Terdapat puluhan sayuran berdaun yang boleh ditanam di dalam pasu seperti bayam, sawi, kailan, kangkung, pok choy, kobis dan lain-lain lagi. Jika anda ingin berjinak-jinak dalam tanaman sayuran secara kecil-kecilan di rumah, menanam sayur ini di dalam pasu sudah memadai.
Hasilnya nanti walaupun hanya dalam pasu, sudah cukup untuk bekalan anda sekeluarga. Menanam sayur ini juga tidak memerlukan kudrat yang banyak. Hanya tanam, siram, baja dan tuai.
Melalui perkongsian saudara kebone.wan di Instgram, menanam sayur ini sangat mudah cumanya hanya perlu mengikut step by step cara penanaman. Anda boleh mulakan dengan mendapatkan biji benih yang banyak dijual di pasaran.
Langkah 1 : Pertama sekali jika anda menggunakan pasu lama, bersihkan pasu tersebut dengan membuang sisa pokok lama termasuk akar. Sebaiknya apabila melakukan kerja pembersihan ini pakailah sarung tangan untuk melindungi tangan anda.
Langkah 2 : Kemudian tambah kompos ke dalam pasu rersebut. Anda boleh beli tanah hitam yang banyak dijual di nurseri. Ada juga tanah yang sudah siap diletakkan baja.
Langkah 3 : Setelah itu tambahkan baja organik untuk kembalikan nutrien pada tanah. Baja organik ini juga banyak dijual di pasaran dan boleh didapati dengan mudah.
Ads
Langkah 4 : Kemudian gaulkan semula tanah tersebut agar baja sebati dengan tanah. Proses menggembur tanah ini sangat baik untuk pokok kerana tanah akan lebih ringan dan udara boleh masuk ke partikel-partikel tanah.
Langkah 5 : Setelah itu buat longkang/alur di sekelilingnya sedalam 1-2cm untuk menyemai biji benih. Kemudian tabur biji benih di dalam lubang tersebut.
Langkah 6 : Timbus semula lubang tersebut dengan tanah secara lembut.
Langkah 7 : Kemudian siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Ketika ini adalah penting biji benih mendapat air secukupnya tetapi siraman janganlah sehingga banjir pasu tersebut. Cukup sekadar tanah basah dan lembap.
Setelah 3-4 hari benih akan mula bercambah. Jika anak pokok terlalu banyak atau padat anda boleh lah membuang sedikit untuk tujuan penjarakkan. Ini kerana jika terlalu padat di dalam satu pasu pokok akan bersaing untuk tumbuh dan tumbesaran akan terbantut. Lebih baik berikan ruang yang ideal untuk pokok tumbuh dan membesar.
Ads
Adalah penting untuk melakukan aktiviti pembajaan. Pada hari ke 8 atau 10, bolehlah mula ditabur baja. Anda boleh menggunakan baja NPK 16;16;16, atau baja AB atau baja organik. Terpulang pada keselesaan anda. Lakukan rutin pembajaan ini seminggu sekali sehingga pokok matang dan boleh dituai.
Biasanya pokok sesuai dituai apabila usianya mencecah 30 hari.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bagi anda yang suka bau-bauan harum tetapi tidak mahu terlalu banyak bahan kimia digunakan, apa kata buat sendiri pelembut kain. Lebih istimewa lagi, anda boleh memilih haruman yang bagaimana malah ia juga mudah dihasilkan.
Dalam masa yang sama, anda boleh menjimatkan kos memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada di dapur anda. Jom cuba!
Baking soda
Ambil ½ cawan baking soda dan cuci pakaian seperti biasa. Baking soda bukan sahaja menjadikan pakaian lebih bersih malah turut menjadi agen pelembut fabrik. Anda juga boleh tambahkan minyak essential bagi memberi aroma yang lebih harum.
Cuka
Cuka juga boleh dijadikan pilihan untuk digunakan sebagai pelembut pakaian. Caranya cukup mudah, ambil ½ cawan cuka dan masukkan ke dalam air bilasan. Cara yang sama campurkan juga dengan minyak assential untuk memberi aroma yang lebih wangi.
