Terdapat puluhan sayuran berdaun yang boleh ditanam di dalam pasu seperti bayam, sawi, kailan, kangkung, pok choy, kobis dan lain-lain lagi. Jika anda ingin berjinak-jinak dalam tanaman sayuran secara kecil-kecilan di rumah, menanam sayur ini di dalam pasu sudah memadai.

Nampak Segar Tanaman Sayur Dalam Pasu, Begini Lelaki Ni Buat. Mudah Je Rupanya!

Hasilnya nanti walaupun hanya dalam pasu, sudah cukup untuk bekalan anda sekeluarga. Menanam sayur ini juga tidak memerlukan kudrat yang banyak. Hanya tanam, siram, baja dan tuai.

Melalui perkongsian saudara kebone.wan di Instgram, menanam sayur ini sangat mudah cumanya hanya perlu mengikut step by step cara penanaman. Anda boleh mulakan dengan mendapatkan biji benih yang banyak dijual di pasaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bone Wan (@kebone.wan)

Langkah 1 : Pertama sekali jika anda menggunakan pasu lama, bersihkan pasu tersebut dengan membuang sisa pokok lama termasuk akar. Sebaiknya apabila melakukan kerja  pembersihan ini pakailah sarung tangan untuk melindungi tangan anda.

Langkah 2 : Kemudian tambah kompos ke dalam pasu rersebut. Anda boleh beli tanah hitam yang banyak dijual di nurseri. Ada juga tanah yang sudah siap diletakkan baja.

Langkah 3 : Setelah itu tambahkan baja organik untuk kembalikan nutrien pada tanah. Baja organik ini juga banyak dijual di pasaran dan boleh didapati dengan mudah.

IKLAN

Langkah 4 : Kemudian gaulkan semula tanah tersebut agar baja sebati dengan tanah. Proses menggembur tanah ini sangat baik untuk pokok kerana tanah akan lebih ringan dan udara boleh masuk ke partikel-partikel tanah.

Langkah 5 : Setelah itu buat longkang/alur di sekelilingnya sedalam 1-2cm untuk menyemai biji benih. Kemudian tabur biji benih di dalam lubang tersebut.

Langkah 6 : Timbus semula lubang tersebut dengan tanah secara lembut.

Langkah 7 : Kemudian siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Ketika ini adalah penting biji benih mendapat air secukupnya tetapi siraman janganlah sehingga banjir pasu tersebut. Cukup sekadar tanah basah dan lembap.

Setelah 3-4 hari benih akan mula bercambah. Jika anak pokok terlalu banyak atau padat anda boleh lah membuang sedikit untuk tujuan penjarakkan. Ini kerana jika terlalu padat di dalam satu pasu pokok akan bersaing untuk tumbuh dan tumbesaran akan terbantut. Lebih baik berikan ruang yang ideal untuk pokok tumbuh dan membesar.

IKLAN

Adalah penting untuk melakukan aktiviti pembajaan. Pada hari ke 8 atau 10, bolehlah mula ditabur baja. Anda boleh menggunakan baja NPK 16;16;16, atau baja AB atau baja organik. Terpulang pada keselesaan anda. Lakukan rutin pembajaan ini seminggu sekali sehingga pokok matang dan boleh dituai.

Biasanya pokok sesuai dituai apabila usianya mencecah 30 hari.

Baca lagi artikel menarik :Rupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

Baca juga :“Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!

Baca juga : “Rasmilah Saya Sebagai ‘Tok Mama’ -Normala Samsudin Kongsi Berita Bahagia

IKLAN

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Nampak Segar Tanaman Sayur Dalam Pasu, Begini Lelaki Ni Buat. Mudah Je Rupanya!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nampak Segar Tanaman Sayur Dalam Pasu, Begini Lelaki Ni Buat. Mudah Je Rupanya!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI