Umum mengetahui pelakon Ardell sememangnya sangat aktif dengan kerja-kerja sukarelawan.
Terbaru, dia berangkat ke Ke Syiria & Lubnan. Perkongsian tersebut dimuatnaik suaminya, Nadzmi Adhwa bersama sekeping video Di mana isterinya mengikuti misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction.
Menerusi perkongsian tersebut, Nadzmi mendoakan kesejahteraan isterinya dalam menjalankan misi kemanusiaan di negara itu.
“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak, kami tunggu awak balik ya @ardellaryana apabila di tanah syam doakan saya dan urwa disini ya sayang.
“Doakan perjalanan isteri saya ke Syria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang,” tulis Nadzmi.
Terang Nadzmi lagi, walaupun nampak isterinya seorang Yang kuat namun hatinya cukup sensitif.
“Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh, kuat nangis.
“Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni satu pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi Barokah As Syam.
“Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin,” kongsi Nadzmi lagi.
Sesungguhnya bulan Ramadhan, bulan penuh berkah yang memiliki keistimewaan dan hikmah malam Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar diceritakan oleh Allah dalam surat Al-Qadr ayat 1-5. Akan sangat disayangkan apabila kita melewati hikmah malam lailatul qadr.
“Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadr ayat 2-3)
Malam lailatul Qadr diibaratkan lebih baik dari 1000 bulan. Kurang lebih sekitar 80 tahun. Malam penuh kemuliaan, waktu di mana Al-Quran diturunkan. Di dalam Al-Quran ada banyak sekali pelajaran, hukum-hukum Allah, makna-makna yang indah yang dapat menjadi petunjuk untuk umat Islam menjalani kehidupan. Allah berbicara langsung kepada manusia melalui kitab Al-Quran. Menerusi perkongsian facebook Khairul Anuar Basri , berkongsi kisah mengenai keistimewaaan malam Lailatul Qadar.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Petang ni saya nak share 1 rahsia besar.
Bila sebut Lailatul Qadar, orang akan ingat tentang malam yang lebih baik dari 1,000 bulan aje kan?
Sebenarnya ada 1 lagi benda besar malam Lailatul Qadar ni kalau you all semua nak tahu.
Malam tu para malaikat akan turun beramai-ramai untuk menentukan takdir semua manusia untuk setahun yang berikutnya.
Malaikat Jibril pun akan turun sama tau! Subhanallah.
“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan”.
Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari ada menyebut bahawa Imam An-Nawawi menyatakan bahawa malam itu dinamakan malam Al-Qadar kerana pada malam tersebut para malaikat menulis taqdir manusia sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama. [Lihat: Fath al-Bari, 4/255]
Benda yang sama juga disebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’. [Lihat: al-Majmu’, 6/447]
So, inilah rahsia besar yang semua orang selalu terlepas pandang.
HAJAT
Kalau kita ada apa saja hajat yang kita betul-betul nak, banyakkan berdoa dan minta apa yang kita nak tu pada malam Lailatul Qadar.
Cumanya kita tak tahu bila malamnya kan? Tak dapat tidak, kita terpaksa la bangun pada setiap malam, terutamanya pada 10 malam yang terakhir.
Minta apa saja yang kita nak minta dengan Allah. Kata ulamak, apa yang akan terjadi setahun akan datang sebelum tibanya malam Lailatul Qadar yang berikutnya akan ditentukan pada malam tersebut.
Hajat peribadi tu masing-masing kena minta sendiri la kan.
Nak jadi jutawan? Nak jadi hartawan? Nak jadi dermawan? Nak jadi apa saja.. mintak.. mintak..
Tapi, cuba bayangkan kalau semua orang Islam di Malaysia ni bangun pada setiap malam untuk berdoa macam ni :
“Ya Allah, kami memohon dan merayu kepadaMu ya Allah. Tamatkan penderitaan kami rakyat Malaysia. Hapuskanlah wabak virus Corona.
Ya Allah, sembuhkanlah pesakit yang telah terjangkit. Lindungilah kami semua dari dijangkiti. Selamatkanlah kami semua rakyat Malaysia”.
Bayangkan kalau Perdana Menteri yang angkat tangan berdoa. Bayangkan kalau semua anggota menteri kabinet yang angkat tangan berdoa.
Bayangkan kalau semua ahli parlimen dan wakil rakyat angkat tangan berdoa. Bayangkan kalau semua ahli parti Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang angkat tangan berdoa.
Kena pulak malam Lailatul Qadar. Fuhhhh…. mana tahu rezeki kita semua pada malam tu. Doa kita semua dimaqbulkan oleh Allah.
Dan taqdirnya Malaysia bersih sebersihnya dari wabak Covid-19 dengan serta-merta. MasyaAllah.
Mustahil ke? Dengan Allah, tak ada benda yang mustahil.
So, pakat-pakat share rahsia besar ni pada semua orang. Ini ikhtiar kita semua. Ini peluang kita semua.
Tinggal 7 malam saja lagi untuk kita mengharap taqdir yang lebih baik buat kita semua, sekurang-kurangnya untuk 1 tahun yang akan datang.
Kepada Allah kita meminta. Atas Allah terletak segalanya.
Kalau kita nak ceritakan hal melibatkan bibik dan majikan, diakui macam-macam kisahnya, tak pernah habis. Terbaharu kakak kepada usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman meminta orang ramai untuk mengesan pembantu rumah ibu mertuanya yang melarikan diri dari rumah.
Menerusi entri dikongsikan oleh Noor Hayati atau mesra disapa Yatie, suspek dikenali Citra turut membawa lari barangan kemas ibu mentuanya bersama.
Dalam hantaran tersebut, Yatie juga memaklumkan mereka menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bawa lari barang kemas bernilai RM300,000
Ekoran itu, ibu kepada usahawan berkenaan iaitu Rozita Ibrahim turut berkongsi hantaran yang sama kepada pengikut media sosialnya dan memberitahu suspek telah melarikan barangan kemas besannya bernilai RM300,000.
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,”tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tambah Bonda Rozita, suspek telah bekerja selama tiga tahun bersama besannya, malah anaknya juga melayan pembantu rumah berkenaan dengan baik sekali. Bonda Rozita turut mengatakan tidak semua pembantu rumah Indonesia berperangai sedemikian kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri.
Susulan entri dua beranak ini di media sosial, satu malam sahaja pencarian bibik tersebut selesai ini sebagaimana yang dikongsikan di ig story Yatie dan menurutnya kes tersebut pada mulanya diserahkan kepada pihak berkuasa, dan ujarnya setelah ditemui barang dan wang yang dicuri bibik tersebut meskipun tidak mencukupi nilainya, Yatie membuat keputusan ingin menarik balik kes tersebut.
Berbudi pada tanah juga mampu memberi pulangan yang menguntungkan. Jika tidak masakan pasangan suami isteri ini mampu menjana pendapatan hingga RM 4,000 dalam masa seminggu walau pun dengan hanya menjual anak benih dengan harga jauh lebih rendah iaitu RM 1 sahaja. Bagaimana dan apa rahsianya, jom semak perkongsian penuh ini.
Idea kreatif seorang usahawan tani memulakan perniagaan menjual anak pokok pelbagai jenis tumbuhan pada harga hanya RM1 sepokok lebih 10 tahun lalu membolehkannya kini memperoleh pendapatan lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 seminggu.
Malah, Nasarudin Mohamed, 48, juga tidak lokek berkongsi ilmu penanaman dan penjagaan pokok dengan pelanggannya membuatkan perniagaannya bertambah maju dari sehari ke sehari.
Katanya, pada awalnya dia menceburi bidang pertanian dengan menanam tanaman yang selalu digunakan masyarakat Melayu dalam masakan seperti kunyit, cili, lengkuas dan pelbagai jenis sayuran di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Bakat, Jabi di sini.
Bercucuk tanam di kawasan rumah
“Memang daripada kecil saya bercita-cita menjadi usahawan tani dan selepas bekerja kira-kira 10 tahun di Johor Bahru untuk mengumpul modal, saya kembali ke kampung bercucuk-tanam.
“Selepas beberapa ketika, saya terfikir kenapa orang lain tidak boleh menanam seperti saya yang hanya menggunakan kawasan terhad sekitar rumah saja dan dari situlah timbulnya idea untuk menjual anak pokok terutama tanaman untuk bahan masakan.
“Saya juga ajar setiap pelanggan segala ilmu penjagaan pokok dan kini saya tumpukan sepenuhnya kepada penjualan anak pokok,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Sepetang Bersama Usahawan Tani di Kampung Bakat, Jabi di sini, kelmarin.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.
Tanam & Pasarkan Sendiri
Menurutnya, selain menjual anak pokok di rumahnya, dia turut memasarkannya di pasar tani di kawasan berhampiran.
“Jika pelanggan datang membeli sendiri di rumah, saya jual pada harga RM1 sepokok tetapi di pasar tani, saya jual RM2 sepokok.
“Ada juga usahawan lain yang beli daripada saya dan menjualnya di pasar tani atau kawasan lain dan harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2.
“Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung,” katanya.
Isteri Nasarudin, Sanidah Bakron, 43, pula berkata, selain tanaman popular, mereka juga menjual pokok yang sukar ditemui contohnya senduduk putih yang berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
“Alhamdulillah, kami kini mempunyai pelanggan bukan saja dari seluruh Malaysia, malah luar negara,” kata ibu kepada empat anak berusia empat hingga 18 tahun itu.
Sementara itu, Dr Azman berkata, bidang pertanian menjanjikan pendapatan lumayan kepada rakyat Terengganu, lebih-lebih lagi negeri ini yang mempunyai kawasan sesuai dan subur.
“Pertanian di Terengganu belum mencapai kadar mencukupi untuk rakyat, contohnya keluaran padi beras di 12,000 hektar tanah hanya cukup untuk 50 peratus daripada 1.2 juta rakyat, manakala penternakan lembu dan ayam masih ada 70 peratus kekurangan untuk food security(jaminan bekalan makanan).
“Maknanya, sesiapa yang menceburi bidang pertanian di negeri ini boleh dikatakan tiada persaingan,” katanya.
Menurutnya, bagi merancakkan sektor pertanian, kerajaan negeri menambah baik Dana Usahawan Tani yang kini dikenali Skim Bantuan Modal Tani untuk mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
“Kita sediakan pinjaman patuh syariah tanpa faedah dan usahawan yang menyertai skim ini hanya perlu membayar apabila sudah memperoleh hasil.
“Dana ini berjumlah RM5 juta yang akan ditambah sekiranya diperlukan dan jumlah pinjaman maksimum adalah RM50,000,” katanya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...