Baking soda + cuka
Kombinasi kedua bahan ini juga boleh digunakan dan kesannya kain lebih lembut dan lebih bersih daripada biasa. Ambil ¼ cawan baking soda dan campurkan dengan ¼ cawan cuka. Jangan lupa menambah minyak essential untuk aroama yanglebih harum.
Perapi Rambut
Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil 6 cawan air panas, 3 cawan cuka dan 2 cawan perapi rambut. Campur rata semua bahan dan ia boleh disimpan. Semasa membilas pakaian campurkan bersama bahan ini.
Antara Pilihan Minyak Esensi Yang Boleh Digunakan :
Minyak Tea Tree
Minyak esensi Rosemary
Minyak esensi mint.
Minyak esensi lemon
Minyak esensi lavender
Tip tambahan:
JANGAN gunakan bahan pelembut ini ketika di awal peringkat cucian kerana ia akan bertindak balas dengan bahan pencuci yang digunakan. Sebaiknya bahan pelembut ini dimasukkan ketika waktu bilasan terakhir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin untuk menanam lobak merah tidak ramai yang mempunyai pengalaman. Namun setelah membaca perkongsian daripada CT Hamisah Ahmad, terasa seronok juga untuk dicuba.
Nampak mudah, bila anak pokok yang disemai walau hanya ditempatkan di dalam botol plastik, lobak merah dapat hidup subur.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya tanam lobak dalam botol ja….lobak saya semai dkt tray dulu. Bila keluar daun 4, 5 helai baru saya pindahkan ke dalam botol.
Saya semai biji benih beli dekat kedai. Dekat shopee pun ada banyak dijual…..
Daun carrot bila mula² keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar baru pindahkan ke dalam pasu atau botol.
Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja…Masukkn anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk… Nanti mati…
Bila batang meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah… Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi….
Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lagi tanah timbus batang smpai pelepah terbawah. Buang daun yan bawah sekali
Siram 2x sehari…
Lobak putih ni belum sampai 2 bulan… Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar….
Bersahur sebenarnya cukup dengan sajian yang ringkas dan apa yang lebih penting menu yang dipilih perlulah mampu membekalkan tenaga untuk tubuh sepanjang hari.
Umumnya, ibu-ibu akan memasak bagi memastikan hidangan yang disajikan berkhasiat dan segar kepada keluarga tercinta. Pun begitu, ini memerlukan ibu-ibu bangun lebih awal bagi menyediakan persiapan tersebut.
Untuk lebih memudahkan ibu-ibu, apa kata sediakan menu yang istimewa ini tanpa perlu dimasak. Cukup mudah, hanya perlu sediakan sebelum masuk tidur dengan hanya memakan masa 2 minit dan kemudian boleh dinikmati ketika bersahur.
Menariknya menu ini, ia kaya dengan khasiat dan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda dan seisi keluarga untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa.
Ingin tahu resipinya, di sini telah dikongsikan oleh Tengku Asmadi yang cukup dikenali dengan program dietnya. Begitu juga resipi daripada Mitz Suez ini sesuai untuk dicuba.
Menu sahur ringkas sedap dan mudah 2 minit siap
Ini antara amalan saya bila berpuasa bersahur dengan menu yang ringkas tapi berkhasiat. Resepi pun campak-campak kisar telan, semudah itu anak-anak pun wajib suka.
Bahan-bahan
4 biji kurma bergantung pada jenis dan saiz kurma
Segelas susu segar dalam 200ml
3 sudu oat biasa saya guna rolled oat
1 biji pisang berangan atau pisang emas
Cara buat :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar sahaja seperti biasa sampai sebati dan serasi bersama.
Mudahkan ini 30 saat pun siap. InsyaAllah boleh tahan seharian sebab serat dari kurma oat dan sumber protein dari susu segar.
Ini pula cara Mitz Suez menyediakan overbight oats yang tidak kurang lazat juga nampaknya. Penyediaannya juga cukup ringkas dan mudah. Jom semak.
“overnight oats” ni..sesuai utk yg nak sarapan ringkas, cepat, kenyang dan menyihatkan. Sesuai juga utk bersahur terutama yg nak kurangkan pengambilan nasi/makanan berat semasa bersahur nanti. Raya boleh pakai kebaya pinggang 18 inci”- Mitz Suez