Walau susah manapun kita melihat sesorang itu menanggung kesempitan hidup, susah lagi orang yang sedang mengalaminya, ini seperti peribahasa Melayu ada menyebut; Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.
Begitulah kisah hidup seorang nenek berusia 73 tahun ini, sanggup berkorban dengan kudrat yang ada demi membesarkan dua cucunya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak 2008.
Difahamkan dua beradik yang berasal dari Kampung Bunga Emas, Penambang, Kelantan ini hanya dapat menjadikan nenek mereka sebagai tempat menumpang kasih sepertimana memetik berita daripada myMetro.
Muhammad Aftarihan Arnia Mohd Asni, 17, dan adiknya Linafsha Arnia, 16, yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang ketika ini bergantung hidup kepada nenek mereka, Kamariah Mat Ali, 73.
Menurut, Linafsha Arnia, arwah ibunya, Latifah Ismail, meninggal dunia pada 2008 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, manakala arwah bapanya pula, Mohd Asni Hussin meninggal dunia pada 2012 selepas mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan ibu yang menjadi teman hidupnya selama ini.
Gambar Pengubat Rindu
“Ketika arwah ibu meninggal dunia, saya baharu berusia tiga tahun serta masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis dan merayu supaya ibu bangun kerana menganggap ibu sedang ‘tidur’.
“Selepas menginjak usia dewasa, saya mula memahami dan kini hanya gambar ibu yang menjadi tatapan setiap kali mahu meluahkan rasa rindu yang semakin lama semakin menebal,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, hari ini.
Terdahulu dua beradik berkenaan dikunjungi Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria.
“Besarkan kami dengan kudratnya…”
Ads
Linafsha Arnia berkata, walaupun kasih sayang ibu dan ayah tiada gantinya, namun perhatian yang diberikan oleh neneknya membuatkan dia dan abangnya melupakan kesedihan bergelar yatim piatu.
Foto : Mymetro
“Kini nenek yang menjadi ibu dan ayah kepada saya dan abang apabila menyediakan keperluan harian kami dua beradik termasuk memberi makan dan minum, malah nenek turut berjanji mahu membesarkan kami dengan kudratnya selain tidak akan memisahkan kami adik-beradik walaupun dihimpit kesusahan.
“Saya dan abang bersyukur kerana dikurniakan seorang nenek yang sangat penyayang serta menjaga kebajikan kami selama ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun menumpang kasih sayang.
“Beban nenek menjaga kami dua beradik sedikit ringan apabila saya dan abang masing-masing memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan kami,” katanya.
Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Sementara itu, Kamariah berkata, meskipun kehidupan dia dan dua cucunya tidak semewah orang lain, dia tetap bersyukur.
Katanya, dia juga masih mempunyai kudrat untuk menjaga mereka berdua, walaupun menghidap penyakit kencing manis dan masalah kolestrol,
“Selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal, dua beradik ini seolah-olah mengerti mereka kehilangan segala-galanya ketika usia masih setahun jagung.
Ads
“Saya akan menjaga kedua-dua cucu ini bagai menatang minyak yang penuh seperti diamanahkan arwah anak serta menantu walaupun kehidupan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya sambil mengelap air mata hiba.
Jika namanya kreatif, memang macam-macam boleh dihasilkan. Contohnya seperti apa yang dikongsikan oleh Rose Aida Hashim ini. Siapa sangka dengan menggunakan bakul sampah dan dulang boleh menghasilkan bakul berpenutup yang sangat cantik dan praktikal.
Malah apa yang lebih menarik, kos yang digunakan cukup murah dengan bermodalkan barangan di kedai RM 2.10 sahaja. Oleh itu, buat anda yang ingin mencuba menghasilkan barangan kraf ini jom kita lihat perkongsian ini.
Saya upgradekan barang dari kedai Eco macam bakul sampah dan dulang jadi bakul tali jute.
