‘Nak masak apa hari ni?’

Simple je kan ayatnya, tapi nak fikirkan tu malam sebelum tu dah kena perah otak supaya esoknya senang nak keluarkan awal bahan basah.

Kadang rasa bosan juga lah bila dah terfikir, menu yang sama pula diulang-ulang. Nanti mula lah anak suami pun songeh, ‘asyik lauk sama je!’. Time tu mula la mak-mak ni nak melenting, ‘orang tanya nak makan apa taknak bagi tahu, dah makan je!’. Pulakkk!

Tak payah risau, kalau dah bosan makan benda yang sama je setiap hari, apa kata tukar selera cuba resepi dari negara jiran, Indonesia ni iaitu nasi ayam penyet resipi dari Adnilsam Apat! Best ni kalau makan panas-panas, memang terangkat. Jom cuba!

Resepi Ayam Penyet Pedas bersama Kremes Rangup

Mula2 kita buat sambal penyet berapi dulu ye..

Resepi Sambal Penyet Pedas Berapi

200gm cili api merah* ( boleh kurangkan cili api , dan lebihkan cili merah kalau tak suka pedas sgt)
3 biji cili merah *
2 biji tomato -dibelah2 kecil*
5 ulas bawang putih*
3/4 sudu besar belacan*
1/3 cawan ikan bilis yg dah siap goreng( dibuang perut & kepala terlebih dahulu)
Garam
Gula
Perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

– Panas kan sedikit minyak dalam kuali.. Goreng semua bahan2 bertanda sekali arung (*)

– Kemudian bila dah 80% layu semuanya angkat dan satu kan dengan ikan bilis goreng & lenyekkan @ tumbukkan dalam lesung.. (Saya guna lesung indon..teknik tenyeh2kan..😁)

IKLAN

– Bila dah 80% hancur tumis seketika dgn menggunakan kuali & minyak yg sama..

– Kacau2, perasakan dgn garam, gula & aji.. Lepas 5 minit tutup api dan angkat..siap..

Selepas itu boleh laa kita teruskan dgn penyediaan ayam pula..

Nasi Ayam Penyet Pedas, Ada Pula ‘Krukk Krakk’ Taburan Kremes Rangup. Memang Terangkat!

Untuk Ayam:

Bahan2 A:
1 ekor ayam kampung- bersihkan, kerat 4 ( kalau takde ayam kg boleh guna ayam biasa tapi kalau boleh size agak kecil ye)
2 batang serai- ketuk
2 helai daun salam- guna yg kering pun boleh
1 keping hirisan lengkuas- ketuk
1 kiub pati ayam
Garam
Ajinomto
1 liter air

IKLAN

Bahan2 B (kisar halus):
7 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar biji ketumbar
5 biji buah keras

Cara2:

– Perap ayam dgn bahan2 kisar terlebih dahulu.. Perap dalam 1-2jam.. Selepas cukup masa perapan sediakan periuk yg sesuai dan satukan semua bahan2 A dan bahan2 B dalam periuk tersebut dan rebus ayam hingga ayam masak.. Anggaran masa merebus dalam 20min..

– selepas 20min tutup api.. Angkat ayam dan toskan.. Air rebusannya jgn buang ye.. Tapiskan.. Ketepikan air rebusan, sbb nanti air rebusan ni kita nak guna untuk buat kremes pula..

– Sediakan kuali dgn minyak yg agak banyak.. Panaskan.. Goreng ayam hingga garing.. Angkat ketepikan.

Nasi Ayam Penyet Pedas, Ada Pula ‘Krukk Krakk’ Taburan Kremes Rangup. Memang Terangkat! Nasi Ayam Penyet Pedas, Ada Pula ‘Krukk Krakk’ Taburan Kremes Rangup. Memang Terangkat!

IKLAN

Penyediaan Kremes:

4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 biji kuning telur
700ml air rebusan ayam yg telah di tapis tadi
(Bahan perasa tak perlu ye sbb air rebusan ayam tadi dah cukup rasa semua..)

Cara2:

– satukan semua & kacau sebati..

– adunan ini mmg sangat cair..jgn panik pulak ye.. Kalau pekat kremes nya takkan menjadi..

– Panaskan kuali dengan minyak (minyak banyak) bekas gorengan ayam tadi.. Bila minyak dah panas curahkan 1 senduk (senduk kuah ) adunan.. Jgn risau, curah je mcm biasa, tak perlu ada teknik mencurah, sebab mmg adunan automatik akan kelihatan bersarang bila masuk dalam minyak gorengan.. Biarkan je seketika…Tak perlu kacau sehinggalah adunan 3/4 garing baru di kacau supaya garingnya sekata.. Bila dah sekata garing & berwarna keperangan bolehlah diangkat.. Letak dalam penapis gorengan terlebih dahulu supaya minyaknya betul2 tos.. Seterusnya teruskan menggoreng kremes hingga adunan habis..

– Jangan susah hati pulak masa2 mula angkat ianya kelihatan lembut sbb bila dah semakin sejuk kremes ni akan jadi semakin garing & sangat rangup kruk krak.. Hehehe..

– bila dah sejuk boleh laa ramas2kan dan taburkan diatas ayam goreng tadi setelah ayam dipenyetkan..😊

Bahan2 pelengkap menu:
Nasi putih
Terung bakar/goreng
Tempe goreng
Tauhu goreng
Salad
Timun
Tomato

Nasi Ayam Penyet Pedas, Ada Pula ‘Krukk Krakk’ Taburan Kremes Rangup. Memang Terangkat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI