Crab stick selain enak dijadikan perencah dalam masakan, sebenarnya sedap dan cukup menyelerakan jika digoreng dengan salutan tepung istimewa yang cukup mudah disediakan.
Ini sebagaimana perkongsian resipi crab stick yang viral di page masakan di Facebook baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan, nyata hidangan yang disediakan itu nampak cukup menyelerakan. Sekali gus membuatkan sesiapa pun teruja dan teringin untuk mencubanya.
Apatalah lagi andai naham-bahan telah sedia ada di rumah dan anak-anak sememangnya gemar makan crab stick, jadi apa kata anda sediakan menu ringkas ini untuk dinikmati bersama-sana.
Cara penyediaan
Ads
1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.
Ads
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
Menu sate ayam adalah antara hidangan kegemaran keluarga. Tidak perlu tunggu hari raya, hidangan ini boleh di makan pada bila-bila masa. Memang mudah dijamah hidangan ini apabila banyak restoran menyediakan hidangan ini.
Namun, jika nak buat sendiri pun tentu menarik. Boleh cuba resipi ini. Rasanya pun enak serta nak buat pun mudah. Juga disertakan dengan resipi kuah kacang sekali. Boleh cuba hujung minggu ni.
Jom buat!
Puas hati bila buat sendiri. Lagi sedap makan camtu je pon, dah sedap. Walaupun makan berdua je.. Saya lagi suka buat sendiri. 1 ekor ayam dapatlah, 40cucuk. Tu pon buat besar-besar.
BAHAN
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan) kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam).
p/s: Inilah rahsianya jadi lebih enak!
Bhn blend
-2 labu bwg besar ** -5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)** -1 labu bwg putih ** -2 Inci halia** -4 btg serai ** (satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)
Bhn perap -2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2) -1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap) -2 sk garam -4 sk serbuk kunyit -3 sb jintan manis
CARA: -dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap.. -gaul sebati.. -boleh tambah apa yg kurang, gula/garam.. -perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)
-bila dh perap, baru cucuk ye.. -nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh.. -lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya) -sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman.. -masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..
Lepas makan berat mesti mengidam pencuci mulut yang sedap dan mudah kan? Luk Chup merupakan kuih Tradisional dari negara Thailand ini boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau manisan yang enak.
Lebih menarik, selain bentuknya yang kecil dan comel, kuih Luk Chup ini juga boleh dibuat dengan pelbagai bentuk mengikut kreativiti sendiri.
Ikuti perkongsian Aisyah Wahab bagi bagi resipi ini yang juga enak dimakan bagi seluruh peringkat usia kerana teksturnya yang lembut dan berlemak manis.
“Tak perlu susah-susah nak masak malam raya. Menu Munjung Raya ni pun fresh. Memang rare lah!”
Bila esok raya, tentu pelbagai juadah kita rancang untuk masak bagi menjamu selera di pagi raya. Jadi, bagi yang baru sampai ke kampung tu, tentu terkejar-kejar nak siapkan bahan-bahan masakan. Jika yang sampai malam raya pula, tentu kepenatan untuk membantu adik beradik lain buat persiapan juadah raya.
Melalui perkongsian lelaki ini, Muhammad Alif Fikri Bin Mashadi telah berkongsi cara untuk memastikan malam raya, anda dan ahli keluarga dapat berkumpul dengan tenang tanpa perlu bertungkus lumus di dapur. Sungguh inspirasi cara ni.
“Biasanya malam raya atau petang raya, kita akan masak didapur membuat menu hidangan raya. Cara ini membuatkan mereka yang baru sampai ke kampung, akan rasa penat. Tetapi kena masak juga untuk hidangan raya.
“Jadi untuk pastikan anda dan ahli keluarga dapat berkumpul dengan keadaan yang tenang tanpa kalut di dapur, Munjung Raya Sajian d-Hidang Catering ni banyak membantu.
Ibarat berkat pagi raya
“Munjung ni ibarat berkat dan ingatan buat seseorang. Ia juga merupakan budaya orang Jawa. Dahulu, semasa di kampung, emak saya, Marsidah Hamim, akan memasak dengan jumlah yang banyak untuk diberikan kepada penduduk sekitar dalam 200 pek. Ia sebagai tanda ingatan untuk iratkan silaturahim. Selain itu, berkat ni jadi hidangan untuk pagi raya. Jadi bermula daripada situ, wujudnya Munjung Raya.
Makanan kekal segar
“Pembukaan order sejak pertama hari puasa sehingga tiga hari sebelum raya. Pada hari terakhir puasa adalah hari untuk collect order hidangan menu raya. Tahun lepas aje 300 orang akan datang pada hari terakhir puasa pada jam 11pagi hingga 5 petang untuk collect order.
“Untuk pastikan makanan fresh, sehari sebelum pembeli datang pada hari collection day, menu yang ditempah akan di masak awal pagi sebelum subuh lagi. Tahun lepas aje menu popular adalah rendang daging dan daging dendeng dengan order keseluruhan 500 kilogram.
“Sebenarnya resepi menu raya ini adalah turun temurun daripada ibu saya ini. Kami juga mempunyai pekerja yang telah menjangkau 20 tahun bersama kami. Jadi kualiti masakan memang tetap maintain.
“Selain itu, untuk open house raya pula, boleh mula membuat tempahan catering selepas raya ke empat. Perancangan masa depan, kami akan sediakan food pack untuk makanan ready to eat untuk ke pasaran global,” jelasnya.
Menarik sungguh ni! Kepada yang rasa malas nak masak, kampung jauh tapi bila sampai kena masak, nak elak penat, memang sesuai sangat Munjung Raya ni. Hanya panaskan sahaja pagi raya! Masa untuk bersama keluarga pun lebih berkualiti. Superb lah Munjung Raya di Sajian d-Hidang Catering ni. Dah lah sedap , fresh pulak tu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di