Walaupun tak secantik dan tak nampak kemas lagi tapi boleh lah baru 1st time buat. Kira bolehlah nak hias kat rumah sendiri jer kan.
Bahan-bahan yang diperlukan Bakul sampah dari kedai ECO
Dulang
Talu jut
Glue gun
Menerusi entri terbaharunya, Fazura masih belum memaparkan gambar anak sulungnya, Nur Fatima Aisya secara jelas sebaliknya hanya sipi-sipi untuk tatapan peminat di instagramnya.
Biarpun baru tujuh jam dipaparkan menerusi instagramnya, telah mendapat ‘Like’ lebih 100,000 dan ruangan komen peminat bertalu-talu meluahkan hati tidak sabar ingin melihat wajah puteri sulung kesayangan pasangan terkenal ini.
Sejak permata hati Fazura dan Fattah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020, wajah sepenuhnya Fatima masih belum dedahkan.
Entri pertama
Entri kedua
Entri ketiga
Peminat sabar menanti.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat sedia menanti tapi tak sabar ingin melihat wajah anak sulung kesayangan artis mereka. Malah ada yang merayu agar dapat melihat wajah si comel Fatima.
‘Bagilah nak tenguk muka Fatima’
‘Sedih.. mana muka Fatima’
‘Tak sabar nak tengok Fatima’
‘Tengok Jari pun dah geram sangat’.
Apa yang pasti, bagi ruang masa untuk pasangan selebriti ini mendedahkan wajah cahayamata pertama mereka buat peminat mereka.
Untuk makluman Fattah Amin dan Nur Fazura melangsungkan pernikahan pada 27 November 2017.
Siapa yang ingin berkongsi kasih lebih-lebih lagi dengan orang yang disayangi dan bernama suami. Namun jika sudah ketentuannya, kita harus menerimanya dengan redha dan hati terbuka.
Perit untuk dilalui tapi mungkin akan menjadi kemanisan untuk dikenang nanti. Pasti ada yang harus mengalah.
Baru-baru ini, Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon drama terkenal iaitu Emma Maembong telah berkongsikan pada pelayar aplikasi Tiktok mengenai realiti sebenar sepanjang dirinya bergelar isteri kedua.
Menerusi perkongsian itu, Shikin mendedahkan bahawa kehidupan bermadu tidak seindah seperti yang diperkata oleh orang ramai dan katanya berkongsi suami bukan satu kelebihan buat dirinya walaupun isteri pertama merestui hubungan mereka.
Bukan itu saja, dia juga mengakui bahawa hampir semua perkara terpaksa dilakukan sendiri tanpa suami di sisi termasuklah menunaikan solat tanpa imam.
“Siapa suruh jadi isteri nombor dua? Kan dah kena merayap pusat beli belah seorang diri. Sambut hari lahir pun sambut sendiri di rumah. Tiada hadiah, tiada apa-apa.”
Malah, Shikin turut memberitahu bahawa masanya juga banyak dihabiskan bersama dengan anak dan juga pembantu rumah.
“ Hidup bertiga dengan maid je ke hulu-hilir.”
Ujarnya lagi, kebanyakan percutian keluarga juga hanya ditemani oleh adik-beradik kerana suami jarang pulang ke rumah walaupun madunya tiada masalah berkongsi kasih dengan dirinya.
Dia turut berkongsi pengalaman apabila terpaksa memandu sendiri ke hospital walaupun ketika itu sedang sakit.
Sakit pun memandu kereta sendiri pergi hospital. Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah suami tak balik rumah.
Akhir sekali, Shikin mengatakan walaupun dirinya taat dan setia kepada suaminya namun demi menjaga nama, dia telah diceraikan.
“Taat, setia macam mana sekalipun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai juga.”
Dalam kesibukan hidup harian, dengan kerja tak habis-habis, nak kejar dateline, urus rumah tangga lagi, kita mungkin ada terlepas pandang saat-saat kecil yang sebenarnya...