Ramai netizen sebak dan sudi menghulurkan bantuan untuk dana projek amalan bantuan beg sekolah baharu tahun 2019 bagi golongan yang yang berpendapatan rendah dan miskin.

Perkongsian seorang guru dedikasi ini Mohd Fadli Salleh di laman facebooknya mengenai seorang ibu yang sanggup membonceng tiga orang anaknya demi tiga buah beg sekolah baharu telah mengundang simpati kepada netizen.

Mungkin kepada yang berpendapatan tinggi ia tidak menjadi masalah sekadar 3 buah beg. Bagi yang kurang pendapatan, ia adalah nikmat yang tidak terhingga.

Ikuti perkongsian ini

…………………………………………………………..

Netizen Sebak Kisah Beg Sekolah Yang Lusuh. Perkongsian Cikgu Ini Viral Bagi Kutipan Projek Amal Beg Sekolah Baharu

Seorang murid berjalan kaki menuju ke bilik 2guru waktu pulang sekolah tadi. Aku yang mengekori dari belakang terasa sebak sungguh.

Kondisi begnya sangat teruk. Namun dia tidak patah semangat, setiap hari datang ke sekolah tanpa keluh kesah.

Apakah dia tidak malu begnya seteruk itu? Pasti ada sedikit rasa malu dan segan pada rakan-rakan. Pasti akan ada.

IKLAN

Apakah dia tidak mahu beg yang baharu?
Siapa di dunia ini tidak inginkan barang yang baru, elok dan baik? Pastinya dia begitu juga.

Kenapa ibu ayahnya tidak belikan baru sahaja? Beg baru harga RM30-RM50 kot. Takkan tak mampu.

Itu kata kita. Apa yang mereka dan keluarga mereka lalui mungkin jauh berbeza dengan tanggapan kita. Mungkin lebih teruk dari yang kita bayangkan. Mungkin untuk makan pun perlu pergi kedai Acheh berhutang.

Mungkin saja. Tiada siapa tahu keperitan sebenar sesuatu keluarga dalam meneruskan kehidupan.

Jika tidak, takkan ada seorang ibu menaiki motor buruk dari Tanjung Karang bonceng 3 anaknya ke Gombak menemui aku semata-mata untuk dapatkan beg percuma untuk 3 anak dia.

Anak yang kecil kat depan siap bantal tidur dalam bakul sebab perjalanan jauh yang sangat meletihkan. Ye lah, dari Tanjung Karang ke Gombak kot.

IKLAN

Tapi itulah realiti bila kesusahan melanda diri. Apa sahaja sanggup dilakukan demi kebaikan anak-anak. Betapa mereka bersyukur menerima bantuan beg sekolah percuma.

Projek Beg Sekolah ni aku dah run 4 tahun. Mencari dana dari kawan-kawan yang baik hati dan aku serahkan sendiri pada sasaran yang layak dan memerlukan.

Tahun lepas berjaya cari dana untuk lebih 2000 beg sekolah. Tahun ini entah berapa yang dapat aku pun tak pasti.

*******

Kawan-kawan! ???

IKLAN

Dengan ini aku umumkan, Projek Beg Sekolah untuk kegunaan sesi 2019 aku BUKA SEKARANG!

Yang dah biasa join, akaun biasalah ya. Akaun #DanaKITA tu. Itulah satu-satunya acc yang aku guna untuk setiap projek amal yang aku lancarkan.

Yang baru nak join, SILA PM AKU TERLEBIH DAHULU. Fb ada limit, jika aku pm ramai orang dalam satu hari, aplikasi messenger aku akan diblock.

Maka cara yang betul ialah kau orang pm aku dahulu. Aku akan respon perlahan-lahan ya. Maklumlah aku ni tiada p.a dan sibuk yakmat orangnya.

Terima kasih kepada semua yang sudi sebarkan, sudi turut serta dan sudi sokong Projek Beg Sekolah tahun ini.

Terima kasih!

Mohd Fadli Salleh III
#MFS
– Projek Beg Sekolah kembali lagi –

Sumber: Fb Mohd Fadli Salleh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI