah Hilang Di Tanah Suci, Mohon Doa Semua!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI